Kewarganegaraan anak tanpa negara dipercepatkan, ribuan kes tertangguh bakal selesai
03:12 Dec 28, 2019  |  By SabahKini2
Kewarganegaraan anak tanpa negara dipercepatkan, ribuan kes tertangguh bakal selesai

Sehingga 2018, JPN merekodkan permohonan kewarganegaraan sebanyak 111,142 dengan 26,222 permohonan ditolak manakala 54,222 masih dalam proses dengan 27,835 adalah permohonan mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan kanak-kanak tanpa kerakyatan

PUTRAJAYA: Di saat Sabah mahu mendokumentasikan warga asing sebagai Pas Sementara Sabah (PSS) kini Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil langkah proaktif pula untuk merungkai permasalahan membabitkan permohonan kewarganegaraan, khususnya kes kanak-kanak tanpa dokumen di negara ini.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara itu sudah ditambah baik dengan pemohon tidak perlu menunggu terlalu lama berbanding sebelum ini.

Beliau berkata, penambahbaikan SOP berhubung pemberian kewarganegaraan, khususnya di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, menyaksikan proses kelulusan terutama membabitkan anak angkat atau pengangkatan dipercepat di bawah tempoh setahun.

“Dahulu, ada yang mengadu tempoh pemprosesan mengambil masa terlalu lama sehingga ada yang mencapai 10 tahun, dan untuk itu kita akan guna SOP baharu untuk selesaikan isu itu.

“Kalau kanak-kanak yang lahir itu kekal tanpa dokumen yang sah, ia menimbulkan banyak masalah. Ini yang kita akan cuba selesaikan,” katanya 

Bagi permohonan di bawah Perkara 15A, SOP baharu menggariskan beberapa langkah dalam memastikan setiap permohonan kewarganegaraan dapat dipertimbang secara lebih teliti, adil dan cepat antaranya garis panduan yang lebih jelas dalam pengendalian dan pertimbangan permohonan.

Antara lain, pengemaskinian SOP yang melalui proses kajian sejak April lalu itu mengandungi mekanisme pemakluman kepada pemohon berkaitan sebab permohonan kewarganegaraan ditolak dan tempoh pemprosesan permohonan yang sebelum ini tidak dimaklumkan

Justeru, bermula tahun hadapan, tempoh permohonan kewarganegaraan yang diterima bagi individu di bawah 21 tahun akan melalui proses lebih efisien iaitu tiga bulan 14 hari di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan lapan bulan di KDN.

Muhyiddin berkata, dengan SOP baharu yang diluluskan itu, JPN dan KDN kini boleh melaksanakan tugas dengan lebih jelas dan menyegerakan setiap proses berdasarkan kewajaran, berbanding sebelum ini ada kes yang pemohon perlu menunggu sehingga 10 tahun.

Untuk rekod, dalam tempoh lima tahun antara 2013 hingga 2018, JPN merekodkan permohonan kewarganegaraan sebanyak 111,142 dengan 26,222 permohonan ditolak manakala 54,222 masih dalam proses dengan 27,835 adalah permohonan mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan kanak-kanak tanpa kerakyatan.

Jelasnya, bagi memastikan isu itu diselesaikan sebagaimana terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) khususnya berkaitan kanak-kanak tanpa dokumen, KDN telah menubuhkan pasukan petugas khas yang diberi tanggungjawab menyegerakan dan menyelesaikan semua perkara berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan.

Beliau berkata, pasukan petugas khas diketuai Timbalan Ketua Setiausaha KDN itu dijangka dapat menyelesaikan sebahagian besar daripada isu berkenaan menjelang akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.

Katanya, lebih daripada 27,000 kes yang tertangguh dijangka dapat dikendalikan dan diselesaikan oleh pasukan petugas khas itu.

“Jangan salah faham ia sebagai mempermudahkan orang asing mendapat kewarganegaraan kerana jika pemohon dan permohonan itu layak dari segi Perlembagaan negara seperti kes anak angkat, ia tidak harus dilengahkan sehingga mengambil masa lebih lima tahun,” katanya. 

Sebelum ini di Negeri Sabah Ketua Menteri Sabah, pemimpin PH, Warisan dan NGO pro kerajaan Sulu mahu kewarganegaraan anak-anak tanpa negara dipercepatkan. Proses mempercepatkan dokumen ini nampaknya bakal mencetuskan reaksi rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN- 

Shafie tegur rakyat benci PTI, NGO, Cawangan Warisan diarah daftar 60 ribu kanak-kanak tanpa negara

'Anak tanpa negara' melalui perkahwinan PTI akan diberi kerakyatan kata Christina Liew

'Sultan Sulu' gesa anak Sabah tanpa kerakyatan diberi taraf warganegara

NGO 'Sultan Sulu' Pro Shafie mahu Dr Mahathir luluskan 800 ribu warganegara 'anak tanpa kerakyatan'

Anwar Ibrahim setuju PH beri dokumen kepada PTI tinggal lama di Sabah

 

 

NGO 'Sultan Sulu' Pro Shafie mahu Dr Mahathir luluskan 800 ribu warganegara 'anak tanpa kerakyatan'

'Anak tanpa negara' melalui perkahwinan PTI akan diberi kerakyatan kata Christina Liew

Anwar Ibrahim setuju PH beri dokumen kepada PTI tinggal lama di Sabah

 

 

3 Comments