Dilaporkan lebih 100,000 hilang tapi pelancong China, India diberi pengecualian Visa tahun 2020
21:12 Dec 28, 2019  |  By SabahKini2
Dilaporkan lebih 100,000 hilang tapi pelancong China, India diberi pengecualian Visa tahun 2020

Sebelum ini Laporan Ketua Audit Negara 2018 melaporkan lebih 100,000 pelancong China, India hilang atau tiada rekod keluar. Begitu juga terlibat sindiket 'scammer' dan pembelian MyKad baru-baru ini. Malah mudah bagi mereka membeli rumah...

PUTRAJAYA: Sekalipun Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga tahun lalu, sindiket judi online dan juga isu-isu pembelian MyKad warga China di Malaysia sehingga RM600,000 nampaknya Malaysia tidak pernah serik.

[ARTIKEL BERKAITAN- RM600 ribu jual MyKad kepada warga China, Pegawai JPN, 20 individu ditahan Polis

Faizul Pegawai JPN, Datuk Lai Chin Wah dan 4 lagi dalang ‘Cina Penang’ didakwa sindiket jual MyKad

Wang De Qun Ahli Perniagaan China bayar RM400,000 beli MyKad, pasport Malaysia

Sewa Premis RM360k, 700 warga China sindiket penipuan pelaburan online ditangkap di Cyberjaya

Terbaru Kerajaan PH akan mengecualikan visa untuk pelancong dari India dan China berkuat kuasa 1 Januari 2020.

Berdasarkan dua warta Kerajaan Persekutuan berasingan yang disiarkan pada 26 Disember, pengecualian itu diberikan dalam tempoh setahun.

Mengikut pengecualian itu, seorang pelancong dari kedua-dua negara itu dibenarkan tinggal hanya 15 hari dan tidak boleh melanjutkan tempoh tinggal di negara ini.

Warta itu ditandatangani oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang memangku tugas Menteri Dalam Negeri.

Warta itu menjelaskan pelancong dari negara terbabit perlu berdaftar menerusi sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik.

Selain itu, pelancong perlu melakukan perjalanan ke Malaysia dalam tempoh tiga bulan selepas mendaftar dalam sistem itu.

Warta itu juga menyatakan bahawa pelancong perlu mempunyai tiket penerbangan pulang terus ke China atau ke mana-mana negara lain.

“Pelancong itu hendaklah, semasa ketibaan, mengemukakan bukti bahawa dia mempunyai wang poket yang mencukupi, kad kredit atau kad bandk dengan logo UnionPay, Allpay atau eWallet, dan mengemukakan jadual perjalanannya di Malaysia.

“Pelancong itu dibenarkan untuk mendaftar semula bagi memasuki Malaysia selepas tempoh 45 hari dari tarikh dia meninggalkan negara ini,” jelas warta itu.

Pelancong dari negara itu hanya dibenarkan memasuki dan keluar Malaysia dari tujuh lokasi pos kawalan imigresen yang ditetapkan.

Lokasi pos kawalan imigresen itu adalah Bangunan Sultan Iskandar di Johor; Stesen Keretapi Johor Bahru di Johor; Pos Kawalan Imigresen Sulan Abu Bakar, Tanjung Kupang di Johor; Padang di Perlis; Bukit Kayu Hitam di Kedah, Sungai Tujuh di Sarawak atau Pos Kawalan Imigresen Tedungan di Sarawak.

Pelaksanaan visa percuma ini atas kempen tahun melawat Malaysia 2020 pasti bakal memberi kesan besar jika pelancong China dan India ini tidak kembali ke negara China sebagaimana dilaporkan sebelum ini.

4 Comments