Isu Elaun Menteri: PH persoal sebelum PRU14, jadi Menteri mereka jawab sendiri, padan muka!
23:12 Dec 28, 2019  |  By SabahKini2
Isu Elaun Menteri: PH persoal sebelum PRU14, jadi Menteri mereka jawab sendiri, padan muka!

Sekian lama sebelum PRU14 lagi pemimpin dan blog PH memainkan isu gaji, elaun menteri. Kononnya elaun parking beribu-ribu. Selepas jadi Menteri baru mereka rasa nikmat jadi Menteri dan jawab sendiri isu yang mereka bangkitkan. Banyak lagi PH ludah ke atas

Sehari dua ini netizen hanya memerhatikan gelagat Menteri PH, pegawai Menteri, portal dan juga blog-blog pro PH yang terpaksa berhempas pulas menjawab isu Gaji dan Elaun Menteri yang sedang tular kini.

Orang kata inilah karma politik namanya. Sebenarnya isu keratan akhbar dan juga beberapa rajah berkaitan Elaun Parking yang menjadi isu sudah dimainkan oleh Pakatan sejak sekian lama. Jika anda mencari sesetengah gambar itu sejak 2011 sudah pernah di mainkan lebih awal.

Satu contoh yang paling mudah ialah Blog Ameno World pada tahun 2011 yang memainkan isu gaji dan elaun parking. 

[BACA - Gaji Menteri buat aku cemburu]

Namun selepas menjadi kerajaan blog ini menyiarkan artikel baru berkaitan elaun itu kononnya elaun sudah tiada!..

[BACA- Elaun Parking Tak Wujud Di Zaman PH, Pegawai Menteri Dedahkan Elaun Sebenar Menteri Selepas PH Mentadbir Negara..']


Jika anda rajin membuat carian di google anda akan temui artikel-artikel dibuat daripada pelbagai blog PH berkenaan isu Gaji dan elaun Menteri ini. Ia bukan isu baru tetapi daripada PH sendiri.


Hari ini Menteri PH yang dulu berguling dan menuduh kerajaan BN itu tampil mendedahkan gaji, elaun dan keistimewaan yang mereka terima. Begitu juga seorang Setiausaha Sulit Menteri Warisan (Datuk Darell Leiking) Liyana Marzuki tampil mendedahkan muka depan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 - Elaun-elaun Keistimewaan Menteri Persekutuan (Anggota Pentadbiran). Dia mungkin baru bangun dari tidur. Namun semua sekadar gambaran luaran.

Sejak dari zaman BN ketika isu ini dibangkitkan tiada seorang pun berani menunjukkan kandungan buku Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 - Elaun-elaun Keistimewaan Menteri Persekutuan secara terperinci.  Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 boleh didapati dalam laman web parlimen namun bagi buku kecil keistimewaan Menteri tidak pernah ditunjukkan kepada pihak luar sebab ia dokumen terperingkat dikategorikan SULIT/TERHAD. Bermakna dokumen ini tertakluk kepada akta yang dibenci PH iaitu Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA)

Mengapa? Tentulah banyak keistimewaan yang tersembunyi berdasarkan kelayakan Menteri dan juga timbalan Menteri. Apa yang didedahkan Saifuddin Nasution dan pegawai Menteri itu hanyalah sebahagian darinya.

Kalau berani mintalah  sesiapa dedah buku Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 - Elaun-elaun Keistimewaan Menteri Persekutuan itu. Biar rakyat lihat sendiri sejauh mana kebenaran hak-hak keistimewaan anggota pentadbiran itu. 

Sejak Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan hak-hak istimewa Anggota Pentadbiran tidak pernah wujud Elaun Parking RM5700 itu. Dulu PH menuduh sedemikian rupa kini mereka berkerut dahi menjawabnya. Keratan akhbar yang menjadi mainan media juga adalah apa yang pemimpin PH dahulu bangkitkan sebelum PRU14. Apa yang mereka jawab sekarang adalah sekadar menjawab keratan akhbar daripada PH sendiri.

Antara reaksi Menteri- Saifuddin Abdullah. Beliau juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi BN.
Beliau tahu cuma pura pura-pura terperanjat saja

Antara Menteri lain yang tampil memberi penjelasan lain ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Dato' Seri Saifuddin Nasution. Beliau menyatakan antara elaun itu.

Elaun keraian: RM12,000

Elaun menteri Kabinet: RM4,000

Elaun perumahan: RM4,000 (tidak boleh dituntut jika tinggal di kediaman rasmi)

Elaun pembantu rumah: RM2,500

Elaun pemandu: RM2,500

Elaun tetap ini berjumlah RM25,000 sebulan.

Apapun kita puji Menteri KPDNHEP ini kerana berani tampil berkata Gaji dan elaun mereka sama seperti BN juga. 
Ia mengesahkan elaun parking RM5700 yang PH hambur dulu tiada.

Mereka juga diberikan elaun cuti, termasuk penerbangan kelas pertama atau perniagaan sekali setahun untuk menteri dan pasangannya, serta penerbangan kelas ekonomi untuk anak-anak mereka yang berumur bawah 21 tahun.

Beliau berkata para menteri juga boleh menuntut elaun hidup harian (Lebih RM200 sehari) dan elaun makan jika mereka perlu melakukan perjalanan untuk kerja. 

Bagaimanapun Menteri tidak menjelaskan bahawa seorang Menteri juga mempunyai gaji berbeza sebagai Ahli Parlimen, jika beliau seorang Adun maka menerima gaji adun dan jika seorang adun adalah Menteri Besar maka turut menerima gaji Menteri Besar.  Sebagai contoh Mukhriz Mahathir Menteri Besar Kedah dan Peja Azumu MB Perak. Gaji MB, MP dan Adun. Rakyat boleh bayangkan pendapatan mereka.

Juga tidak dinyatakan kelayakan pinjaman perumahan, kereta, pemberian AP kereta, kemudahan perubatan, perbelanjaan isteri ditanggung (tujuan rasmi), lesen senjata api,  telefon, pakaian, dan belanja pelbagai

Sebab itu jika anda melihat perisytiharan pendapatan Menteri di laman SPRM itu anggaran gaji Menteri berbeza-beza. Jika Menteri itu adalah Adun dan juga MB kadarnya tentulah lebih tinggi.

Banyak juga yang Menteri dan pegawai tidak berani dedahkan misalnya Cuti Ganti Seberang laut setahun sekali. Jika mereka tidak keluar negara cuti itu boleh dituntut dan kadarnya tertakluk penentuan kerajaan namun biasanya kadar kos paling jauh iaitu ke London mungkin mencecah lebih RM100 ribu untuk Menteri, isteri dan dua anaknya. Jika Syed Saddiq Menteri KBS kata dia sanggup potong cuti di luar negaranya bermaksud dia akan tuntut bayaran cuti ni. 

Ini karma politik, apa yang PH buat kepada BN ia datang kembali untuk PH jawab. Ia sama seperti isu 1MDB melibatkan projek seperti TRX Exchange, Bandar Malaysia yang kini menjana untung berbilion ringgit, projek ECRL yang kini diteruskan, proton dikatakan jual kepada China kini menjana untung, BRIM jadi BSH, hapus tol namun kini PH menambah lagi plaza tol, atau apa saja isu Najib kononnya menjual negara yang kini akhirnya kerajaan PH teruskan. 

 

By Mustapa PTD

Comment