Gambar Pegawai Khas Menteri KPM kulit buku Usman Awang bukti salah gunakuasa lantik kroni di DBP
08:12 Dec 31, 2019  |  By SabahKini2
Gambar Pegawai Khas Menteri KPM kulit buku Usman Awang bukti salah gunakuasa lantik kroni di DBP

Dua CEO Syarikat iaitu Zamir Thukul Cetak dan Mutalib Uthman DuBook Press akhirnya mendapat projek rundingan terus mencetak buku Sasterawan Negara. Zamir kini Pegawai Khas Menteri KPM arah KP DBP lantik sahabatnya Mutalib. Kini kontroversi!

Impian bekas CEO Penerbit buku Indie Thukul Cetak dan  DuBook Press mahu menguasai DBP dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) akhirnya berjaya juga selepas Zul Fikri Zamir menjadi Pegawai Khas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Zamir dan Thukul Cetak yang pernah kontroversi sebelum ini buku salinan Manifesto Komunis di Jakarta tahun 2016 bersama ITBM bukanlah kali pertama mencipta promosi melariskan jualan bukunya.  

CEO Thukul Cetak Kini Pegawai Khas Menteri Pendidikan

Zamir, Thukul Cetak hidup mewah atas ‘derita orang lain’. Hutang cetak dikatakan tak bayar, hutang penulis tak bayar, ringkasnya memerah dan menyedut peluh orang lain. Jadi tiada yang menghairankan jika beliau sebagai Pegawai Khas Menteri Pendidikan menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka membuat projek duit Penerbitan edisi khas Seniman Negara (SN) sempena program Dekad Membaca Kebangsaan KPM tahun 2021 hingga 2030. Lumayan selepas pegang agensi DBP dan ITBM sapu kesemuanya selagi boleh.

Berapa agaknya kos projek novel edisi khas karya Sasterawan Negara (SN) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 26 koleksi itu? Mutalib Uthman bekas CEO DuBook Press sahabat baik Zamir itu nampaknya sedang ‘kekenyangan’ dengan hasil karya orang lain.

Jika tidak kerana hantaran facebook Haslina Usman anak Allahyarham Usman Awang mempersoalkan tentang sosok manusia di kulit novel Tulang-tulang Berserakan, karya arwah ayahnya dengan gambar Zul Fikri Zamir Pegawai Khas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pastinya ‘kecurangan’ Zamir dan Mutalib itu tidak terdedah.

Bagaimana gambar atau siluet (imej bebayang) seorang Pegawai Khas Menteri serta sahabatnya Mutalib Uthman boleh menghiasi kulit depan buku karya sasterawan negara?  

Pegawai Khas Menteri arah KP DBP untuk beri projek kepada syarikat Mutalib Uthman dan kemudian Zamir berkata dia tidak tahu? Ini kepentingan dan salah guna kuasa yang wajar disiasat SPRM! 

Mutalib sendiri mengaku dia menggunakan gambarnya sendiri dan gambar Zamir di dua kulit novel berkenaan, bagi menjimatkan kos dan kerana masa projek yang “amat singkat” Zamir pula masih berkata tidak tahu dan rujuk DBP? Mutalib sendiri berkata ia ditapis 3 kali. Siapa yang tapis? Zamir atau KP DBP? 

 

Oleh itu alasan Zamir tidak mengetahui bahawa gambarnya digunakan untuk dijadikan siluet pada kulit buku berkenaan sangat tidak masuk akal. Cuba melepaskan diri

Ketua Pengarah DBP Bersekongkol?

Ikut Arahan

Pada 24 Disember, DBPNiaga membuat hebahan bahawa kesemua 26 buku karya SN itu diterbitkan semula untuk Edisi Malaysia Membaca.

Selepas kantoi dan kontroversi kulit buku itu adalah Zamir Pegawai Khas Menteri Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran Ketua Pengarah DBP berkata penerbitan novel mendapat kelulusan pemegang hak ciptanya, iaitu Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) iaitu satu agensi bawah kuasa Menteri KPM.

Dulu mereka Penerbit Thukul dan DuBook yang mendapat tempat di ITBM. Sekarang Zamir Pegawai Khas Menteri berkuasa.
Mudah Pengarah Urusan pun mereka tukar. Hak cipta ITBM tu tak lama lagi akan sapulah oleh geng Zamir dan Mutalib tu.
DBP pula tempat perah duit..

Sallehuddin berkata kontroversi telah melariskan jualan buku. “sangat laris”. Bagaimana sebagai Ketua Pengarah boleh berkata ia sebagai percubaan awal dan menarik anak muda? Dengan cara menipu, menghina karya orang lain salah guna kuasa serta ada kepentingan pegawai khas Menteri maka itu sangat bagus?

"Saya gembira perkara ini timbul, sekurang-kurangnya orang ambil tahu hal buku dan Seniman Negara.

"Belilah buku SN sementara mereka masih ada,"

“Kita akan bawa kadar (bayaran) DBP dalam mesyuarat lembaga supaya dipertimbangkan untuk menawarkan (kadar) lebih menarik,” kata Abang Sallehuddin

Melariskan buku dengan isu salah guna kuasa pegawai Menteri Bersama DBP dan ITBM adalah dua perkara berbeza. Yang untung dan kenyang ialah Mutalib Uthman dan Zul Fikri Zamir.

KP DBP gembira dengan salah guna kuasa? Sepatutnya DBP menjelaskan berapa bayaran DBP bayar kepada Mutalib Uthman itu? Rakyat perlu tahu bagaimana Zamir Pegawai Khas mengarahkan KP DBP memberi projek itu kepada Mutalib. Kerana kontroversi ini KP DBP berkata akan mencari tambahan dana. Untuk siapa? Mutalib dan Zamir ke?

SPRM kalau tak nampak lagi salah guna kuasa Zul Fikri Zamir menjadi Pegawai Khas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik tak tahulah. Atau Menteri Dr Maszlee terlibat dalam kutip komisen?

Semua pihak tahu siapa Mutalib Uthman rakan baik Zamir itu. Malah menjadi penulis yang mempertahan Dr Maszlee Malik. Agaknya projek buku Penerbitan edisi khas Seniman Negara (SN) untuk membayar segala penat lelah Mutalib dan Zamirlah tu.


Menteri Dr Maszlee terhutang budi. Maklum semua buku diterbitkan, Zamir pula Pegawai Khas Menteri.
Menteri kena beri projeklah kepada Geng Thukul dan DuBook

 

3 Comments