Sundra Rajoo beri rasuah kepada VK Liew tidak boleh didakwa, kebal dari pendakwaan
01:01 Jan 01, 2020  |  By SabahKini2
Sundra Rajoo beri rasuah kepada VK Liew tidak boleh didakwa, kebal dari pendakwaan

Sebelum ini Sundra Rajoo didakwa pecah amanah dan beri rasuah kepada VK Liew serta individu lain. Bagaimanapun selepas setahun Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Sundra Rajoo diberitahu memiliki imuniti daripada sebarang tindakan pendak

KUALA LUMPUR: Apa sahaja kes yang mengaitkan nama Menteri Undang-undang Datuk VK Liew pasti akan selesai dan ditutup. Sebelum ini kes wang 1MDB dengan parti lamanya LDP. Selepas semua dokumen, cek dan bukti tular akhirnya kes itu selesai LDP mendapat wang kembali RM500 ribu dan hanya RM 9,560.96 disita kerajaan.

Bukan itu sahaja SPRM dan VK Liew membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk menghantar memo kepada media memadamkan artikel berkaitan VK Liew itu untuk menutup apa sahaja kebenaran yang bakal terdedah.

Satu lagi kes memalukan berkait dengan  bekas pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), N Sundra Rajoo yang melibatkan nama VK Liew juga nampaknya menyelamatkan kawan VK Liew N Sundra Rajoo itu.

Portal Sabahkini2 melaporkan mengenai kes N Sundra Rajoo ini sejak 26 November 2018.

[ARTIKEL BERKAITAN- VK Liew Menteri Warisan terima sogokan daripada Pengarah AIAC ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Sundra Rajoo AIAC beri rasuah didakwa, VK Liew terima rasuah terus kebal]

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal rasuah AIAC: Menteri Warisan tutup mulut dan waran tangkap buat Sundra Rajoo]

 VK Liew Menteri Warisan terima sogokan daripada Pengarah AIAC

Memiliki imuniti – kekebalan daripada didakwa

Selepas setahun kes berlalu Mahkamah Tinggi semalam memutuskan bekas pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), N Sundra Rajoo memiliki imuniti daripada sebarang tindakan pendakwaan ke atasnya ketika menjadi pengarah pusat itu.

Hakim Mariana Yahaya berkata 3 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM1 juta yang dikenakan ke atas Sundra dibatalkan.

“Memandangkan pemohon kebal daripada saman dan prosiding lain, pertuduhan adalah tidak sah dan menyalahi undang-undang,” katanya dalam permohonan membenarkan semakan kehakiman oleh Subra.

Beliau juga berkata imuniti Sundra tidak boleh dibatalkan dengan sewenang-wenang kerana bertentangan dengan Perjanjian Negara Tuan Rumah 2013 yang ditandatangani antara Putrajaya dan Pertubuhan Perundingan Perundangan Asia-Afrika (AALCO), badan induk AIAC.

Beliau juga menyebut Peraturan Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (Keistimewaan dan Imuniti) menyatakan mana-mana pengecualian imuniti hanya boleh dilakukan oleh AALCO.

Mariana berkata Wisma Putra menulis kepada AALCO untuk membatalkan imuniti Sundra, namun ditolak oleh setiausaha Agong.

Beliau juga berkata frasa yang menyatakan bekas pegawai tinggi kebal daripada saman dan “prosiding” lain, adalah termasuk pendakwaan sivil dan jenayah.

Beliau berkata kuasa budi bicara peguam negara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi kesalahan jenayah tertakluk kepada semakan kehakiman.

“Kuasa peguam negara tidak mutlak tetapi tertakluk kepada penelitian mahkamah,” katanya.

Peguam K Shanmuga, yang mewakili Sundra bersama Abdul Shukor Ahmad, Baljit Sidhu dan Angkit R Sanghvi, berhujah bahawa anak guamnya harus diberikan perlindungan kerana beliau merupakan pegawai tinggi di bawah Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Immunity).

Sundra punya Keistimewaan dan Immunity

Sundra, yang mengetuai AIAC dari 2010 hingga akhir tahun lalu, memohon pengisytiharan beliau berhak dilindungi daripada tindakan yang diambil atas kapasiti rasminya.

Beliau juga memohon pengisytiharan yang imuniti itu tidak boleh dibatalkan di bawah akta itu, serta tiada pemangku pengarah atau mana-mana pegawai AIAC boleh melucutkan imuniti berkenaan.

Sundra mendakwa beliau mempunyai kekebalan kerana pusat itu ditubuhkan pada 1978, susulan perjanjian Malaysia dan AALCO.

Nampaknya kalau seseorang mahu kebal dari kes pendakwaan jenayah atau apa sahaja kes kenalah menjadi Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC). Pengarah AIAC yang ambil dan beri rasuah akan selamat.

Atau paling penting kenalah kes tu dikaitkan dengan Datuk VK Liew Menteri Undang-undang pasti akan selamat. Ia sudah dibuktikan sebelum ini. Empat China Doll yang kena tahan di Sabah kerana kes tiada cop imigresen pun selamat inikan kes N Sundra Rajoo.

Komen-komen netizen dalam laman sosial percaya Peguam Negara tidak akan merayu kes N Sundra Rajoo ini.

 

1 Comment