Karim Bujang Adun gagal 5 penggal 'kaki rasuah' calon Warisan Parlimen Kimanis
16:01 Jan 03, 2020  |  By SabahKini2
Karim Bujang Adun gagal 5 penggal 'kaki rasuah' calon Warisan Parlimen Kimanis

5 penggal jadi Adun apa dia buat?

Karim Bujang muncul lagi sebagai calon ‘kitar semula’ Warisan. Karim dilihat mempunyai masalah besar sokongan di dun Membakut. Bolehkah Karim Bujang menang? Rakyat juga benci Warisan pro PTI.

MEMBAKUT: Seperti dijangka Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengumumkan Ketua Bahagian WARISAN Kimanis, Datuk Karim Bujang sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Pengumuman dibuat Ketua Menteri yang juga Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada pelancaran jentera parti itu semalam.

Mohd Shafie berkata, pemilihan itu mengambil kira sokongan rakyat dan usaha diambil Karim memfailkan petisyen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi kawasan berkenaan, tahun lalu.

“Tidak mungkin ada PRK kalau bukan kerana Datuk Karim Bujang, maka calonnya ialah Karim,” katanya.

Karim yang tewas 156 undi kepada bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, ketika PRU-14 memfailkan petisyen pilihan raya pada 2018.

Ogos lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya memutuskan keputusan PRU-14 bagi Parlimen Kimanis tidak sah dan batal sebelum dikekalkan Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan Anifah pada awal bulan lalu.

Karim merupakan bekas Adun Bongawan 5 penggal dan menjadi Pembantu Menteri Pelancongan Sabah ketika dalam BN. Ketika itu beliau kaya raya membina Resort Karim Bujang di Binsulok Membakut dan kontroversi isu rasuah serta kemewahan banglo RM8 jutanya di Putatan dimainkan oleh portal Malaysiakini.com suatu ketika dulu.

Selama 5 penggal sebagai adun beliau gagal membangunkan Bongawan dan Kimanis sehingga beliau terpaksa digugurkan. Hanya selepas Anifah menjadi wakil rakyat BN banyak pembangunan di Kimanis termasuk projek Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) yang kini memberi manfaat besar kepada warga Kimanis.

Di bawah BN banyak yang telah dilakukan seperti berikut;

i. Pembinaan pusat Latihan Petroleum Kimanis, melalui pusat ini akan ramai anak-anak muda baik di Kimanis mahupun seluruh Sabah dapat bersaing dalam industri oil dan gas. Selepas tamat latihan daripada pusat ini, anak-anak muda kita akan mendapat banyak tawaran di dalam mahupun luar negara

ii. Pembinaan kolej komuniti, sememangnya bukan semua puny nasib baik mendapat keputusan cemerlang dalam akdemik. Justeru, pembinaan kolej ini akan bantu pula anak-anak Kimanis mendapatkan sijil kemahiran yang diiktiraf, umpama beri pancing dan tidak beri ikan demi masa anak-anak muda;

iii. Belia yang kurang berkemampuan, diusahakan mendapat tempat di kolej komuniti atau institut kemahiran belia negara secara percuma dengan matlamat ingin melhat anak tempatan Kimanis mampu bersaing;

iv. Kerajaan turut berjanji mana-mana anak muda berdaftar dengan system pekerjaan akan mendapat kerja paling lewat dalam masa enam (6) bulan. Namun ramai anak-anak Kimanis mendapat pekerjaan terus selepas ditemuduga;

iv. Geran Perniagaan turut diusahakan kepada usahawan-usahawan muda dengan beri suntikan modal berbentuk wang atau peralatan (pertanian / penternakan);

v.Kimanis dijadikan hab pendidikan;

vi. Untuk hidup sihat, penduduk Kimanis bakal menikmati sebuah stadium; dan

vii. Kimanis bakal menjadi sebuah daerah yang mana rakyat Kimanis akan nikmati hampir semua kemudahan kerajaan seperti hospital, pejabat daerah, pejabat pendidikan sendiri.

Itu semua sudah dilakukan. Wakil rakyat baru sahaja sepatutnya meneruskan suara rakyat Kimanis

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan pertahan Kimanis milik Karim 5 Penggal 'Kaki Rasuah', Bersatu tuntut kerusi, BN, Anifah masih memerhati ]

Kini Karim Bujang muncul lagi sebagai calon ‘kitar semula’ Warisan. Karim dilihat mempunyai masalah besar sokongan di Adun Membakut. Berhadapan dengan  calon BN Datuk Mohamad Alamin bapanya seorang KDM berasal dari Kimanis dan juga ibunya berketurunan Brunei Membakut bukanlah sesuatu yang mudah.

Kekalahan Mohamad sebelum ini di Dun Bongawan dengan hanya 750 undi bukan lagi ukuran memandangkan situasi sekarang kebencian rakyat terhadap kerajaan Warisan yang tersangat pro ‘Pendatang Asing’ sehingga pemberian PSS, kos sara hidup, tiada pekerjaan, ekonomi lemah selain isu kerajaan PH yang gagal pasti memberi kesan kepada sokongan Karim Bujang.

Karim menyifatkan pencalonannya sebagai tanggungjawab yang perlu diterjemahkan kepada kemenangan untuk parti.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan WARISAN yang memberi kepercayaan dan bagi saya ia adalah satu tanggungjawab.

 

3 Comments