Najib 'Bossku' sambutan luar biasa di Kimanis
10:01 Jan 04, 2020  |  By SabahKini2
Najib 'Bossku' sambutan luar biasa di Kimanis

Seperti biasa di mana-mana kehadiran Najib 'Bossku' akan mendapat sambutan dan perhatian rakyat.




Najib di Pekan Membakut


Najib di PDM Seladan

Antara catatan Najib dalam facebooknya

"Tahu tak apa yang dikatakan kepada saya?

Saya jalan-jalan di Membakut dan Seladan tadi.

Mereka kata pembangunan sudah tiada di Sabah.

Malah yang BN buat dahulu seperti Pan Borneo sudah terbengkalai.

Bukankah projek ini kini dikawal selia bawah kerajaan persekutuan dan negeri?

Pan Borneo ini satu hadiah besar yang saya dan BN berikan kepada Sabah Sarawak. Ia mampu mengubah lanskap sosio ekonomi dan membawa pembangunan.

Di Kimanis juga.

Lebih-lebih lagi tiada tol dikenakan.

Ada juga menyuarakan kepada saya mengenai isu Pas Sementara Sabah atau PSS.

Saya nak beritahu kepada kerajaan PH.

Sabah ini rakyat punya. Sabah ini Malaysia punya.

Mengapa gadaikan peluang pekerjaan, kebajikan rakyat untuk warga asing?

Inikah hadiah PH kepada rakyat?

Lawan lah wahai rakan-rakan saya rakyat semua.

Kita tidak boleh biarkan kerajaan ini membuat keputusan atau dasar yang menyusahkan rakyat dan membawa kesan negatif kepada negeri Sabah


5 Comments