[VIDEO] PRK Kimanis: Satu Lawan Satu, Ribuan Penyokong BN Banjiri Pusat Penamaan
06:01 Jan 04, 2020  |  By SabahKini2
[VIDEO] PRK Kimanis: Satu Lawan Satu, Ribuan Penyokong BN Banjiri Pusat Penamaan

Laungan ‘Radu Tatap Radu’, ‘Ubah Balik’ 'Bangkit Sabah' 'Tolak PSS' menggegarkan suasana PRK Kimanis kali ini

BEAUFORT, 4 Januari -  Ribuan penyokong Barisan Nasional (BN) memenuhi luar Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir yang merupakan pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, hari ini.

Mereka berkumpul seawal pukul 7.30 pagi dan jumlah yang hadir meningkat dari semasa ke semasa dan perarakan ke pusat penamaan calon bermula pada pukul 8.45 pagi.

Laungan ‘Radu Tatap Radu’, ‘Ubah Balik’, ‘Sabah Bangkit’ bergema membangkitkan  semangat penyokong masing-masing dengan kibaran bendera BN.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Hasan, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan pimpinan BN lain peringkat negeri dan pusat bersama-sama dengan penyokong serta pendokong BN bersemangat mengiringi calon BN, Datuk Mohamad Alamin.

Sementara itu Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kimanis, Jupri Etok mengumumkan PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Mohamad Alamin dengan calon Warisan, Datuk Karim Bujang.

Datuk Mohamad Alamin mengemukakan kertas pencalonan pada pukul 9.07 pagi manakala Datuk Karim Bujang pada pukul 9.10 pagi.

Dalam pada itu berlaku sedikit kekecohan. Situasi tegang berlaku ketika penamaan calon apabila para penyokong dari Warisan dan Barisan Nasional mendekati pintu pagar dewan penamaan calon.

Kakitangan pasukan simpanan persekutuan dikerah untuk mengawal keadaan.

 Harian Metro

Kedua-dua penyokong parti menjerit dengan kuat dengan penyokong BN memanggil penyokong Warisan “penipu” dan menjerit “PSS” merujuk kepada kegagalan Warisan-PH-Upko menunaikan manifesto pilihan raya mereka dan kontroversi melibatkan Pas Sementara Sabah.

PSS merupakan dokumen yang diperkenal kerajaan Warisan bagi menggantikan 3 dokumen warga asing di Sabah iaitu Kad Burung-Burung, Sijil Banci dan IM13 yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Jun depan.

Penyokong Warisan pula bertindak balas dengan menyanyikan lagu Sabah.

Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal sebelum itu mengingatkan penyokongnya agar tidak mencetuskan provokasi kepada pihak lawan. Beliau juga dilihat menegangkan pita “jangan melintas garisan” sambil mengarahkan polis mengawal keadaan.

“Tolong jangan provokasi mereka. Jangan memulakan pergaduhan,” Shafie didengar berkata kepada penyokong Warisan yang sebahagian besarnya terdiri daripada Wira Warisan.

Penyokong BN turut dilihat memegang sepanduk dengan slogan “anak muda melawan, ada lagi penipu” dan baju ‘Tolak PSS’ sambil menyeru ahli Warisan beralih sokongan dan menyokong BN.




Bacaan lain: Sabahkini2.com

2 Comments