PRK Kimanis 2020: Semua Sama, Apa yang berbeza?
05:01 Jan 07, 2020  |  By SabahKini2
PRK Kimanis 2020: Semua Sama, Apa yang berbeza?

Apa yang menarik adalah, kedua-dua calon untuk PRK P176 Kimanis edisi 2020 ini menyaksikan pertembungan antara mentor dan mentee ini turut menuntut usaha gigih mereka menarik perhatian pengundi dengan cara yang tersendiri.

Pilihanraya Kecil Kimanis memberi peluang semula kepada Datuk Mohamad Alamin untuk menguji tahap sokongan akarumbi terutama di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 iaitu kerusi lama di mana beliau dikalahkan oleh Dr.Daud Yusof dalam Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu.

Berbeza dengan Datuk Karim Bujang, pengekalan beliau sebagai calon Ahli Parlimen P176 Kimanis oleh pucuk pimpinan Parti Warisan Sabah adalah satu amanah untuk beliau meneruskan perjuangan sebagai ahli parlimen berbeza dengan kedudukannya sebelum ini sebagai ahli dewan undangan negeri Bongawan suatu ketika dahulu.

Apa yang menarik adalah, kedua-dua calon untuk PRK P176 Kimanis edisi 2020 ini menyaksikan pertembungan antara mentor dan mentee ini turut menuntut usaha gigih mereka menarik perhatian pengundi dengan cara yang tersendiri.

Ini yang demikian, kedua-dua calon ini diasuh dan diacuankan dari sumber parti yang sama. Justeru, terdapat kemungkinan situasi kempen yang dijalankan oleh kedua-dua calon adalah identikan dari segi pendekatan tetapi berbeza dari sudut intipati.

Kelak, apakah natijah daripada kempen yang berorientasikan metod yang sama ini?jawapannya terletak pada jentera parti. Kedua-dua jentera parti Barisan Nasional dan Parti Warisan boleh menjangka dan mengenalpasti ruang bagi kelebihan dan kekurangan yang cuba ditonjolkan oleh kedua-dua parti.

Hujung akhirnya, hanya akarumbi dan pengundi di kawasan parlimen Kimanis yang dapat membuat perbandingan tentang apa yang ditawarkan oleh kedua-dua calon berkenaan.

Namun, perlu diingat, pengundi-pengundi era milenium di kawasan ini sudah semakin bijak menilai apa-apa yang ditawarkan oleh mana-mana calon yang bagi mereka sudah dikenali luar dan dalam, dulu hingga sekarang malah dimaklumi amat dekat di hati dan fikiran mereka. Hanya kebijaksanaan membaca hasrat dan aspirasi warga Kimanis mampu menentukan siapa pemenang untuk pilihanraya yang agak unik dan dijangka sengit ini.

Dr.Syah
3.30a.m.(7/1/2020, Selasa)

1 Comment