Anifah turun padang bantu kempen calon BN di Kimanis
21:01 Jan 08, 2020  |  By SabahKini2
Anifah turun padang bantu kempen calon BN di Kimanis

Anifah bantu BN. Anifah bukan pemimpin yang baru, beliau seorang pemimpin cukup senior dan cukup lama berkhidmat di Parlimen Kimanis.

KIMANIS- Mantan ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman turut memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis ketika hadir di Command Centre BN di Kimanis Centro petang ini.

Calon BN Datuk Mohamad Alamin yakin keputusan bekas menteri luar Anifah Aman untuk turun berkempen akan membantunya memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar pada 18 Jan nanti sekali gus mempertahankan kerusi Kimanis.

Beliau berkata, Anifah memiliki kelebihan selaku bekas anggota parlimen Kimanis serta pastinya mempunyai pengaruh dan penyokong di situ.

"Sedikit sebanyak ini dapat bantu kempen kita supaya memilih BN, Anifah bukan pemimpin yang baru, beliau seorang pemimpin cukup senior dan cukup lama berkhidmat di Parlimen Kimanis.

"...Dan sudah tentu lah dia mempunyai penyokong-penyokong sendiri dan ini kita tidak dapat dinafikan. Dia akan turun bersama, kita akan dapat melonjakan lagi sokongan dan majoriti, insya-Allah.

 

 

5 Comments