20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI!
04:01 Jan 10, 2020  |  By SabahKini2
20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI!

20 bulan Kerajaan Warisan berkuasa. Misi pembangunan dibelakangkan. Misi utama mereka ialah memberi dokumen kepada warga asing. Kelulusan surat lahir lewat, anak tanpa negara, pemutihan PTI & kini akhirnya beri dokumen sah PSS untuk PTI menetap di Sabah

Sebelum berkuasa bila ada Filipina menuntut Sabah, Shafie hanya berdiam. Shafie terlalu menjaga geng Sulu Filipina daripada berkecil hati. Masa dia sebagai Menteri KKLW dia mengarahkan JKKK sokong dan bantu RCI untuk mengesahkan pemegang Kad Pengenalan projek

http://sabahkini2.com/en/news/423/kenapa-presiden-warisan-shafie-terus-berdiam-isu-tuntutan-filipina-ini-jawapannya/view atau Klik

Selepas menang secara haram melalui lompatan haram Madius Tangau apa Shafie dan Warisan buat? 20 bulan nampaknya mereka merancang rapi untuk mendaulatkan PTI di Sabah khususnya pelarian Filipina (IMM13) sebagai rakyat atau pemastautin di Sabah

Sebulan selepas PRU14, pada Jun 2018 Mesyuarat Kerajaan Warisan bersetuju kerajaan akan memberi dokumen kepada pekerja asing haram di Sabah. Ia mula ke arah mendokumentasikan PTI haram. Kononnya untuk mengisi kekosongan pekerjaan di sektor ladang.

https://sabahkini2.com/en/news/1007/kerajaan-negeri-akan-beri-dokumen-kepada-pekerja-asing-haram-di-sabah/view  atau klik  

5 Julai 2018: Menyokong usaha Shafie Apdal dan Warisan, ‘Sultan Sulu' atau Dr Datu Akjan Datu Ali Muhammad (pernah ditabal Sultan Sulu) menggesa anak Sabah tanpa kerakyatan diberi taraf warganegara

https://sabahkini2.com/en/news/1024/sultan-sulu-gesa-anak-sabah-tanpa-kerakyatan-diberi-taraf-warganegara/view

'Sultan Sulu' gesa anak Sabah tanpa kerakyatan diberi taraf warganegara

16 Ogos 2018- Sekali lagi Dr Datu Akjan Datu Ali Muhammad 'Sultan Sulu'  yang Pro Shafie bersama NGO barunya Pertubuhan Permuafakatan dan Perpaduan Masyarakat Peranakan Suluk Bajau Sabah (PSB) mahu Dr Mahathir luluskan 800 ribu warganegara 'anak tanpa kerakyatan'

https://sabahkini2.com/en/news/1127/ngo-sultan-sulu-pro-shafie-mahu-dr-mahathir-luluskan-800-ribu-warganegara-anak-tanpa-kerakyatan/view

25 Ogos 2018- Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing. Ini janji Shafie.

https://sabahkini2.com/en/news/1147/projek-ic-2-shafie-bantu-dapatkan-mykad-yang-kahwin-pendatang-asing/view

Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing

29 Ogos 2018- Menyokong arahan Shafie dan Warisan membayangkan Projek IC 2 sedang dirancang. Menteri UPKO Ewon Benedict 'KPLB' akur arahan Shafie mengumpul info 'Projek IC' di kampung dan pulau-pulau. Surat banci juga telah dikeluarkan. Ini satu usaha terima kasih UPKO terhadap Kerajaan Warisan melantik mereka sebagai Menteri.

https://sabahkini2.com/en/news/1159/-menteri-upko-akur-arahan-projek-ic-shafie-apdal/view

1 September 2018 : Terbongkar! Projek IC kecoh di Tuaran didalangi Penerangan Pusat Warisan

https://sabahkini2.com/en/news/1167/terbongkar-projek-ic-kecoh-di-tuaran-didalangi-penerangan-pusat-warisan/view

29 September 2018: Kerajaan Warisan berjanji memudahkan permohonan sijil lahir warga asing kahwin orang tempatan.  Lebih 40 ribu anak-anak PTI dikatakan bakal menerima manfaat.

http://sabahkini2.com/en/news/1250/kerajaan-warisan-janji-mudahkan-permohonan-sijil-lahir-warga-asing-kahwin-orang-tempatan/view

4 Oktober 2018- Tidak cukup program jelajah Kerajaan Warisan membawa agensi JPN dan mahkamah untuk 'Projek IC', PBB, UMS dan IDS turut dikerah bantu Projek IC "Anak Tanpa Negara". Penilaian badan-badan ini digunakan untuk menyokong usaha Warisan

https://sabahkini2.com/en/news/1267/pbb-ums-dan-ids-bantu-kerajaan-warisan-projek-ic-anak-tanpa-negara/view

Antara Video yang tular

11 Oktober 2018 - Kerajaan Warisan test market IMM13. IMM13 dihidupkan semula selepas ditamatkan sejak 2003. Tular video PTI menyerbu Wisma Dang Bandang demi IMM13 telah menyebabkan kekecohan.

https://sabahkini2.com/en/news/1302/video-pti-serbu-dang-bandang-demi-imm13-yang-dihidupkan-semula-oleh-warisan/view

13 Oktober 2018- Seperti biasa selepas kecoh dan ditentang rakyat Shafie dan Warisan pun pura-puralah bising. Shafie dan Azis Jamman Timbalan Menteri KDN berpura-pura terkejut. Saling tuduh menuduh dan akhirnya pengarah imigresen Sabah menjadi ‘kambing hitam’. IMM13 dihentikan selepas kecoh.

https://sabahkini2.com/en/news/1312/imm13-shafie-terkejut-azis-jamman-timbalan-menteri-kdn-dan-imigresen-tidak-beritahunya/view

https://sabahkini2.com/en/news/1306/selepas-dikecam-permohonan-imm13-dihentikan-serta-merta/view

16 November 2018- Kerajaan Warisan percaya kaedah pertama nampaknya tidak berjaya. Azis Jamman Timbalan Menteri KDN mendedahkan Kerajaan Warisan menawarkan pemegang IMM13 sejenis dokumentasi PTI. Dokumentasi ini membayangkan ‘Pas Sementara Sabah’ sekarang.

https://sabahkini2.com/en/news/1432/kita-perlu-tawarkan-pemegang-imm13-sejenis-dokumentasi-tetapi-bukan-warganegara-timbalan-menteri-kdn/view

19 November 2018- Madius Tangau tampil membantu Shafie Apdal dan Warisan tentang keperluan pekerja asing di Sabah. Beliau meminta rakyat Sabah berfikiran positif kehadiran PTI di Negeri Sabah demi pembangunan ekonomi

https://sabahkini2.com/en/news/1439/rakyat-sabah-perlu-positif-pengambilan-pekerja-asing-tangau/view

21 November 2018- Kerajaan Warisan mula bermain alasan baru mengenai IMM13. Kononnya Filipina tidak terima dokumen IMM13. Tetapi Kedutaan Filipina menafikan tidak terima dokumen IMM13.

https://sabahkini2.com/en/news/1448/kedutaan-filipina-nafi-kenyataan-timbalan-menteri-tolak-rakyatnya-miliki-imm13/view

27 November 2018: Alasan demi alasan dibuat akhirnya terkantoi Sindiket dokumen 'Projek IC' menggunakan nama Timbalan Menteri KDN terbongkar!. Seseorang yang rapat dengan pejabat Ahli Parlimen Sepanggar sebagai orang dalam disyaki mendapat untung dari penjualan dokumen itu.

https://sabahkini2.com/en/news/1462/sindiket-dokumen-projek-ic-guna-nama-timbalan-menteri-kdn-terbongkar/view

19 Disember 2018- Selepas bermain alasan mengenai IMM13, Azis Jamman mencabar Filipina membuka konsulat di Sabah selesai masalah pemegang IMM13. Walaupun tahu tidak mungkin Filipina berbuat demikian memandangkan tuntutannya masih terhadap Sabah.

https://sabahkini2.com/en/news/1521/azis-minta-filipina-buka-konsulat-di-sabah-selesai-masalah-pemegang-imm13/view

22 Februari 2019. Episod baru antara Negara Filipina dan Kerajaan Warisan Sabah bermula. Malah Shafie berjanji bantu warga Filipina tanpa dokumen di Sabah. Dalam masa sama  Filipina kekal menuntut Sabah.

https://sabahkini2.com/en/news/1688/filipina-kekal-tuntut-sabah-dan-kerajaan-negeri-bantu-warga-filipina-tanpa-dokumen-di-sabah/view

2 April 2019-  Kerajaan Warisan meluluskan program pemutihan pekerja asing. Keputusan itu menggembirakan PTI di Sabah. Majikan yang menggaji pendatang tanpa izin sebagai pekerja dalam sektor perladangan dan pertanian boleh mendapatkan pas yang sah bagi mereka bermula 1 April hingga 30 September, 2019.

https://sabahkini2.com/en/news/1808/berjuta-pti-lega-sabah-laksana-program-pemutihan-pekerja-asing-mula-1-april-/view

17 April 2019- Shafie Apdal dalam Sidang Dewan Undangan Negeri mengaku PTI akan diberi dokumen sah dan Pulau Penempatan jika kemasukan berlaku secara beramai-ramai.

https://sabahkini2.com/en/news/1863/pti-diberi-dokumen-dan-pulau-penempatan-jika-kemasukan-beramai-ramai-shafie-apdal/view

6 Mei 2019- Ketika PRK Sandakan. Pemimpin PH seperti Christina Liew dan Anwar Ibrahim menyokong Anak tanpa negara' melalui perkahwinan PTI akan diberi kerakyatan

https://sabahkini2.com/en/news/1910/anak-tanpa-negara-melalui-perkahwinan-pti-akan-diberi-kerakyatan-kata-christina-liew/view

8 Mei 2019- Anwar Ibrahim setuju PH beri dokumen kepada PTI tinggal lama di Sabah

https://sabahkini2.com/en/news/1915/anwar-ibrahim-setuju-ph-beri-dokumen-kepada-pti-tinggal-lama-di-sabah/view

6 Julai 2019- Kerajaan Warisan mengumumkan 123,575 PTI bersama keluarga didaftar Program Pemutihan di Sabah. Sambutan kurang mungkin sebab takut ditangkap.

https://sabahkini2.com/en/news/2067/123575-pti-bersama-keluarga-didaftar-program-pemutihan-di-sabah/view

2 Ogos 2019 - Shafie menegur rakyat benci PTI, NGO. Mengapa benci? Shafie juga mengarahkan Cawangan Warisan di setiap parlimen mendaftar 60 ribu kanak-kanak tanpa negara ini.

https://sabahkini2.com/en/news/2136/shafie-tegur-rakyat-benci-pti-ngo-cawangan-warisan-diarah-daftar-60-ribu-kanak-kanak-tanpa-negara/view

7 September 2019- Selepas melaksanakan program pemutihan PTI, kerajaan PH dan Warisan akhirnya melaksanakan pula program Pas Sementara Sabah. 600/700 ribu PTI pemegang ‘tiga dokumen’ bakal diberi Pas sementara Sabah (PSS). [140 ribu X 5 dalam satu keluarga].

https://sabahkini2.com/en/news/2205/600-ribu-pti-pemegang-tiga-dokumen-bakal-diberi-pas-sementara-sabah-pss/view

9 September 2019- PSS: Mengukuhkan sokongan PH kepada Shafie Apdal Warisan, Parti DAP dan Amanah Sabah pula bersetuju, mahu PTI lama, ‘anak tanpa negara’ diberi PSS

https://sabahkini2.com/en/news/2206/pss-dap-sabah-setuju-amanah-mahu-pti-lama-anak-tanpa-negara-diberi-pss/view

10 September 2019 – Sekali lagi media melaporkan Filipina kekal menuntut Sabah. Dalam masa sama PSS pula diluluskan untuk menggantikan IMM13, Kad Burung-burung dan Kad Banci. 

https://sabahkini2.com/en/news/2212/filipina-terus-tuntut-sabah-kerajaan-warisan-beri-pss-agar-imm13-filipina-kekal-di-sabah/view

2 November 2019- Kecoh semula Dato' Seri 'Sulu' pro warisan aktif mendaftar PTI Sabah guna syarikat tipu SRM, MMC yang kontroversi.

https://sabahkini2.com/en/news/2338/dato-seri-sulu-pro-warisan-aktif-semula-daftar-pti-sabah-guna-syarikat-tipu-srm-mmc-/view

Surat sokongan Timbalan Menteri

26 November 2019: Sindiket penipuan kad data warga asing, Syarikat MMC milik Dato' Seri 'Sulu' tumpas lagi. Polis Sabah sekali lagi menumpaskan sindiket penipuan kad data warga asing milik 'Dato' Sulu' Dato' Seri Saad Hj Ani Pengerusi SR Manpower Resources Sdn Bhd dan Mega Management Consultancy Sdn Bhd selepas menahan enam individu termasuk pengarah syarikat anak Dato’ Seri itu dalam serbuan di sebuah premis di MidTown Plaza, Batu 3 1/2 Jalan Utara, Sandakan.

https://sabahkini2.com/en/news/2384/sindiket-penipuan-kad-data-warga-asing-syarikat-mmc-milik-dato-seri-sulu-tumpas-lagi/view

26 November 2019- Di dalam kekecohan PSS, tangkapan syarikat MMC Azis Jamman mengumumkan KDN akan membuat simulasi PSS warga asing bulan Januari 2020. 

https://sabahkini2.com/en/news/2386/kdn-buat-simulasi-pss-warga-asing-bulan-depan-kata-timbalan-menteri/view

28 November 2019- Mengejutkan! Syarikat MMC tipu PSS pernah dapat surat sokongan Timbalan Menteri?. Belum pun PSS dibuat dah ada penipuan PSS

https://sabahkini2.com/en/news/2390/mengejutkan-syarikat-mmc-tipu-pss-pernah-dapat-surat-sokongan-timbalan-menteri/view

Madius Tangau seru rakyat setuju beri PSS kepada pemegang IMM13 berkeluarga menetap di Sabah

26 Disember 2019- Menjelang PRK Kimanis Madius Tangau sekali lagi tampil menolong Shafie Apdal menyeru rakyat setuju beri PSS kepada pemegang IMM13 berkeluarga menetap di Sabah. Katanya beri peluang kepada IMM13 dari Filipina yang menetap di Sabah diberi PSS.

https://sabahkini2.com/en/news/2453/madius-tangau-seru-rakyat-setuju-beri-pss-kepada-pemegang-imm13-berkeluarga-menetap-di-sabah/view

Hari ini dalam kempen PRK Kimanis Warisan terpaksa mengarahkan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin datang ke Kimanis untuk memberi penerangan mengenai Pas Sementara Sabah (PSS)sebagai bukan kad pengenalan (IC). Mereka fikir rakyat bodoh bahawa isu yang utama ialah keturunan PSS yang akhirnya anak-anak mereka memiliki Kad Pengenalan kerana berkahwin dengan orang tempatan.

PRK Kimanis adalah referendum rakyat menolak PSS!. Undi Warisan bermakna Undi PSS yang akan melenyapkan anak bangsa.

Alternatif: Sabahkini22.wordpress.com

8 Comments