[VIDEO] Pengerusi EMGS belikan Dr Maszlee Vellfire VDC2828 didakwa SPRM, Dr Maszlee turut disiasat?
15:01 Jan 12, 2020  |  By SabahKini2
[VIDEO] Pengerusi EMGS belikan Dr Maszlee Vellfire VDC2828 didakwa SPRM, Dr Maszlee turut disiasat?

Pengerusi EMGS Datuk Abdul Rahman Mohamed Shariff orang kuat Dr Maszlee akan didakwa SPRM esok kerana kes rasuah & salahgunakuasa. Baru-baru ini kecoh Vellfire menteri. Vellfire itulah dibeli untuk Dr Maszlee menggunakan wang syarikat bawah KPM!

SPRM mengumumkan esok Pengerusi Education Malaysia Global Services, Datuk Abdul Rahman Mohamed Shariff bakal menghadapi tiga pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun tuduhan yang akan dikenakan ke atas bekas pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS) tidak dinyatakan.

Untuk rekod EMGS adalah entiti di bawah KPM yang ditugaskan untuk mempromosikan penyedia pendidikan Malaysia ke pasaran dunia.


Datuk Abdul Rahman Mohamed Shariff dan Dr Maszlee. Rahman jaga Dr Maszlee sehingga beri Vellfire atas
nama Education Malaysia Global Services


Ia juga menjadi pusat sehenti untuk pelajar warga asing memohon visa dan insurans kesihatan.

Tahun lalu, EMGS - yang ditubuhkan pada 2012 - disiasat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). 

Pejabat EMGS 'dilawati' oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu lalu. Abdul Rahman memberitahu, SPRM sedang menjalankan siasatan aduan oleh salah seorang kakitangan EMGS.

"Ia berhubung pembelian buah kurma sempena Ramadan," katanya sambil memberi jaminan siasatan itu dijalankan dengan bebas.

Maszlee berlakon naik MyVi tetapi megah Vellfire putih milik EMGS!

Pengerusi Education Malaysia Global Services, Datuk Abdul Rahman Mohamed Shariff belikan Menteri Vellfire!

Memandangkan SPRM bakal mendakwa Abdul Rahman elok juga Menterinya Dr Maszlee Malik disiasat sekali kerana telah diberikan sebuah Vellfire putih bagi nombor pendaftaran VDC2828.

Dilaporkan Dr Maszlee mengarahkan pembelian Vellfire ini untuk kegunaan Menteri bagi tugas-tugas rasmi.

Ia jelas satu salah guna kuasa kerana Menteri KPM telah disediakan kenderaan rasmi Perdana namun membazir mengarahkan agensi dibawahnya Education Malaysia Global Services (EMGS) pembuat pembelian Vellfire. 

Semakan Sabahkini2.com kenderaan Vellfire VDC2828 memang atas nama syarikat Education Malaysia Global Services.

Sekalipun Dr Maszlee telah diarah meletak jawatan baru-baru ini tetapi siasatan wajar dilakukan. Pastinya banyak lagi penyelewengan dilakukan di Education Malaysia Global Services (EMGS) itu. Nampaknya Hang Tuah bakal terkorban lagi.

 

16 Comments