Rakaman video SPR perlu buktikan insiden pengundi wanita tidak dibenarkan mengundi PRK Kimanis
05:01 Jan 19, 2020  |  By SabahKini2
Rakaman video SPR perlu buktikan insiden pengundi wanita tidak dibenarkan mengundi PRK Kimanis

Penggunaan video kamera sebelum ini ditentang bimbang kerahsiaan. Alasan SPR mudah menyemak semula proses pengundian. Namun di PDM Binsulok berlaku insiden pemilik Kad Pengenalan tidak dapat mengundi, ada pihak lain menggunakannya. SPR perlu siasat..

Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin penggunaan kamera video di semua 68 saluran dan 19 pusat mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis membantu proses pembuangan undi.

Menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azmi Sharom, rakaman video itu juga tidak akan mengganggu kerahsiaan pilihan pengundi kerana kedudukannya kamera itu terletak di sudut bilik mengundi.

“Ia (kamera video) tidak mengganggu, dia kecil saja kan, ia terletak di satu penjuru bilik. Saya rasa ia tidak mengganggu proses pengundian, ia tak mengganggu kerahsiaan pengundian, sebab orang mengundi di hujung bilik.

“Apa yang penting ia tak mengganggu proses pengundian,” katanya kepada pemberita di Sekolah Kebangsaan (SK) Old Lady, Kampung Kelatuan, Batu Enam semalam dihari pengundian.

Turut bertegas sekalipun dikririk BN ialah Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun memperkenalkan penggunaan kamera video di semua saluran mengundi pada hari penggundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis sebagai satu usaha penambahbaikan untuk pilihan raya yang cekap dan telus.

Menurutnya, penggunaan kamera itu untuk tujuan rakaman keadaan dalam saluran dan memudahkan SPR menyemak semula proses pengundian dilaksanakan agar mengikut prosedur ditetapkan.

SPR perlu buktikan fungsi kamera

Terbaru seorang pemilih bernama Azfarizah Azsiha Ag Ali Omar, 31 tidak dibenarkan membuang undi di PDM Binsulok kerana namanya dikatakan telah membuat pembuangan undi. Bagaimanapun jari telunjuk kirinya belum dicelup dengan ink.

 


Siapa individu yang mengundi pihak dirinya?

Azfarizah Azsiha Ag Ali Omar turut melaporkan polis insiden itu

“Apabila saya masuk untuk membuang undi, saya telah dimaklumkan oleh Ketua Tempat Mengundi bahawa nama saya telah digariskan atau dipotong yang bermakna telah melaksanakan pembuangan undi,” katanya.

Memandangkan perkara seperti ini sentiasa berlaku kamera mungkin boleh melihat pegawai SPR atau penama pemilih yang menggunakan kad pengenalan beliau dalam PRK Kimanis ini.

SPR mesti membuktikan penggunaan kamera ini berjaya membenteras isu pengundi berulang, pengundi hantu atau dalang-dalang dari pegawai SPR yang bersalah sebagaimana berlaku terhadap Anifah Aman yang kalah kes di mahkamah.

 

 

 

 

3 Comments