[VIDEO] ‘Sultan Sulu’ Datu Akjan bersama pengikut Sulu serang Papagomo di KKIA demi Shafie, Warisan, PSS!
15:01 Jan 19, 2020  |  By SabahKini2
[VIDEO] ‘Sultan Sulu’ Datu Akjan bersama pengikut Sulu serang Papagomo di KKIA demi Shafie, Warisan, PSS!

Demi menyokong Shafie Apdal, Warisan dan PSS Datu Akjan 'Sultan Sulu' bersama pengikutnya sanggup menyerang Papagomo di KKIA semata-mata hanya gambar Shafie dikoyak.Nampak tak keturunan ini jika mendapat PSS!

Perhatikan Datu Akjan melakukan cubaan serangan terhadap Papagomo

KOTA KINABALU: Beberapa video tular di laman sosial Facebook malam ini menunjukkan pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo cuba diserang oleh pengikut Sultan Sulu Datu Akjan yang juga Presiden Pertubuhan Permuafakatan dan Perpaduan Masyarakat Peranakan Suluk Bajau Sabah (PSB)

Insiden tersebut dipercayai berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ketika Papagomo sedang menunggu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Berdasarkan percakapan beberapa lelaki di dalam video itu jelas suara penyerang bukanlah orang Sabahan tulen tetapi Geng Sulu di bawah Datu Akjan yang turut mengetuai PERKIDA Sabah. Datu Akjan dan pengikutnya sebelum ini mengisytiharkan menyokong Datuk Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah dan Presiden Warisan.

Percakapan Bahasa Sulu

Kemarahan Dr Datu Akjan Datu Ali Muhammad Sultan Sulu bergelar Paduka Mahasari Maulana Al-Sultan Sharif ul-Hashim II, Dr Sharif Mohammad Akjan Mu’izzuddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun, Sultan Shariful-Hashim II adalah kerana tindakan Papagomo mengoyakkan gambar Shafie Apdal dalam kempen PRK Kimanis.

Sehari sebelum pengundi Datu Akjan mengugut akan menyerang Papagomo dan pengikutnya di KKIA jika Papagomo enggan meminta maaf. Selain itu tular juga ugutan dari pengikut Warisan untuk menyeru bunuh dan bakar hidup-hidup terhadap Papagomo serta menghalangnya keluar daripada KKIA.

Dalam insiden itu jelas dalam video Datu Akjan cuba melakukan kekasaran terhadap Papagomo diikuti oleh pengikutnya yang semakin mengganas di KKIA. Keganas pengikut Sultan Sulu itu mendapat perhatian daripada pelancong asing yang berada di sekitar KKIA.

Budak-budak Sulu ini mesti dicari dan ditangkap kerana melakukan keganasan dan membuat kacau di KKIA

Portal Sabahkini2 pernah menyiarkan mengenai Datu Akjan Sultan Sulu ini apabila menyokong usaha Shafie Apdal dan Kerajaan Warisan untuk memberikan kerakyatan kepada anak-anak tanpa negara. Ini termasuk menyokong pelaksanaan PSS kepada PTI di Sabah. 

Penyerang keganasan Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 membunuh anggota keselamatan di Sabah adalah keturunan Sultan Sulu ini.

ARTIKEL BERKAITAN DATU AKJAN SULTAN SULU BACA

'Sultan Sulu' gesa anak Sabah tanpa kerakyatan diberi taraf warganegara

NGO 'Sultan Sulu' Pro Shafie mahu Dr Mahathir luluskan 800 ribu warganegara 'anak tanpa kerakyatan'

Dalam pada itu, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang insiden berkenaan.

NGO 'Sultan Sulu' Pro Shafie mahu Dr Mahathir luluskan 800 ribu warganegara 'anak tanpa kerakyatan'

Datu Akjan ditabalkan Sultan Sulu dengan Gelaran Paduka Mahasari Maulana Al-Sultan Sharif ul-Hashim II,
Dr Sharif Mohammad Akjan Mu’izzuddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun, or Sultan Shariful-Hashim II

 

 

Note: Editor Sabahkini2 membetulkan PEKIDA SABAH adalah bukan PERKIDA SABAH. Laporan adalah berdasarkan media masa sebelum ini. Kepada NGO PEKIDA ia telah dibetulkan. terima kasih.

76 Comments