Strategi Warisan 'Makan Diri', Batal PSS hanya langkah sementara kaburi rakyat?
05:01 Jan 26, 2020  |  By SabahKini2
Strategi Warisan 'Makan Diri', Batal PSS hanya langkah sementara kaburi rakyat?

Rakan komponen PH menasihati tangguh atau batal tetapi Warisan degil! Kini terpaksa batal setelah kalah PRK Kimanis. Benarkah batal terus atau sengaja mengaburi rakyat untuk mencari kaedah baru?

“Sudah terhantuk baru tengadah” sekalipun kalah dalam PRK dengan hanya menang tipis 4 PDM di Kimanis Warisan tidak pernah mengaku kesilapan mereka.

Sebenarnya menurut sumber Bersatu Sabah lebih awal menasihati Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu selaku Menteri Dalam Negeri. Dengan data dan maklumat diperolehi mereka mencadangkan agar PSS ditangguhkan.

Bagaimanapun Datuk Seri Shafie Apdal dan Azis Jamman bertegas mahu melaksanakannya. Shafie dan Warisan yakin menang PRK Kimanis.

Keputusan juga diambil jika PSS diteruskan untuk tidak memburukkan keadaan biarlah Tan Sri Muhyiddin yang mengumumkannya serta mendedahkan segala bukti PSS dicadangkan BN

Prinsipnya dilihat ‘Malaya’ yang membuat keputusan bukan Shafie dan kerajaan Warisan.

Hasil kempen kehadiran Menteri KDN di Sabah. 

Itu adalah keputusan ketika Tan Sri Muhyiddin berada di Sabah dalam kempen PRK Kimanis. Tan Sri Muhyiddin tiada pilihan memandangkan ia kehendak Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah yakin menang PRK itu.

Strategi makan diri- Menyalahkan orang lain

Sejajar dengan itu strategi mendedahkan minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing Sabah mengaitkan dengan Tan Sri Pairin pengerusi jawatankuasa kecil teknikal diteruskan untuk mengatakan PSS adalah Pas Residen cadangan BN

Warisan lupa minit mesyuarat tahun 2015 itu hanyalah jawatan kuasa kecil bukannya Mesyuarat Jemaah Menteri samada Persekutuan atau Negeri Sabah sendiri. 5 tahun tidak dilaksanakan, tidak pernah di bawa dalam dewan rakyat, apatah lagi didedahkan kepada media menunjukkan BN sendiri tidak mahu melaksanakan dasar itu. Mengapa Warisan takut mengaku ia idea mereka yang diputuskan dalam Mesyuarat September 2019?

Kerajaan Warisan mengaku guna Minit Mesyuarat lapuk 2015 sebagai alasan luluskan dasar baru PSS!

Lebih parah menyerang Tan Sri Pairin Kitingan Hugoun Siau yang bersara politik itu tidak dapat diterima oleh rakyat KDM. Jadi tidak menghairankan semua PDM KDM di Kimanis Warisan tewas sekalipun jutaan wang ditabur.

Pas Residen bukan PSS

Ansari Abdullah seorang Peguam terkenal di Sabah menjawab isu Pas Residen dan PSS dalam facebooknya.

Katanya Pas Residen yang dicadangkan oleh satu Bengkel JPN adalah seperti diperuntukan dibawah Peraturan 16A PI 1963. Pemohon mesti lah mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan permohonannya disokong oleh seorang penaja tempatan.

Pas Residen tidak boleh ditukar nama kepada "PAS Sementara Sabah" kecuali Peraturan 16A dipinda oleh Menteri dibawah seksyen 54 Akta Imigresen 1959/63, atau pun Menteri Dalam Negeri telah mendapat Persetujuan Kerajaan Sabah dan Sarawak untuk mewujudkan satu peraturan baru di bawah PI1963 dan peraturan itu telah diwartakan dan dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Adalah tidak benar Pas Residen dan PSS itu dokumen yang sama, kecuali ada pindaan Akta atau Peraturan Imigresen 1963 yang saya tidak sedar. Kalau ada sila kongsi”. Katanya

Sehingga hari ini Pas Residen berbentuk endorsement dalam dokumen perjalanan (Kad burung-burung dan kad banci bukanlah dokumen perjalanan yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/63) dan bukan dokumen yang wujud dengan sendiri.

Strategi Warisan sebenarnya memakan diri sendiri. Jawapan mereka lemah malah tidak mahu menangkis segala isu berbangkit mengenai PSS.

 

Kini! Selepas kalah baru sedar

Sebelum pengundian ditegur tidak mahu terima. Apabila rakyat sudah membuat pilihan dan menolak Warisan barulah kini semua pemimpin Warisan  berpura-pura sedar. Kalau Warisan bertindak lebih awal mereka pasti boleh menang.

Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Darell Leiking mula ‘cover up’ kegagalan Warisan kononnya pembatalan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) adalah bukti kerajaan negeri sekarang mendengar suara rakyat.

Darell berkata, Warisan adalah kerajaan yang mendengar suara rakyat dalam membuat dasar dan keputusan bukannya secara terburu-buru.

 “Polisi dan dasar tidak lagi dibuat secara terburu-buru seperti zaman Barisan Nasional (BN), selamat datang ke Sabah Era Baru,” katanya melalui akaun Facebook rasmi beliau.

Bukankah polisi dan dasar PSS ini dilakukan secara terburu-buru? Kalau sehari dua sebelum pengundian Kimanis Warisan mendengar segala pandangan komponen PH yang lain Warisan tidak akan menjadi seteruk ini.

Azis Jamman Timbalan Menteri Warisan juga dalam kenyataannya di facebook mengulas pembatalan PSS masih seperti biasa mempertahankan 'strategi bodohnya' menyalahkan BN walaupun tahu strategi itu makan diri sendiri. Keegoan lebih utama dari menerima ikhlas suara rakyat yang menentang PSS.

Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan masih tidak berputus asa dan berkata Warisan akan mencari kaedah lain selain PSS untuk melaksanakan program mirip PSS ini. 

Bagaimanapun Madius Tangau macam biasa menangguk di air keroh belum kerajaan Warisan membuat keputusan beliau mengumumkan langkah pembatalan PSS. Mengapa? kerana dia tahu rakyat menolak UPKO. 

Dasar Kerajaan Warisan mesra PTI

Apa yang berlaku terhadap Warisan ialah bukan faktor PSS semata. PSS adalah kemuncak penolakan rakyat terhadap Warisan. Tidak sukar mencari isu kerajaan Warisan.

Adalah amat jelas sejak 20 bulan Kerajaan Warisan berkuasa. Misi pembangunan dibelakangkan. Misi utama mereka ialah memberi dokumen kepada warga asing. Kelulusan surat lahir lewat, anak tanpa negara, pemutihan PTI dan akhirnya PSS untuk PTI menetap lama di Sabah. Setiap hari inilah yang Warisan lakukan. Jadi mudah mencari titik kelemahan Warisan. 

[ARTIKEL BERKAITAN- 20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI! ]

20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI!

Rakyat akan terus menilai beberapa tahun lagi. Jika Warisan masih mengekalkan polisi warga asing ini tidak mustahil Warisan akan tewas dalam PRU ke 15 nanti.

Apa yang patut Warisan buat sekarang ialah 136,055 yang bakal diberi PSS, IMM13  berjumlah 51,645 Kad Burung-Burung berjumlah 36,892 dan Sijil banci sebanyak 47,518

Peringkat pertama ini hantar pemegang kad Kad Burung-burung dan Sijil banci. Beranikah Warisan? atau pengumuman pembatalan sekarang hanyalah langkah sementara bagi rakyat terus membincangkannya sedangkan Warisan sedang menyusun pelan B meneruskan model PSS ini dengan strategi yang lebih betul.

Comment