Marcus Mojigoh, AJK Bahagian Upko Putatan keluar parti protes Madius Tangau
16:01 Jan 27, 2020  |  By SabahKini2
Marcus Mojigoh, AJK Bahagian Upko Putatan keluar parti protes Madius Tangau

Sebelum ini Marcus Majigoh telah makan hati bila di kambing hitamkan dalam kes 1MDB wang RM1 juta diterima Upko. Madius buat lagi sokong PSS. Kini Marcus dan AJKnya keluar parti bila UPKO di tolak

PUTATAN: Ketua Bahagian Upko Putatan Datuk Marcus Makin Mojigoh bersama hampir semua ahli jawatankuasa bahagian mengumumkan keluar daripada parti dengan serta merta.

Hubungan Marcus Mojigoh dengan Datuk Madius Tangau Presiden Upko sudah lama dingin dengan beberapa isu termasuk skandal wang 1MDB yang diterima Upko sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- UPKO, Menteri JPM dalam senarai baru saman lucut hak dana 1MDB dikeluarkan SPRM? ]

Dalam sidang akhbar di kediaman beliau di Kampung Kotiduvan Duvanson di sini, bekas Ahli Parlimen Putatan itu menyatakan antara penyebab tindakan mereka ialah ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan parti yang dikatakan tidak sensitif dengan rungutan akar umbi.

Beliau berkata Upko Putatan juga tidak bersetuju dengan sokongan pimpinan Upko terhadap pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) sebelum ini sehingga terpaksa menjadi tuan rumah Sidang Meja Bulat semata-mata mahu mengambil hati Warisan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Madius Tangau seru rakyat setuju beri PSS kepada pemegang IMM13 berkeluarga menetap di Sabah ]

Madius Tangau seru rakyat setuju beri PSS kepada pemegang IMM13 berkeluarga menetap di Sabah

Bukan itu sahaja katanya Upko Putatan turut diketepikan daripada sebarang jawatan di peringkat daerah.

Dalam isu kes SRC International di  mahkamah UPKO didakwa menerima wang RM1juta yang dikaitkan dari 1MDB bagaimanapun ia menjadi medan pertelagahan Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dengan bekas bendaharinya Datuk Dr Marcus Mojigoh.

Demi menyelamatkan diri Madius Tangau berkata tidak pernah membelanjakan wang RM1 juta itu sekaligus bercanggah dengan Dr Marcus Mojigoh antara lain berkata wang itu dibelanjakan atas sosial korporat dipanggil “Projek Sayang”.

Marcus dijadikan ‘kambing hitam’ dan seolah-olah berbohong di mahkamah.

[ARTIKEL BERKAITAN- RM1 Juta Najib: Madius Tangau ‘kambing hitamkan’ Mojigoh berbohong di mahkamah ]

RM1 Juta Najib: Madius Tangau ‘kambing hitamkan’ Mojigoh berbohong di mahkamah

Hanya Timbalan Ketua Bahagian Datuk Alex Martin dan AJK dilantik Jacky Litong sahaja yang tidak menyertai kumpulan beliau dijangka bakal mengemudi bahagian Upko Putatan itu.

Terdapat spekulasi menyatakan Marcus Mojigoh akan menyertai parti Parti Bersatu Sabah (PBS) bagaimanapun ia dinafikan oleh mojigoh.

Dr Marcus Mojigoh sedar Upko sudah mula ditolak rakyat kerana semua peti undi PDM yang dijaga oleh Upko dalam PRK Kimanis semuanya tewas.

Petunjuk rakyat jelas di depan mana oleh itu Dr Marcus Mojigoh bertindak berdasarkan kehendak rakyat.

4 Comments