(VIDEO) ‘Apa semua ini’ Mohamaddin pertikai pihak halang pelancong lawat masjid
16:01 Jan 28, 2020  |  By SabahKini2
(VIDEO) ‘Apa semua ini’ Mohamaddin pertikai pihak halang pelancong lawat masjid

Orang yang dah masuk ke negara ini adalah orang yang sihat kata Menteri Pelancongan. Maka tiada alasan menghalang pelancong ini melawat. Ini sangat tidak bagus. Apa semua ini kata menteri termasuk halang pelancong melawat Masjid Putrajaya!

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan hari ini berang apabila mendapat tahu adanya larangan melawat lokasi tumpuan pelancong seperti Majlis Putrajaya.

Mohamaddin Ketapi, berkata larangan tersebut adalah tidak bagus dan salah sama sekali.

"Orang yang dah masuk ke negara ini adalah yang sihat dan kita akan (tulis) surat kepada pusat-pusat pelancongan ini," katanya.

Menurut beliau pihak yang berkenaan diminta memberikan kerjasama untuk tidak menghalang mana-mana pelancong yang berhajat mengunjungi tempat yang menarik minat mereka.

"Tolong jangan halang pelancong untuk melawat tempat yang perlu dan yang nak dilawati oleh pelancong-pelancong ini.

"Ini tak bagus, ini salah sama sekali. Kita nak halang orang melawat dalam negara kita, apa semua ini?" soalnya

Mohamaddin berkata demikian sebagai mengulas langkah pentadbiran Masjid Putra di Putrajaya yang menutup rumah ibadat itu kepada pengunjung bukan Islam.

Langkah itu bermula sejak 26 Jan lalu ekoran kebimbangan terhadap penularan virus Novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV).

Bagaimanapun Jurucakap masjid Putrajaya dilaporkan berkata, penutupan itu berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Buat masa ini masjid tersebut hanya dibuka kepada pengunjung beragama Islam yang datang untuk menunaikan solat.

"Pelawat bukan Islam masih boleh mengambil gambar, tetapi sehingga hadapan pintu gerbang masjid sahaja (sebelum pos kawalan masjid)," katanya.

Tidak peduli Coronavirus: Bertegas dengan Sasaran 30 juta!

Dalam pada itu, Ketapi berkata beliau tidak akan semak semula sasaran 30 juta pelancong ke negara ini kerana yakin keputusan kerajaan menggantung sementara semua visa kepada rakyat China dari Wuhan dan Hubei.

Beliau menyifatkan penggantungan sementara itu sebagai “impak kecil” lebih-lebih lagi pelancong dari Wuhan.

“Kita mempunyai banyak perancangan. Kita lihat situasi dari semasa ke semasa.

“Kalau beri kesan pun cuma sedikit. Tetapi saya fikir kita masih mempunyai strategi untuk tingkatkan lagi sasaran kita,” katanya.

Ketapi berkata apa yang menjadi masalah pada masa ini adalah mengenai penyebaran berita palsu mengenai penularan koronavirus di negara ini.

“Mungkin ada agenda,” katanya.

Sementera itu Ahli Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) mendakwa menanggung kerugian besar apabila 80 peratus tempahan percutian membabitkan hampir 300,000 pelancong China dibatalkan berikutan jangkitan coronavirus baharu (2019-nCoV).

[ARTIKEL BERKAITAN- Coronavirus: China batal 80 peratus tempahan cuti - MITA

 

 

 

1 Comment