Konsortium Naza-Berjaya singkir taikun Spanco bekal kenderaan rasmi Kerajaan
07:01 Jan 29, 2020  |  By SabahKini2
Konsortium Naza-Berjaya singkir taikun Spanco bekal kenderaan rasmi Kerajaan

Monopoli Spanco kini musnah!. konsortium Naza-Berjaya adalah pemain baru dipilih Lim Guan Eng Menteri Kewangan bagi membekal, menyelenggara dan menguruskan kereta rasmi. Siapa tidak kenal Tan Sri Vincent Tan?

Akhirnya Spanco Sdn Bhd (Spanco) milik taikun Tan Sri Robert Tan Hua Choon [pernah dikaitkan Daim] gagal lagi mempertahankan khidmat penyelenggaraan tunggal kereta sewa untuk kegunaan rasmi kerajaan. Selepas ditamatkan Mac 2019 kini kalah lagi tender bersaing dengan Kumpulan Naza- Berjaya, Sime Darby, DRB-Hicom, Kumpulan Samling, Comos dan Go Auto.

Tender yang kontroversi baru-baru ini dibocorkan membekalkan 32 Vellfire lebih 12,500 kenderaan pejabat kerajaan bernilai kira-kira RM300 juta setahun itu akhirnya jatuh ke tangan syarikat yang mudah dijangka mendapat kontrak itu, iaitu konsortium Naza-Berjaya dua konglomerat yang Bersatu hasil dari perkahwinan anak-anak taikun.

[ARTIKEL BERKAITAN- 32 kenderaan Vellfire untuk Menteri, RM300 juta setahun, kekal Spanco atau kroni lain? ]

32 kenderaan Vellfire untuk Menteri, RM300 juta setahun, kekal Spanco atau kroni lain?

Monopoli Spanco kini musnah!. konsortium Naza-Berjaya adalah pemain baru dipilih Lim Guan Eng Menteri Kewangan bagi membekal, menyelenggara dan menguruskan kereta rasmi

Siapa tidak kenal Naza Group di pengerusikan  SM Faisal SM Nasimuddin Pelakon “Red Sofa” yang kontroversi tahun lalu? Atau Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun Pengerusi Berjaya Group! Penganalisis berkata adalah mustahil menyingkirkan Tan Sri Vincent yang memang rapat dengan Perdana Menteri.

Konsortium Naza-Berjaya dilaporkan telah menerima surat niat (Letter of Intend) dari Kementerian Kewangan, dan pelantikan secara rasmi disasarkan pada bulan Jun tahun ini.


DRB Hicom pembekal Perdana pun gagal. Bagaimanapun Perdana Kekal digunakan Menteri-
Vellfire ditolak kata Lim Guan Eng

Awal disember 2019 portal The Edge melaporkan Datuk Abdul Rahim Mohd Zin Pengarah Urusan KUB Malaysia Bhd meletakkan jawatan dan dilantik pula sebagai Pengarah Eksekutif Berjaya Group.

Semuanya jelas, konsortium Naza-Berjaya telah melantik Datuk Abdul Rahim Mohd Zin KUB itu untuk memimpin projek tersebut dan membuat rundingan bersama pihak kerajaan. Seawal Ogos tahun lalu konsortium Naza-Berjaya sudah terlalu yakin bakal memenangi tender sewaan kenderaan ini, malah media seperti StarBiz tidak bersembunyi menceritakan keyakinan mereka.  

Pegawai strategi utama Naza Corp, Azrul Reza Aziz memberitahu berkata konsortium Naza-Berjaya mempunyai kelebihan daya saing dari segi keupayaan teknikal, memandangkan konsortium menawarkan penyelesaian end to end dari segi pembuatan, pengedaran dan sokongan selepas jualan kepada pengurusan kenderaan.

Bagaimanapun ramai penganalisis melihat ia bukan semata faktor keupayaan syarikat, kerana jika melihat kepada pesaing Syarikat Sime Darby juga mempunyai keupayaan yang tinggi.

Faktor paling penting ialah hubungan ‘Kabel’ pemilik syarikat dengan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan!. Ia faktor yang tidak boleh dipertikaikan.

 

[ARTIKEL LAIN- Naza Group dan Berjaya Group disatukan dalam perkahwinan ]

 

 

Comment