PART 3: THE RAINFOREST HEROES OF SABAH - SUN BEARS
19:12 Dec 21, 2017  |  By SabahKini2
PART 3: THE RAINFOREST HEROES OF SABAH - SUN BEARS

Bahagian 3 (Sabahkini2): The Rainforest Heroes of Sabah kali ini melihat usaha Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Musa Aman memelihara dan melindungi Beruang Madu (Sun Bear) di Negeri Sabah

Part 3: THE RAINFOREST HEROES OF SABAH – SUN BEARS

 

Link Youtube: Klik

 

 

Rakyat Malaysia dan negeri Sabah patut berbangga dengan Beruang Madu kita, seperti rakyat China berbangga dengan panda mereka dan rakyat Australia dengan Beruang Koala mereka

30 peratus populasi beruang madu berkurangan sejak tiga dekad lalu dan diklasifikasikan sebagai terancam dalam senarai merah Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN).    

Beruang madu cuma boleh ditemui di beberapa tempat di Asia, Sumatera di Indonesia dan Borneo dengan di Sabah, spesies beruang terkecil di dunia itu mendiami kawasan hutan tanah rendah di Lembangan Maliau, Lembah Danum dan Hutan Kanyon Imbak, namun kepadatannya adalah rendah.

Di Sabah, beruang madu dilindungi sepenuhnya menerusi Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.

Satu-satunya pusat pemeliharaan tunggal bagi haiwan berkenaan di dunia adalah Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC) terletak di Hutan Simpan Kabili-Sepilok yang dibina sejak 2008 dengan keluasan 2.5 hektar.

Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif BSBCC, Dr Wong Siew Te, berkata sejak ditubuhkan, sebanyak 48 beruang madu diselamatkan daripada penduduk kampung yang menjadikan mamalia itu sebagai haiwan peliharaan, ditempatkan di mini zoo selain daripada perdagangan haram.

Katanya, ancaman paling besar ke atas kepupusan beruang madu adalah keluasan hutan yang semakin mengecil selain pemburuan haram yang menambahkan tekanan terhadap haiwan berkenaan untuk meneruskan kelangsungan hidup serta sikap masyarakat yang menyimpan beruang madu sebagai haiwan peliharaan.

Mengenai langkah perlu diambil bagi menangani ancaman ke atas beruang madu, Siew Te berkata, usaha perlu diambil bagi meningkatkan keluasan hutan hujan tropika di negara ini yang menjadi habitat bagi haiwan termasuk beruang madu dengan mengelak penebangan pokok untuk pembalakan.

BSBCC juga turut bekerjasama dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah bagi menangani aktiviti pemburuan haram menerusi pendidikan mengenai alam semula jadi serta persekitaran dengan sasaran golongan pelajar dan penduduk kampung.

"Selain itu, kita juga meningkatkan usaha bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk mengelak memelihara beruang madu kerana ia aktiviti haram dan meningkatkan kefahaman mereka terhadap kepentingan haiwan itu serta peraturan undang-undang," katanya.

Terletak bersebelahan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, pusat berkenaan memberi penjagaan kepada Beruang Madu yang kehilangan ibu bapa dan diselamatkan daripada kurungan, sebelum dilepaskan kembali ke hutan, manakala yang tidak mampu menjalani kehidupan secara liar pula, disediakan persekitaran lebih baik untuk mereka habiskan sisa usia.

Kehilangan habitat, diburu untuk memenuhi permintaan dalam perniagaan perubatan tradisional dan untuk dijadikan haiwan peliharaan merupakan antara punca utama jumlah beruang madu merosot sekurang-kurangnya 30 peratus sejak tiga dekad lepas.

 

4 Comments