Tiga termasuk dua kanak-kanak parah ditembak di Pulau Gaya
10:02 Feb 06, 2020  |  By SabahKini2
Tiga termasuk dua kanak-kanak parah ditembak di Pulau Gaya

Penembak disyaki PTI.

KOTA KINABALU: Tiga termasuk dua kanak-kanak berusia 10 dan tiga tahun parah selepas terkena tembakan disyaki dilepaskan seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian di atas jambatan Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, di sini, malam ini.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa berusia 36 tahun cedera di lutut kanan, manakala kanak-kanak berusia 10 dan tiga tahun masing-masing cedera di perut dan belakang badan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian itu dan ketiga-tiga mangsa lelaki itu kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth.

Katanya, siasatan awal dipercayai seorang lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan dan mengenai ketiga-tiga mangsa terbabit.

“Semua mangsa kini dirawat di HQE dan dalam keadaan stabil.

“Motif kejadian itu belum dipastikan lagi dan siasatan masih dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek giat dilakukan oleh pasukan polis.

9 Comments