SPRM gagal lucut hak harta UMNO RM192.9 juta, MCA, dua syarikat
11:02 Feb 08, 2020  |  By SabahKini2
SPRM gagal lucut hak harta UMNO RM192.9 juta, MCA, dua syarikat

Bukan wang 1MDB!. Nampaknya strategi Latheefa Koya KP SPRM yang dinasihat oleh Mohamad Zamri Zainul Abidin Pengarah Pengubahan Wang Haram & Pelucuthakan Harta (AMLFOP) SPRM dimulakan 21 Jun gagal apabila lucut hak wang UMNO RM192.9 juta ditolak mahkamah!

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi akhirnya menolak permohonan kerajaan untuk melucut hak harta UMNO, Wanita MCA, Syarikat Binsabi Sdn Bhd dan Syarikat Perano Sdn Bhd membabitkan wang berjumlah hampir RM194 juta.

Daripada jumlah itu, UMNO mencatatkan nilai tertinggi iaitu RM192.9 juta diikuti Syarikat Binsabi Sdn Bhd (RM 777,250), Syarikat Perano Sdn Bhd (Habib) (RM337,634.78) dan Wanita MCA (RM300,000).

Nampaknya strategi Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya yang dinasihatkan oleh Mohamad Zamri Zainul Abidin Pengarah Pengubahan Wang Haram & Pelucuthakan Harta (AMLFOP) SPRM dimulakan 21 Jun tahun lalu memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan semula wang daripada 41 responden berjumlah RM270 juta yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak semua berjalan lancar dan gagal lagi.

Ramalan sikap terburu-buru dan tidak teliti Mohamad Zamri Zainul Abidin Pengarah AMLFOP SPRM nampaknya sedikit demi sedikit hanya akan menjejaskan nama SPRM. Benarkah permohonan lucut hak 41 responden digerakkan oleh Mohamad Zamri Zainul ini bermotifkan politik tanpa siasatan teliti?  Keputusan-keputusan mahkamah seterusnya akan merungkai jawapan itu.

Sebelum ini disember tahun lalu Mahkamah Tinggi menolak permohonan Kerajaan Malaysia (SPRM) untuk melucut hak harta membabitkan wang RM1.15 juta daripada Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Habib Jewels Sdn Bhd (Habib Jewels).

SPRM gagal merampas RM1,254,112.24 akaun UMNO Sabah. Hanya RM254,112.24 dilucut hak dikait 1MDB. Akhirnya RM1 juta dikembalikan dan tiada rekod pengakuan bersalah dibuat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Hanya RM254,112.24 akaun UMNO Sabah dilucut hak, RM1 juta dikembalikan, tiada pengakuan bersalah direkod ]

Hanya RM254,112.24 akaun UMNO Sabah dilucut hak, RM1 juta dikembalikan, tiada pengakuan bersalah direkod

Bukan Wang 1MDB!

Dalam kes wang UMNO, Wanita MCA dan dua syarikat, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati wang bagi keempat-empat entiti berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan wang yang didakwa didepositkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, jumlah wang dari akaun bank responden yang tinggal tidak boleh dikatakan diambil daripada jumlah yang disumbangkan oleh bekas Presiden UMNO itu.

Ketika membaca penghakimannya, Mohamed Zaini berkata, pasukan pembelaan berjaya membuktikan tiada wang (sebagaimana yang dituntut) disimpan dalam akaun bank bermula April hingga Ogos 2013.

“Meskipun selepas akaun dibekukan pada 2018, didapati baki akaun responden tidak boleh dikatakan sebahagian wang daripada Datuk Seri Najib.

"Pengeluaran daripada akaun bank responden memberi justifikasi kepada responden bahawa wang itu telah lama dibelanjakan,” katanya.

Mahkamah turut mengarahkan kesemua akaun bank yang dibekukan dibatalkan serta-merta.

Peguam UMNO: Datuk Hariharan Tara Singh, Tania Scivetti and Nur Fazreen Harnina Rahim

SPRM buat rayuan elak malu

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mahadi Abdul Jumaat memohon penangguhan dibuat sementara pihaknya menfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan.

“Jika keputusan rayuan memihak kepada pasukan pendakwaan, kami bimbang akan menghadapi masalah untuk mendapatkan semula wang yang diserahkan kepada responden memandangkan jumlah dana yang terlibat melebihi RM193 juta,” katanya.

Zaini kemudian membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan perintah menarik balik pembekuan akaun bagi keempat-empat entiti itu.

Permohonan melucut hak itu dibuat mengikut Seksyen 56 (1) dan Seksyen 61 (2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Nampaknya Pengarah Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLFOP) SPRM hanya bergoyang kaki dengan strateginya manakala yang terpaksa ‘mencuci tahi’ kalah dan merayu di mahkamah ialah Mahadi Abdul Jumaat Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bila kalah Kes Latif Bandi: AMLFOP SPRM, Zamri dan Mahadi Abdul Jumaat 

Pada Mei 2019, selepas SPRM kalah kes rasuah Exco Johor, Mahkamah Sesyen menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucutkan hak harta bernilai RM1.58 milik bekas EXCO Kerajaan Johor, Datuk Abd Latif Bandi, anak dan menantunya.


Banyak lagi kegagalan Zamri AMLFOP SPRM selepas ini. Tukang cuci merayu ialah Mahadi Abdul Jumaat 

Hakim Kamarudin Kamsun ketika membacakan penghakimannya berkata, keputusan itu dibuat selepas mahkamah meneliti semua eksibit dengan terperinci, selain mendengar hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

“Jadi, mahkamah menolak permohonan pihak pendakwaan dan memerintahkan semua harta disita perlu dikembalikan kepada pemilik berdaftar sebagaimana status quo, ” katanya.

Zamri kalah lagi dan pencuci tahinya Mahadi Abdul Jumaat membuat permohonan rayuan menangguhkan pelucutan hak itu  ke Mahkamah Tinggi.

 

 

4 Comments