Kerana tular! Arahan Shafie beri tanah 5000 ekar kepada ‘Orang Luar’ di Long Mio dibatalkan
17:02 Feb 08, 2020  |  By SabahKini2
Kerana tular! Arahan Shafie beri tanah 5000 ekar kepada ‘Orang Luar’ di Long Mio dibatalkan

Sejak 17 Oktober 2019 didedahkan mengenai 5000 ekar tanah di Sipitang bakal diberi kepada 'orang luar' 4 bulan berlalu, kini barulah Pengarah JTU 'Bangun dari tidur'. Bagaimana jika surat Antanyu Nulhaji dan nota bidai Shafie Apdal tidak didedah?

KOTA KINABALU: Nampaknya gesaan Portal Sabahkini2.com sejak 17 Oktober 2019 agar Kerajaan Warisan menjelaskan permohonan tanah seluas 5000 ekar oleh orang luar Sipitang bernama Antanyu Nulhaji beralamat mengundi di Putatan Sabah akhirnya dijawab oleh Bernard Liew Chau Min Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah yang baru pada 31 Januari 2020 yang lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- SFI telah digadai! Kini Shafie arah beri tanah 5000 ekar kepada ‘Orang Luar’ di Kg Long Mio Sipitang ]

Sekalipun sudah 4 bulan berlalu surat permohonan Antanyu Nulhaji yang tular bersama surat Setiausaha Sulit Ketua Menteri Rokiah Saleh memanjangkan permohonan tanah kerajaan seluas 5000 ekar di Kg Long Mio Sipitang kepada Datuk Safar Untung yang ketika itu Pengarah Tanah dan Ukur tidak pernah mendapat respon jabatan itu.

Suka memberi minit sokongan kepada pihak luar dan kemudiannya
pemohon pula akan berurusan dengan pejabat JTU/DO melalui sokongan ada
untuk dipercepatkan. Bagaimana jika tidak terdedah?

Hanya pada 19 Oktober selepas artikel itu disiarkan, Datuk Dr Yusof Yacob Adun Sindumin yang juga Menteri Pelajaran dan Inovasi membuat penafian pemberian tanah itu

“Permohonan ke atas tanah ini memang diketahui dan dibuat oleh 49 orang penama namun proses bukan boleh dilakukan begitu sahaja tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

“Malah memberikan tanah seluas itu kepada pemohon seramai itu adalah mustahil kerana pemilikan hanya diberikan mengikut keperluan bagi sesebuah keluarga. Katanya

Bernard Liew Chau Min baru dilantik sebagai Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah bermula 4 November 2019. Bermula tempoh pelantikannya Bernard Liew tidak pernah bersuara dan memberi respon mengenai isu itu. Hanya beberapa bulan berlalu Bernard menjawabnya. 

 

Menurut Pengarah Tanah dan Ukur En Bernard Liew Chau Min Ketua Menteri Sabah atau Kerajaan Negeri tidak pernah meluluskan permohonan tanah seluas 5,000 di Kg Long Mio bertempat di sipitang kepada orang luar seperti didedah Sabahkini2.com  yang tular di media sosial baru-baru ini,

Menyentuh tentang surat permohonan oleh En Antanyu Bin Nurhaji yang mengandungi nota bidai YAB Ketua Menteri, Sebenarnya bukanlah merupakan kelulusan penuh kerana Jabatan Tanah dan Ukur banyak menerima Surat permohonan yang serupa yang mengandungi nota bidai YAB Ketua Menteri Sabah atau Menteri-menteri yang berkenaan.

Sebarang kelulusan permohonan ianya perlu mengikut perundangan dan prosedur yang di tetapkan dan ianya perlu di proses di peringkat daerah dan di bawa ke mesyuarat jawatankuasa penggunaan tanah daerah untuk saringan dan diputuskan sebelum dimajukan kepada ibu pejabat Tanah dan Ukur, kebiasaannya hanya penduduk setempat sahaja yang boleh di berikan pertimbangan.

Surat sokongan, Nota bidai Shafie satu arahan!

Ini bukan kali pertama surat-surat sokongan dan nota bidai Shafie Apdal terdedah dan tular yang menyebabkan netizen tidak berpuas hati. Apabila terdedah ia tidak diluluskan. Rakyat bersyukur dengan pendedahan-pendedahan itu.

Isu yang lebih besar ialah pemohon-pemohon orang luar yang bukan dari kawasan diberi sokongan seumpama itu menyebabkan kebimbangan terhadap orang tempatan.

Hanya apabila kantoi para pemimpin Warisan menjawabnya ia hanya surat sokongan dan dipanjangkan kepada pihak berkaitan. Ketika memberi minit nota bidai menyokong tidak pula mereka memeriksa latar belakang pemohon, diperiksa status tanah atau paling tidak memaklum kepada pemohon tanah-tanah itu tidak boleh dipohon oleh orang luar. Bila tular barulah kelam kabut menjawab. Jika politik sekalipun apa alasan orang luar memohon di tanah kampung orang lain? Sebelum sokong Shafie dan menteri Warisan berfikir dahulu. Dulu masa BN kamu kecam segala surat sokongan pemimpin BN, kini bila kena batang hidung kamu bersilat menghalalkan cara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya sendiri meminta surat sokongan Menteri dan pembantu diharamkan. Ia salahguna kuasa menjurus perbuatan rasuah.

Rakyat akan bangkit lebih awal sekiranya surat-surat yang disokong Ketua Menteri dan Menteri membelakangnya rakyat tempatan. Dan sekalipun ia mungkin bukan surat kelulusan ia tidak wajar disokong kerana akhirnya ia menjurus kepada rasuah pelbagai pihak dalam urusan itu kerana mendapat ‘nota bidai Ketua Menteri’ mereka sanggup membayar kepada pegawai-pegawai berkaitan untuk mempercepatkan proses permohonan.

Berikut merupakan isu-isu yang didedahkan portal Sabahkini2 yang mendapat reaksi dan bantahan rakyat bukan sahaja isu di 5000 ekar tanah di Kg Long Mio Sipitang. Semuanya dimulakan oleh surat Shafie Apdal atau Menteri-menteri Warisan.

ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Shafie Apdal arah beri tanah 180 ekar kepada 'Orang Suluk' di Kg Biah Skim Sook!

Terbongkar! Shafie Apdal arah beri tanah 180 ekar kepada 'Orang Suluk' di Kg Biah Skim Sook!

ARTIKEL BERKAITAN - Protes 'Darau Bantah' tolak Penempatan Setinggan Ahli Parlimen Sepanggar

ARTIKEL BERKAITAN - Kini Orang Kg Boronuon Sepanggar bantah sebagai pusat penempatan setinggan terbakar

ARTIKEL BERKAITAN - Terbongkar Kg Misteri Kg Warisan Jaya bakal diluluskan Shafie Apdal di Sepanggar

ARTIKEL BERKAITAN - Azis Jamman mengaku tandatangan surat sokongan Arsad Ketua Cawangan Warisan mohon tanah Likas

ARTIKEL BERKAITAN - 750 mangsa kebakaran setinggan Likas bakal diberi tanah CL 0155831598 seluas 42 ekar?

750 mangsa kebakaran setinggan Likas bakal diberi tanah CL 0155831598 seluas 42 ekar?

ARTIKEL BERKAITAN - Selepas tular tanah Chia Fook Kung '50,000 ekar' batal tidak diluluskan, Pengarah JTU mengaku hanya 'Notis'

Selepas tular tanah Chia Fook Kung '50,000 ekar' batal tidak diluluskan, Pengarah JTU mengaku hanya 'Notis'

ARTIKEL BERKAITAN - Lagi 100 ekar tanah Kg Muslim Muafakat, Kg Unggun Sepanggar bakal dilulus kepada ‘Orang kuat Warisan’?

Lagi 100 ekar tanah Kg Muslim Muafakat, Kg Unggun Sepanggar bakal dilulus kepada ‘Orang kuat Warisan’?

ARTIKEL BERKAITAN- Kini 740 ekar tepi laut Sim Sim Sandakan bakal diluluskan kepada Christopher Chai Chi Fui

Kini 740 ekar tepi laut Sim Sim Sandakan bakal diluluskan kepada Christopher Chai Chi FuiIsu ini belum dijawab oleh Pengarah JTU. Kalau rajin elok dijawab

Apa yang penjawat awam negeri seperti Bernard Liew Chau Min sebagai Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah perlu faham ialah dokumen minit nota bidai Ketua Menteri, surat iringan pegawai Pejabat Ketua Menteri, surat-surat pemimpin Warisan dan segala surat sokongan bukanlah palsu ia tulen dan sebarang isu berbangkit apabila didedahkan wajar dijawab untuk rakyat tahu perkara sebenar.

Itu yang rakyat tahu mengenai segala surat sokongan dan minit Ketua Menteri. Bagaimana dengan surat-surat yang dilakukan diam-diam yang mungkin sudah diberi kepada pihak luar.

Rakyat di Kg Long Mio Sipitang berhak tahu kerana pemohon tanah 5000 ekar Antanyu Bin Nurhaji merupakan orang Putatan dan seorang yang muflis. Bagaimana seorang pemohon seperti ini diberi nota bidai sokongan sedangkan jelas bukan orang Sipitang. Ini yang menjadi isu. 

Isu di Sipitang seperti isu SFI yang kini menjadi kes mahkamah pun belum selesai, kini muncul pula isu arahan pemberian 5000 ekar tanah kepada orang luar. Pastilah rakyat Sipitang bangkit menentang dan jika tidak ditangani bakal menjadi isu kaum kerana kaum yang memohon bukan orang tempatan di kawasan itu. Isu-isu SFI boleh dibaca dalam portal ini. Isu SFI dan isu 5000 ekar Long Mio adalah dua isu yang disampaikan oleh Sabahkini2 namun kini ia adalah masalah di Sipitang. 

[ARTIKEL BERKAITAN- 1000 pekerja SFI sengsara: Komplot Kerajaan Warisan, GTC, syarikat China singkir syarikat Bumiputera PPSB! 

[ARTIKEL BERKAITAN-  Kerajaan Warisan dalang perebutan SFI, sampai bila sengsara rakyat berakhir?

[ARTIKEL BERKAITAN- Demi syarikat China, Lee Man Paper beli SFI, Shafie ke Sipitang berjanji lagi bayar gaji!

[ARTIKEL BERKAITAN- SFI: Mahkamah benarkan injunksi firma Syed Mokhtar halang kerajaan Warisan, GTC, Syarikat China

 

 

2 Comments