Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender
23:02 Feb 14, 2020  |  By SabahKini2
Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender

Sebelum ini skandal terbesar ialah rasuah Jabatan Air Sabah. Terbaru JKR juga dijangkiti virus rasuah. Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah telah lantik 5 syarikat kroni dapat projek bernilai lebih RM1.5B Secara Rundingan Terus! Tiada tender..

KOTA KINABALU – Portal Sabahkini2 mendapat emel daripada pegawai - pegawai JKR Sabah berhubung skandal rasuah dan salah guna kuasa Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony dan Pengarah JKR Sabah Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil bernilai lebih RM1.5 bilion diberikan kepada 5 syarikat tanpa tender.

Menurut pendedahan itu “kami di pejabat JKR telah melihat dengan mata sendiri kedua-dua individu ini mengadakan mesyuarat dan urusan bersama kontraktor-kontraktor tertentu pada waktu malam di Ibupejabat JKR dengan kemunculan beg-beg hitam. Sesiapa yang tidak percaya patut menyemak bilangan kontrak yang telah dianugerah prpjek secara rundingan terus baru-baru ini oleh Pengarah JKR Sabah atas arahan Menteri Datuk Peter Anthony.

Modus operandi kelulusan projek  ini amat mudah iaitu pemberian LOI (Letter of Intent) dan seterusnya LOA (Letter of Award) tanpa melalui proses tender apa sahaja pun”.

Antara syarikat yang diberi kelulusan Surat Setuju Terima (SST) pada  6 Febuari 2020 ialah A.K Setia Bina Sdn Bhd (RM 400,000,000.00), AK Kontraktor Sdn Bhd (RM 325,000,000.00), Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd (RM 500,000,000.00), Sinaran Mewah Sdn Bhd (RM 325,000,000.00) dan Pembinaan Kekal Mewah Sdn Bhd (RM 33,173,634.09).

Maklumat terperinci seperti Rajah berikut:


 Lebih RM1.5 bilion diberikan kepada 5 syarikat tanpa tender.

Semua kontrak yang dianugerahkan kepada syarikat di atas secara Rundingan Terus hanya dalam masa 3 minggu selepas memperolehi LOI (Letter of Invitation) pada 21 Januari 2020. Sememangnya tindakan ini sangat licik bagi menyembunyikan projek ini dari pengetahuan rakyat.

Malah skop kerja kontrak baru ini amat tidak berasas kerana peruntukan untuk penyelenggaraan jalan-jalanraya majlis tahun sejak 2010 selama ini tidak mencecah RM 190,000,000.00. Namun kali ini di’ markup’ secara luar biasa melebihi kontrak-kontrak tahunan sebelum ini sehingga RM 300,000,000.00. [RUJUK Skop kerja di lampiran]

‘skop kerja dan senarai jalanraya majlis dikurangkan berbanding peruntukan yang telah pun diluluskan sebelum ini. Persoalan lain mengapa kebanyakan skop kerja disembunyikan di belakang Provisional Cost?

Datuk Peter Anthony memang terkenal dengan ‘kaki rasuah’ sejak sebagai Pengarah Urusan Asli Jati Engineering Sdn Bhd. Beliau turut pernah ditahan SPRM dalam kes penyelewengan dana KKLW RM1.5bilion serta melesapkan RM15.5 juta wang deposit RISDA bersama peguamnya Michael P Ubu yang masih hilang hingga kini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bukti Terbongkar Memang Shafie dan Peter Anthony Rompak Wang RISDA! ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Peguam Menteri Warisan Sabah, Michael P Ubu antara 21 peguam diburu polis kes pecah amanah ]

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasat pendedahan pegawai JKR Sabah ini. Bagaimana Kementerian Pembangunan Infrastruktur boleh meluluskan projek Rundingan Terus sehingga melebihi RM1.5 bilion?

Mengapa projek ini tidak dilaksanakan secara tender terbuka? Tentulah amat meragukan Syarikat Sinaran Mewah Sdn Bhd dari segi teknikal dan pengalaman syarikat hanyalah pembekal lampu eletrik tetapi boleh mendapat projek rundingan terus RM325,000,000.00 bagi projek Penyelenggaraan Jalanraya-Jalanraya Majlis-Majlis Perbandaran dan Daerah di Kawasan Pantai Barat Utara dan Kawasan Utara Sabah (5 Tahun). Apatah lagi Syarikat A.K Setia Bina Sdn Bhd bukan syarikat daripada Sabah mampu mendapat kontrak RM400,000,000.00!

Mengapa? Tentulah syarikat kroni Datuk Peter dan Pengarah JKR Sabah. Tugas Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil Pengarah JKR Sabah membantu Datuk Peter menyapu segalanya di Kementerian Pembangunan Infrastruktur.

Taktik Datuk Peter Anthony ialah beri LOI kepada syarikat dan kemudian akan memberi Surat Setuju Terima (LOA). Inilah apa yang dia lakukan kepada projek Empangan Papar. 

Selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 09hb Oktober 2019 membuat keputusan bahawa pelantikan Amarjit sebagai Pengarah JANS adalah tidak sah surat tawaran projek Empangan Papar telah dikeluarkan kepada syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd dan Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd oleh Amarjit pada 10 Oktober 2019.  Syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd merupakan pemegang saham dalam syarikat pembinaan Terowong bawah laut.

[ARTIKEL BERKAITAN - Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar ]

Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar

 

Berikut merupakan surat Pegawai JKR yang tidak puas dengan pelantikan kontraktor penyelenggaraan secara rundingan terus.

 

41 Comments