Kantoi 'LOA' AK Kontraktor, AK Setiabina RM725 juta terdedah, Pengarah JKR Ugut Pegawai?
08:02 Feb 22, 2020  |  By SabahKini2
Kantoi 'LOA' AK Kontraktor, AK Setiabina RM725 juta terdedah, Pengarah JKR Ugut Pegawai?

Dua Surat Tawaran Projek bernilai RM725 juta daripada 4 syarikat RM1.5b telah didedahkan kepada rakyat. Jelas projek rundingan terus itu bukan palsu atau tipu. Syarikat yang dilantik juga tidak layak!

Siri pertama pendedahan Sabahkini2 skandal projek JKR RM1.5 bilion menunjukkan 5 syarikat dilantik secara lantikan terus. Banyak persoalan tidak dijawab oleh Datuk Peter dan juga Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil Pengarah JKR. Malah Peter dan Richard  menuduh Sabahkini2 memfitnah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender]

Tiada jawapan rasmi penjelasan daripada Pengarah JKR berhubung projek itu hanya mesej aplikasi WhatsApp kepada pegawainya tersebar mengugut pegawai JKR yang mendedahkan maklumat projek serta tangkap layar Slaid semasa mesyuarat kickoff projek penyelenggaraan jalan RM1.5Bilion itu.


Tiada siapa menafi kuasa MOF Negeri, tapi penilaian syarikat teknikal ditentukan oleh agensi seperti JKR

Datuk Ir Richard Jomiji mencabar pegawai JKR pembocor maklumat tampil ke depan kerana beliau telah melaporkan kepada pihak berkuasa termasuk SKMM.

Susulan reaksi Peter dan Richard Jomiji itu, Sabahkini2 siri kedua mendedahkan pula maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia siapa pemilik projek, audit akaun dan juga Surat Tawaran Kerja projek kepada A.K Setia Bina Sdn Bhd (RM 400,000,000.00) dan AK Kontraktor Sdn Bhd (RM 325,000,000.00). Ia bukti yang jelas dokumen projek itu wujud dan pelantikan syarikat tidak layak itu mendapat ratusan juta kontrak!.

[BACA ARTIKEL: Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak ]

Seperti juga Datuk Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah itu menyalahkan syarikat lama Pembinaan Kekal Mewah yang gagal namun tidak menjelaskan bagaimana 4 syarikat yang rugi, tidak layak, baru didaftar tahun 2019, syarikat luar Sabah dari Sarawak selain pemilik syarikat yang pernah dikaitkan kes rasuah RISDA sebelum ini ini.

Bagaimana kos penyelenggaraan jalan-jalanraya kini lebih murah berbanding Kekal Mewah? sedangkan peruntukan penyelenggaraan jalanraya majlis sejak tahun  2010 tidak mencecah RM 190,000,000.00. Namun kali ini di’ markup’ secara luar biasa melebihi kontrak-kontrak tahunan sebelum ini sehingga melebihi RM 300 juta. skop kerja dan senarai jalanraya majlis dikurangkan termasuk disembunyikan di belakang Provisional Cost.

Semua orang tahu kelulusan projek adalah Menteri Kewangan Sabah namun syor projek, teknikal, skop, penilaian kewangan syarikat dan lain-lain lagi adalah daripada Kementerian Pembangunan Infrastruktur (Kementerian Pelaksana). Jika JKR sebagai agensi pelaksana mana mungkin secara teknikal Pengarah JKR tidak menasihati kementerian dan menterinya Peter tentang kelayakan syarikat yang dilantik.

Yang rakyat persoalkan sekarang ialah kelayakan pelantikan 4 syarikat bukan isu Pembinaan Kekal Mewah!.

JKR wajar dedah surat arahan pelantikan SUT Kementerian Kewangan dan minit arahan Datuk Peter!

Sabahkini2 mencabar Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan JKR mendedahkan kandungan surat Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan ruj:KEW (S) 200-4/1 (A) 23/(151) bertarikh 29 November 2019.


Had, skop kerja, spesifikasi, lukisan dan senarai kuantiti (QS) ditentukan JKR

Pengarah JKR Sabah wajar dedah surat ini.

 Safineh Doto kroni Peter sejak kes RISDA adalah pengarah AK Kontraktor

Apakah kandungan surat arahan SUT pelantikan syarikat terhadap 4 syarikat baru itu termasuk pelantikan semula Pembinaan Kekal Mewah selama 12 bulan dengan kos RM33.1 juta?

Sepatutnya jika Ir Richard Jomiji Pengarah JKR mahu menyalahkan Kementerian Kewangan Sabah maka beliau wajar mendedahkan kandungan surat SUT itu termasuk minit arahan surat Datuk Peter kepada SUT Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengarah JKR Sabah. 

Bukti-bukti itulah yang jelas mampu menunjukkan Richard Jomiji hanyalah Pengarah JKR yang mendapat arahan surat penurunan kuasa menandatangani kontrak dan LOA kepada syarikat.

Richard Jomiji mencabar pegawainya memberi bukti beliau terlibat rasuah. Bagaimana jika ada bukti dokumen atau gambar bersama kontraktor dari pegawainya?

Safineh Doto Pengarah Syarikat Budiman Juta Sdn Bhd dan AK Kontraktor Sdn Bhd

Benarkah SPRM sudah menyerbu JKR Sabah? Adalah sangat jelas Pengarah syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd, Safineh Doto yang dikaitkan Peter Anthony dan Syarikat Budiman Juta Sdn Bhd dari kes pencurian wang RISDA RM15.5 juta Michael Ubu mendapat kontrak RM325 juta!

 
istimewanya Safineh Doto dimata Datuk Peter Anthony..

Sehingga ke hari ini Peter Anthony gagal menjelaskan apa kriteria kementeriannya melantik syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd serta 3 lagi syarikat lain!

Richard Jomiji sepatutnya mendedahkan Peter Anthonylah yang mengarahkannya melantik syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd yang rugi itu! untuk dipanjangkan kepada MOF Negeri Sabah. Hanya Menteri boleh mengarahkan syarikat yang gagal dilantik untuk dibawa ke Kementerian Kewangan Sabah. Namun beranikah Richard Jomiji?

Mencabar dan mengugut pegawai sendiri hanya akan lebih memudaratkan. Lebih baik Pengarah JKR menjelaskan kepada rakyat kelayakan pelantikan 4 syarikat yang mendapat kontrak RM1.5 bilion itu.

11 Comments