57 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Di Kampung Sundang Laut Batu Sapi
10:12 Dec 22, 2017  |  By SabahKini2
57 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Di Kampung Sundang Laut Batu Sapi

Kemaskini: DiLaporkan 57 buah rumah terbakar

 

SANDAKAN, 22 Dis - Sebanyak 57 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Sundang Laut Batu Sapi dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan  kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 1.37 tengah hari tadi.

Katanya operasi memadamkan kebakaran membabitkan 19 pegawai dan anggota bomba menggunakan empat jentera, dan api dapat dikawal daripada terus merebak ke rumah berhampiran pada pukul 3.22 petang.



Beliau berkata pihaknya menggunakan sumber air daripada jentera bomba untuk memadamkan api.

Difahamkan, kedudukan rumah rapat serta angin kuat menjadi punca api marak dengan cepat sehingga semua rumah diperbuat daripada kayu itu musnah sama sekali.

Katanya tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu, manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Kira-kira 250 penghuni rumah setinggan itu tinggal sehelai sepinggang berikutan api merebak dengan cepat menyebabkan mereka gagal menyelamatkan barangan dalam rumah.

-- BERNAMA

 

 

1 Comment