Bersatu umum keluar Pakatan Harapan
14:02 Feb 24, 2020  |  By SabahKini2
Bersatu umum keluar Pakatan Harapan

Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti Bersatu juga dengan ini keluar Pakatan Harapan.

KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Menurut Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas yang diadakan pada Ahad.

"Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti Bersatu juga dengan ini keluar Pakatan Harapan.

"Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia," kata beliau dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Isnin.
 
1 Comment