Anwar,PKR cadang nama sebagai PM, Azmin, 10 ahli Parlimen 'lompat' PPBM sokong Tun M
14:02 Feb 26, 2020  |  By SabahKini2
Anwar,PKR cadang nama sebagai PM, Azmin, 10 ahli Parlimen 'lompat' PPBM sokong Tun M

Dilaporkan Anwar dan ahli Parlimen PKR mencadangkan nama Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dalam perjumpaan dengan Agong. Azmin sertai Bersatu. Bersatu sokong Tun M sebagai PM

KUALA LUMPUR: Kumpulan 11 ahli Parlimen PKR yang keluar parti itu minggu ini susulan pemecatan Mohamed Azmin Ali sebagai timbalan presiden akan menyertai PPBM, langkah yang boleh meningkatkan sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad di sebalik tanda-tanda kesetiaan ahli Parlimen Pakatan Harapan akan beralih kepada Anwar Ibrahim.

“Semua kecuali seorang cukup syarat-syarat untuk menjadi ahli PPBM,” kata sumber, mengesahkan kemasukan 11 orang yang membentuk blok bebas selepas keluar PKR.

Keahlian PPBM terbuka kepada semua Bumiputera.

Selain Azmin, 10 yang lain Zuraida Kamaruddin, Saifuddin Abdullah, Baru Bian, Kamarudin Jaffar, Mansor Othman, Rashid Hasnon, Ali Biju, Willie Mongin, dan Jonathan Yasin.

Dipercayai seorang lagi ahli Parlimen, Santhara Kumar, akan jadi ahli bersekutu.

Dilaporkan Anwar dan ahli Parlimen PKR diarah mencadangkan nama Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dalam perjumpaan dengan Agong

 

Sebelum ini Khalid Samad Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) mencetuskan kontroversi dalam tweet terbarunya mendesak agar Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia seakan mendedahkan isi sebenar mesyuarat PH malam tadi untuk strategi baru berjumpa Agong menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM dan bukannya Tun Dr Mahathir. 

Kenyataan itu mendapat reaksi negatif netizen.

Turut mengesahkan ialah Setiausaha Agung PKR Dato' Saifuddin Nasution bahaya PKR menamakan Anwar Ibrahim sebagai PM dan bukannya Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Comment