(VIDEO) Anwar 'sailang' Dr Mahathir jadi PM, rakyat sokong bubar?
06:02 Feb 27, 2020  |  By SabahKini2
(VIDEO) Anwar 'sailang' Dr Mahathir jadi PM, rakyat sokong bubar?

Akhirnya Anwar dan rakan PH 'Sailang' Tun M. Tun M pula mahu kekal sebagai PM. Semua blok tidak mencukupi untuk bentuk kerajaan majoriti mudah. Rakyat mahu parlimen BUBAR!

Video- Harian Metro

“Demi kuasa’ semalam dua pentas drama daripada serpihan parti PH berlaku dan menunjukkan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim, PKR, DAP dan Amanah.

Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad perutusan khasnya memohon untuk meneruskan kuasa sebagai Perdana Menteri membentuk kerajaan perpaduan tanpa memihak kepada mana-mana parti.

“Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan,” katanya lagi.

Sebelum ini semua komponen PH seperti DAP, PKR dan Amanah menyatakan pendirian menyokong Tun M sebagai Perdana Menteri termasuk sokongan Sabah Sarawak.

Anwar, Lim Guan Eng dan Mat Sabu ‘sailang’ Tun Dr Mahathir

Selepas sidang media Perdana Menteri Interim giliran Pakatan Harapan menyuarakan pendirian mereka. PH mengesahkan mencalonkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana Menteri bukan lagi Tun M.

Video- Astro Awani

Sebenarnya keputusan itu dicapai sebulat suara lebih awal selepas Agong mengadakan sesi perjumpaan bersama dengan 222 Ahli Parlimen. Mesyuarat PH pada malamnya telah menetapkan memilih Anwar Ibrahim.

Selepas desas-desus media dan pelbagai spekulasi akhirnya sidang media Anwar mengesahkannya.

 “Hari ini ahli-ahli parlimen PH daripada PKR, DAP dan Amanah telah mencalonkan Anwar sebagai calon perdana menteri bagi kerajaan PH,”

[ARTIKEL BERKAITAN- Anwar,PKR cadang nama sebagai PM, Azmin, 10 ahli Parlimen 'lompat' PPBM sokong Tun M]

Tun M salahkan UMNO yang keluar PH Muhyiddin dan Azmin Ali

Pada Isnin, kerajaan PH tumbang selepas Bersatu dan 11 ahli parlimen dari PKR yang diketuai Mohamed Azmin Ali meninggalkan gabungan itu dalam usaha mewujudkan gabungan baru bersama pembangkang Muafakat Nasional

Bagaimanapun, gerakan itu gagal selepas Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu.

Mahathir, yang dilantik sebagai perdana menteri sementara oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mendedahkan bahawa beliau meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan Umno kecuali pemimpin Umno keluar parti akan diterima.

PAS dan Umno yang sebelum ini menyatakan sokongan terhadap Mahathir sudah menarik semula sokongan mereka atas dasar tidak mahu membentuk kerajaan bersama DAP.

Berdasarkan kedudukan jumlah kerusi sekarang tiada mana-mana blok mempunyai majoriti mudah 112 kerusi. Menurut media hari ini Yang Dipertuan Agong akan membuat keputusan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri dan kerajaan.

Undian netizen dalam sosial yang dibuat oleh portal Sinar Harian pada 24 Februari lalu menunjukkan kira-kira 74 peratus daripada lebih 72,500 netizen bersetuju dengan cadangan pembubaran Parlimen dalam membentuk kerajaan baharu selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan petang kelmarin.

Sementara itu, undian bagi majoriti Dewan Rakyat hanya memperoleh 26 peratus sahaja sekali gus memberi bayangan bahawa rakyat mahukan pembubaran Parlimen dan mahu dilaksana secara demokrasi serta bebas.

 

4 Comments