Skandal JKR RM1.5B: Peter Anthony beri projek syarikat kroni, mana SPRM?
10:03 Mar 04, 2020  |  By SabahKini2
Skandal JKR RM1.5B: Peter Anthony beri projek syarikat kroni, mana SPRM?

Kecoh sebelum ini Peter mahu saman bagai. Namun skandal JKR RM1.5b Peter lantik kroni syarikat yang tidak layak belum disiasat SPRM. Mana SPRM? Mana Latheefa Koya dan S Karunanithy Pengarah SPRM Sabah?

Nampaknya Kerajaan Pakatan Harapan sudah tumbang selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai PM ke-8 pada 29 Februari  lalu.

Belum terbentuk Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Tommy Thomas telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Peguam Negara kepada Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, 28 Februari lalu.

Hari ini Kerajaan turut menangguhkan Persidangan Dewan Rakyat 9 Mac 2020 kepada 18 Mei 2020. Penangguhan ini sebahagian dari penyusunan pentadbiran kerajaan termasuk pembentukan kabinet Malaysia. Dalam masa sama ia turut menangguhkan hasrat PH untuk mengadakan Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri.

Malu- Latheefa Koya di mahkamah

3 Mac kali pertama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya tampil di mahkamah bagi memberi keterangan berkaitan perbicaraan SRC International. Latheefa yang hadir malu-malu menutup muka dari media bagaimanapun memberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, beliau mempunyai mesyuarat penting yang tidak boleh ditunda hari ini dan memohon kebenaran untuk memberikan keterangan saksi pada Khamis.

Apa seterusnya?

Banyak yang akan berlaku sehingga Mei 2020. Mungkin ramai ketua-ketua kementerian, jabatan, agensi bakal ditukar ini termasuklah SPRM, SKMM,SPR, Parlimen dan lain-lain lagi.

Bagaimana dengan kes rasuah Sabah?

Di mana Latheefa Koya KP SPRM dan Pengarah SPRM Negeri Sabah S Karunanithy? 

Apa S Karunanithy buat sejak jadi Pengarah SPRM Sabah?

Begitu banyak laporan portal Sabahkini2 mengenai kes rasuah Shafie Apdal dan Datuk Peter Anthony namun nampaknya SPRM yang sebelum ini menyiasat kes ini seolah-olah membutakan mata.

Kes yang paling jelas dan mempunyai bukti yang cukup ialah kes rasuah RISDA melibatkan Peguam Peter,  Michael P Ubu yang juga Naib Presiden KDM lari ke luar negara. SPRM sibuk mencari Jho Low namun tidak mahu mencari Michael P Ubu. Status Michael P Ubu tidak pernah diperjelaskan hingga kini.

Pendedahan kes rasuah JKR RM1.5 bilion

14 Februari lalu Sabahkini2 skandal rasuah Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony dan Pengarah JKR Sabah Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil bernilai lebih RM1.5 bilion diberikan kepada 5 syarikat tanpa tender.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender]

Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender

Empat syarikat yang dikaitkan dengan Datuk Peter Anthony ialah A.K Setia Bina Sdn Bhd (RM 400,000,000.00), AK Kontraktor Sdn Bhd (RM 325,000,000.00), Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd (RM 500,000,000.00) dan Sinaran Mewah Sdn Bhd (RM 325,000,000.00)

Susulan laporan itu pelbagai ugutan dibuat oleh Datuk Peter Anthony dan Pengarah JKR Sabah kepada pihak berkuasa kononnya ia satu fitnah kepada mereka. Sementara itu Datuk Peter mahu menyaman portal Sabahkini2 namun sehingga kini tiada apa yang berlaku.

Pendedahan kedua

Sabahkini2 pada 19 Februari 2020 sekali lagi mendedahkan fakta baru iaitu dokumen Surat Tawaran Projek (LOA) dan juga dokumen SSM pemilik 4 syarikat yang dikaitkan dengan Datuk Peter Anthony.

Sangat mengejutkan sebuah syarikat yang didedahkan iaitu AK Kontraktor Sdn Bhd  yang mendapat kontrak RM325 juta didaftarkan atas nama Safineh bin Doto individu sama yang kontroversi kes rasuah RISDA Michael P Ubu  dengan Datuk Peter Anthony melalui syarikat Budiman Juta Sdn Bhd didaftar di PEJABAT GUAMAN FIRMA MICHAEL UBU & CO.

SPRM perlu menjelaskan perkara ini! Latheefa Koya dan Pengarah SPRM Sabah  S Karunanithy tidak boleh terus bersembunyi dengan kes ini?

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak]

 

Pendedahan Ketiga

Menambahkan lagi maklumat kes rasuah dan salah guna kuasa Sabahkini2 menunjukkan perincian LOA syarikat yang paling rapat dikaitkan dengan Datuk Peter Anthony iaitu AK Kontraktor, C selain ugutan Pengarah JKR Sabah Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil terhadap pegawai yang mendedahkan dokumen projek RM 1.5 bilion itu.

Safineh Doto proksi Datuk Peter Anthony

Persoalan besar ialah apa kelayakan syarikat ini? Semua syarikat rugi, kewangan tidak kukuh, malah AK Setiabina Sdn Bhd sebuah syarikat Sarawak tetapi semua syarikat itu mendapat kontrak antara RM325 juta hingga RM500 juta.

Sabahkini2 juga mencabar Datuk Peter Anthony, SUT Kementerian atau Pengarah JKR mendedahkan surat Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan ruj:KEW (S) 200-4/1 (A) 23/(151) bertarikh 29 November 2019 yang dihantar kepada Kementerian Pembangunan Infrastruktur.

Ini akan membuktikan Datuk Peter yang sebenarnya membuat permohonan kepada Menteri Kewangan Sabah (Shafie Apdal) meluluskan projek RM1.5 bilion secara ‘Rundingan Terus’. Semua urusan projek, ulasan, teknikal adalah diuruskan oleh Kementerian Pembangunan Infrastruktur.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sabahkini2 Kantoi 'LOA' AK Kontraktor, AK Setiabina RM725 juta terdedah, Pengarah JKR Ugut Pegawai? ]

Terdapat sumber mendedahkan SPRM menyerbu Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan JKR. Jika benar sepatutnya SPRM memaklumkan kepada media supaya rakyat tahu status kes rasuah dan salahguna kuasa ini melibatkan Datuk Peter Anthony Warisan ini.

SPRM jangan ‘double standard’!

 

8 Comments