25 Kes Baharu Positif Covid-19 Di Sabah, 82 Kes Keseluruhan
23:03 Mar 17, 2020  |  By SabahKini2
25 Kes Baharu Positif Covid-19 Di Sabah, 82 Kes Keseluruhan

Menteri Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon melalui laman sosial Facebooknya memaklumkan, 25 kes itu merupakan tambahan kepada 57 kes positif Covid-19 yang direkodkan semalam

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 25 kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 82 kes setakat hari ini.

Menteri Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon melalui laman sosial Facebooknya memaklumkan, 25 kes itu merupakan tambahan kepada 57 kes positif Covid-19 yang direkodkan semalam

Menurutnya, Lahad Datu merekodkan jumlah kes positif tertinggi setakat ini dengan 23 kes, diikuti dengan Tawau 16 kes serta Kota Kinabalu 12 kes.

Manakala lima kes di Kinabatangan dan Sandakan, empat kes di Beaufort, Kunak dan Sipitang, dua kes di Putatan.

Satu kes masing-masing di Kota Belud, Papar dan Semporna. Daerah Semporna mencatatkan kes positif Covid-19 pertama pada hari ini.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan dua kes kematian akibat Covid-19 itu masing-masing melibatkan seorang (lelaki) peserta perhimpunan tabligh berusia 34 tahun di Hospital Permai, Johor,  dan seorang pastor berusia 60 tahun di Hospital Umum Sarawak.

Untuk hari ini, terdapat sebanyak 120 kes baharu positif Covid-19 termasuk 95 kes berkaitan kluster perhimpunan tabligh. Ia menjadikan jumlah keseluruhan 673 kes termasuk 49 kes yang telah sembuh.

Sehingga kini, 622 orang masih dirawat di hospital seluruh negara termasuk 12 orang di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sebahagian besar kes baharu ini berkaitan dengan kes kluster Perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur. – BT

Comment