2,426 orang peserta tabligh di Sabah berjaya dikesan
15:03 Mar 18, 2020  |  By SabahKini2
2,426 orang peserta tabligh di Sabah berjaya dikesan

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memuat naik statistik mengenai jumlah itu pada Isnin, melalui akaun Facebooknya.

SANDAKAN: Seramai 2,426 orang peserta tabligh di Sabah yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling di Selangor berjaya dikesan, menjadikan ia jumlah tertinggi setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memuat naik statistik mengenai jumlah itu pada Isnin, melalui akaun Facebooknya.

Menurut statistik itu, seramai 1,895 sudah diperiksa dan sebanyak 854 sampel diambil.

Seramai 57 orang pula didapati positif COVID-19 dan 197 didapati negatif.

Manakala, sejumlah 608 masih menunggu keputusan.

Dalam pada itu, seramai 884 orang pula dikenakan kuarantin di rumah.

Terdahulu pada Isnin, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan Sabah berada di tangga ketiga dalam negara memiliki rekod tertinggi kes positif COVID-19 di negara ini dengan 57 kes.

Pada Khamis lalu, Sabah mencatatkan satu kes dan keesokannya ia meningkat kepada 15 kes.

Kemudian, pada Sabtu, kes positif turut meningkat kepada 26 kes sebelum melonjak kepada 49 kes pada Ahad.

 

 

Comment