Covid-19: China bekal 10 juta topeng muka, 100,000 unit sebagai sumbangan
11:03 Mar 22, 2020  |  By SabahKini2
Covid-19: China bekal 10 juta topeng muka, 100,000 unit sebagai sumbangan

Pada bulan Februari di bawah rejim Gagalkrasi PH, Malaysia sudahpun mengalami kekurangan topeng muka dalam pasaran tempatan.Permintaan topeng muka dari negara-negara lain di luar China akan meningkat begitu pantas sekali.

Posting menipu dari blogger pro-DAP ini yang mengambil peluang menghasut RAYkat dengan menuduh kerajaan PN sengaja menaikkan harga topeng muka dari 80 sen hingga RM2.00 untuk mengaut keuntungan RM18 juta sebulan adalah sangat berniat jahat pada masa krisis kovid ini.

Ini keadaan sebenarnya.

Sebelum wabak covid bermula, Malaysia mengimport 90% keperluan topeng muka kita - terutama dari negara China.

Kini hanya ada empat kilang tempatan yang mengeluarkan topeng muka tetapi ini adalah topeng muka gred yang lebih tinggi dan unuk dieksport ke negara lain sahaja.

Setelah wabak Covid bermula pada akhir bulan Januari, banyak negara-negara lain telah mengharamkan eksport topeng muka.

Walaupun tidak ada larangan rasmi kerajaan, pengeluar negara China pula fokus untuk membekal keperluan domestik pada masa China mengalami krisis Covid yang besar.

Akibatnya, pengimport Malaysia mengalami kesukaran untuk membekal pasaran tempatan.

Pada bulan Februari di bawah rejim Gagalkrasi PH, Malaysia sudahpun mengalami kekurangan topeng muka dalam pasaran tempatan.

05 Feb 2020: Shortage of face masks in JB amid coronavirus scare, some retailers selling above price ceiling

https://www.channelnewsasia.com/news/asia/wuhan-coronavirus-masks-malaysia-johor-bahru-price-ceiling-12388090?fbclid=IwAR0af_qSNThkvXuxsFOivtQLo-vpxPBj-hRt9vfEAWzP2an_GF2YcK4fXfI

 

17 Feb 2020: Pharmacies report shortage of face masks, sanitisers

https://www.themalaysianinsight.com/s/219655?fbclid=IwAR1ixzP7LShfIj4GUxPvq8zf9fF7i9X9aao9oWwBNqZkGTcv6_HEOGH3RWg

Pada ketika itu, rejim PH pun membuat satu lagi jaminan tak boleh pakai mereka bahawa bekalan topeng muka adalah mencukupi.

13 Feb 2020: COVID-19: Kerajaan jamin bekalan topeng muka mencukupi - Saifuddin

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-kerajaan-jamin-bekalan-topeng-muka-mencukupi-saifuddin-230643

 

Selain menipu, kerajaan PH juga gagal mengambil kira satu perkara:

Bahawa permintaan topeng muka dari negara-negara lain di luar China akan meningkat begitu pantas sekali.

Sejak pertengahan bulan Februari, kenaikan kes Covid di luar China telah jauh melebihi China. Sebab itu, seluruh dunia sedang mengalami kekurangan bekalan topeng muka.

18 Mac 2020: The Global Effort to Tackle the Coronavirus Face Mask Shortage

https://www.usnews.com/news/best-countries/articles/2020-03-18/the-global-effort-to-tackle-the-coronavirus-face-mask-shortage?fbclid=IwAR0MNWORsoptiJ_DglguX4T7FE0ad-sdyCe2bWMpMrtLB2Xp5_5sPpmfgM0

Malah, bukan hanya bekalan topeng muka sahaja yang mengalami tekanan tetapi bahan mentah untuk pengeluaran topeng muka serta mesin-mesin yang menghasilkan topeng muka juga terkesan.

Pada ketika ini, Malaysiia mengalami saingan yang hebat untuk mengimport bekalan-bekalan ini kerana negara-negara lain terutamanya negara barat mampu menawarkan harga yang lebih tinggi.

Tetapi, ada suatu berita yang lebih baik.

Sejak wabak Covid bermula, negara China telah menaikkan kapasiti pengeluaran topeng muka sebanyak 8 kali ganda setelah banyak syarikat-syarikat gergasi tempatan negara itu yang sebelum ini tidak pernah menghasilkan satu keping topeng muka digalakkan dan disuruh untuk menukar mesin serta kilang mereka untuk menghasilkan topeng muka.

Namun, permintaan yang meningkat jauh lebih tinggi di negara-negara barat serta kekurangan bahan mentah telah menaikkan kos setiap unit topeng muka.

Ini bermakna kerajaan PN sekarang perlu meggunakan hubungan diplomasi mereka dengan negara China bagi memastikan bekalan topeng muka kepada kita walaupun harga sudah meningkat.

Kerajaan PN berjaya apabila negara China berjanji membekal 10 juta unit tetapi pada kos yang lebih tinggi - iaitu sekitar RM1.50 hingga RM2.00 sekeping termasuk kos pengangkutan dan sebelum kos pengedaran tempatan.

(10 juta mask ini bukan free, yah. Yang free dari kerajaan China itu adalah 100,000 unit untuk kegunaan barisan hadapan kita)

Komitmen 10 juta topeng muka ini dijangka tiba minggu depan tetapi keutamaan diberi untuk membekal barisan hadapan kita seperti doktor dan jururawat dan perkhidmatan-perkhidmatan kritikal seperti polis dan industri logistik yang memastikan bekalan makanan kita mencukupi.

Selebihnya pula akan diagihkan ke pasaran tempatan melalui syarikat milik LTAT, Pharmaniaga.

Namun, 10 juta helai masih tidak mencukupi dan kerajaan PN perlu berusaha lebih gigih lagi.

Ramai yang tidak tahu bahawa pada hari kedua Menteri PN masuk kerja iaitu 12 Mac, kerajaan PN telah mengeluarkan arahan untuk mengharamkan eksport topeng muka yang entah kenapa tidak pernah dihalang oleh kerajaan PH dahulu walaupun wabak Covid sudahpun teruk.

Namun arahan ini hanya diwartakan secara rasmi minggu lepas.

Dengan ini, empat kilang pengeluar topeng muka tempatan kini telah diarahkan oleh kerajaan PN untuk membatal kontrak eksport mereka dan membekal pasaran domestik.

Sebagai satu lagi langkah mengurangkan kos topeng muka, saya diberitahu bahawa kerajaan PN juga akan memansuhkan cukai jualan SST menteri kewayangan 10% hingga 20% ke atas topeng muka dalam masa beberapa hari lagi.

Sementara waktu ini adalah saranan saya kepada kerajaan PN dan Rakyat ialah:

1. Gunakan tempoh perintah kawalan keluaran 2 minggu ini untuk mencari pembekal baru dari seluruh dunia bagi memastikan bekalan topeng muka tempatan akan cukup bagi jangka masa pendek.

2. Menggalakan serta membantu kilang-kilang termpatan untuk memulakan pengeluaran topeng muka dan mesin topeng muka.

Menghasilkan topeng muka bukan satu cabaran tekonologi yang teramat canggih manakala negara kita adalah pengeluar bahan plastik dan petroliam yang merupakan sebahagian dari bahan mentah utama untuk menghasilkan topeng muka.

Memastikan pengeluaran topeng muka tempatan adalah mencukupi untuk negara juga adalah satu aspek untuk menjamin keselamatan negara.

3. Hapuskan cukai jualan ke atas topeng muka, bahan mentak serta mesin yang menghasilkan topeng muka serta mengkaji jika kerajaan mampu memberi subsidi jangka masa pendek untuk mengurangkan harga topeng di pasaran.

4. Rakyat juga digalakkan untuk kurang keluar dari rumah pada jangka masa pendek jika tiada keperluan mendesak setelah perintah kawalan pergerakkan berakhir bagi mengurangkan permintaan dan penggunaan topeng muka. pada masa bekalan yang mencukupi belum dapat dijamin.

Namun, saya percaya harga serta bekalan topeng muka tempatan akan memulih tidak lama lagi setelah kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan cukai dan kos topeng muka disamping menunggu pengeluaran tempatan meningkat.

By Najib Razak

Comment