Covid-19: Tiada pakej rangsangan Sabah, Menteri Warisan arah guna duit tabung Masjid,Surau
23:03 Mar 23, 2020  |  By SabahKini2
Covid-19: Tiada pakej rangsangan Sabah, Menteri Warisan arah guna duit tabung Masjid,Surau

Ketiadaan pakej rangsangan atau tidak mahu menggunakan dana Pusat Zakat Sabah maka Masjid dan surau diarah guna tabung sendiri untuk bantu asnaf bagi tangani krisis Covid-19.

KOTA KINABALU : Tiada pengumuman apa-apa pakej rangsangan menangani krisis Covid-19 di Sabah akhirnya Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Mohktar mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah  (JHEAINS) menggunakan tabung masjid.

Susulan daripada arahan Menteri itu JHEAINS mengarahkan serta merta semua masjid dan surau di negeri ini menggunakan wang tabung masing-masing bagi membantu golongan Asnaf sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut Pengarah JHEAINS, Datuk Saifulzaman Sanggul dalam satu kenyataan berkata, golongan itu pastinya terkesan susulan perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan berikutan penularan Covid-19.

“Justeru, atas sifat kemanusiaaan dan menjadi tanggungjawab, mohon jasa baik pengerusi masjid seluruh Sabah untuk menggunakan wang tabung masjid untuk meringankan beban mereka dengan memberikan barangan keperluan dapur berdasarkan peraturan berikut.

“Barangan dapur disediakan oleh  ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan ditempatkan di masjid masing-masing.

“Jika sekiranya golongan Asnaf atau golongan yang memerlukan mengalami masalah perhubungan, AJK masjid akan menghantar keperluan dapur tersebut ke lokasi mereka yang dikenal pasti,”katanya.

Arahan penggunaan wang tabung masjid oleh JHEAINS  ini tular selepas mesej Aplikasi Whatapps  Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Mohktar sengaja didedahkan kepada rakyat dalam laman sosial sebagai tanda Menteri membuatt kerja.


Bagaimanapun netizen mengecam tindakan dan arahan Menteri ini yang tidak sepatutnya menggunakan wang masjid. Bantuan kewangan rakyat susah ini sepatutnya diberi oleh Kerajaan Negeri bukan tabung masjid.

“Kenapa tidak salurkan saja wang zakat kerana masjid dan surau perlukan wang tabung mereka untuk membayar bil air, letrik dan air. malah ada sesetengahnya wang tabung mereka tidak cukup pun untuk membayar bil-bil mereka.” Kata Murshidi

5 Comments