Sarawak beri RM1.15B bantu Covid-19, Sabah 'senyap-senyap' tukar projek Rundingan Terus RM1.5B kepada Tender Terhad 'pau' Kontraktor!
02:03 Mar 24, 2020  |  By SabahKini2
Sarawak beri RM1.15B bantu Covid-19, Sabah 'senyap-senyap' tukar projek Rundingan Terus RM1.5B kepada Tender Terhad 'pau' Kontraktor!

Sarawak beri RM1.15B bantu Covid-19 namun Sabah masih berdiam hingga kini. Tabung masjid diarah gunakan bantu asnaf. Tapi Kerajaan Warisan 'senyap-senyap' tukar projek Rundingan Terus kontroversi RM1.5B kepada Tender Terhad untuk kekal diberi kroni.

Dikala negara menghadapi wabak Covid-19 dan Negeri Sabah masih berdiam diri mengenai bantuan yang sesuai diberikan kepada rakyat Sabah. Kerajaan Pusat dan negeri-negeri lain nampaknya sudah berbuat demikian. Paling dekat adalah negeri Sarawak pada 23 Mac mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM1.15 bilion bagi menangani impak penularan wabak COVID-19.

 

Shafie Apdal Ketua Menteri Warisan itu sepatutnya merasa malu dengan negeri jiran Sarawak. Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg mengumumkan Pakej Bantuan Khas Sarawak ku Sayang mengandungi 16 inisiatif turut meliputi bantuan kepada barisan hadapan serta rakyat khususnya peniaga yang terjejas.

Kerajaan Pusat pula mengumumkan 4 inisiatif tambahan seperti pengeluaran I-lestari simpanan KWSP RM500 sebulan, dana RM500 juta pembelian peralatan perubatan, RM100 juta pelantikan kakitangan baru, penangguhan 6 bulan pembayaran PTPTN dan RM130 juta kepada semua negeri menangani krisis Covid-19.

[ARTIKEL BERKAITAN- 4 inisiatif tambahan diumum PM untuk bantu rakyat tangani Covid-19 ]

4 inisiatif tambahan diumum PM untuk bantu rakyat tangani Covid-19

 

Apa Sabah buat?

Kerajaan Warisan sudah tidak punya wang ke?  Mengapa begitu lambat mengumumkan Pakej Rangsangan Sabah menangani krisis Covid-19 negeri ketiga terbanyak kes ini.

Terbaru Menteri Warisan Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Mohktar mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah  (JHEAINS) menggunakan tabung masjid. JHEAINS telah mengeluarkan arahan kepada semua masjid dan surau di Sabah. Pusat Zakat Sabah dah tiada wang ke? Sepatutnya ketika inilah Pusat Zakat Sabah beraksi membantu asnaf! Ini standard arahan ketua cawangan atau jawatankuasa kampung je yang sedia tahu bantuan rakyat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Covid-19: Tiada pakej rangsangan Sabah, Menteri Warisan arah guna duit tabung Masjid,Surau ]


Covid-19 melanda diam-diam batal projek RUNDINGAN TERUS RM1.5B ditukar TENDER TERHAD (Terpilih)

Masih ingat tak pendedahan Sabahkini2 mengenai skandal JKR RM1.5B melibatkan Datuk Peter Anthony dam Pengarah JKR bermula 14 Februari lalu? Kononnya Peter Anthony mahu menyaman Sabahkini2 berpengkalan di Rusia.


Empat siri pendedahan Sabahkini2 skandal projek JKR RM1.5 bilion menunjukkan 5 syarikat dilantik secara lantikan terus. Bagaimanapun 4 syarikat kroni itu lebih kontroversi kerana mendapat projek bernilai RM325 juta sehingga RM500 juta. 4 siri itu ialah;

  1. 14 Februari: Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender

  2. 19 Februari: Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak

  3. 22 Februari: Kantoi 'LOA' AK Kontraktor, AK Setiabina RM725 juta terdedah, Pengarah JKR Ugut Pegawai?

  4. 4 Mac: Skandal JKR RM1.5B: Peter Anthony beri projek syarikat kroni, mana SPRM?

Mengapa agaknya SPRM, Peter Anthony, Pengarah JKR malah Shafie Apdal berdiam diri?

Menurut sumber pegawai JKR Sabah projek rundingan terus RM1.5b kepada 5 syarikat itu kini telah DIBATALKAN kerana kontroversi dan kebimbangan siasatan SPRM yang sebelum ini telah menyerbu pejabat JKR.

Kerajaan Warisan kini kerajaan pembangkang sudah tentu mereka risau ia bakal memberi kesan jika SPRM bertindak nanti.

Kerana Datuk Peter Anthony kantoi memberi projek kepada proksinya Safineh Doto Pengarah Syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd (Pengarah kontroversi kes rasuah RISDA) dengan kontrak RM325 juta, Peter dan Shafie Apdal perlu menutup segera kontroversi ini.





Tukar status projek kepada Tender Terhad jelas mahu melindungi syarikat pemilik kroni AK Kontraktor Sdn BHd Safineh Dato.

Semua projek ini akhirnya ditukar kepada Tender Terhad kepada 10 syarikat terpilih.

Tender Terhad adalah ‘projek wayang’ kerana 10 syarikat yang dipanggil setiap projek diketuai oleh satu syarikat yang mengawal semua kontraktor.

Jika AK Kontraktor Sdn Bhd sebelum ini mendapat kontrak Penyelenggaraan Jalanraya-Jalanraya Majlis-Majlis Perbandaran dan Daerah di Kawasan Timur Sabah maka 9 syarikat lagi dipanggil menyertai tender itu namun akhirnya akan diberi juga kepada AK Kontraktor Sdn Bhd atau syarikat proksinya.

Semua lesen syarikat akan disewa serta diberi ‘token’ kepada pemiliknya. Dokumen tender akan diisi mengikut cara yang ditentukan oleh pemilik projek dan pegawai teknikal di JKR akan menolong mendapat tender itu. Penilaian tender akhirnya akan memilih syarikat yang telah ditentukan oleh Menteri JKR.

Begitulah ia dilakukan. Shafie Apdal sebagai bekas Menteri KKLW sangat pakar mengendalikan projek seperti ini.

Persoalannya mengapa projek ini tidak dibuat secara tender terbuka sahaja selepas kantoi? Mengapa memilih tender terhad? Alasannya mahu mempercepatkan memilih kontraktor dan ia dibuat ketika semua tengah sibuk dengan krisis Covid-19.

Maka tiada siapa yang perasan projek RM1.5Bilion ini disusun semula. Tiada siapa yang ambil tahu. Diam-diam selesai nanti 4 kroni Datuk Peter Anthony dan Shafie Apdal itu akhirnya dilantik semula secara sah melalui tender terhad. Akhirnya komisen projek kekal ditangan.

Oleh itu naratif siasatan SPRM rundingan terus RM 1.5B itu kini berubah kerana dibuat secara Tender Terhad!. Nampak tak usaha Menteri Warisan mahu menghalalkan cara.

Dalam masa sama Datuk Peter Anthony dan Datuk Seri Shafie Apdal dapat mengutip semula komisen projek ini. Jika SPRM sebelum ini di KKLW menyiasat kes RM1.5b melibatkan Shafie Apdal dan Datuk Peter Anthony diharap projek ini disiasat juga kerana modus operandinya serupa.

Datuk Peter Anthony, Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil Pengarah JKR menuduh Sabahkini2 memfitnah namun setakat ini mereka tidak pernah memberi penjelasan mengenai projek ini kepada rakyat dan media. Semua dokumen termasuk LOA syarikat juga Sabahkini2 dedahkan. Jika tak benar mengapa batal dan tukar kepada Tender Terhad? takut?

Apakah mereka mahu Sabahkini2 dedahkan dokumen kedua tender terhad itu?

 

3 Comments