NGO MERAK Mohon Menteri KPKT Bertindak Terhadap Syarikat Pinjaman Wang Berlesen
13:03 Mar 26, 2020  |  By SabahKini2
NGO MERAK Mohon Menteri KPKT Bertindak Terhadap Syarikat Pinjaman Wang Berlesen

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) telah pun mengumumkan langkah-langkah untuk membantu orang ramai. NGO MERAK mohon syarikat pinjaman berlesen dibawah kawalan KPKT juga berbuat demikian

KENYATAAN AKHBAR MAKMAL EKONOMI RAKYAT (MERAK)

MOHON KPKT BERTINDAK TERHADAP PEMEGANG LESEN PEMINJAM WANG

Dua Agensi iaitu Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) telah pun mengumumkan langkah-langkah untuk membantu ramai rakyat yang terkesan oleh Covid-19 dengan memberi penangguhan bayaran ansuran untuk 6 bulan.

MERAK mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana amat prihatin kpd rakyat jelata. Terima kasih kepada Perdana Menteri yg mendengar pandangan semua pihak.

MERAK juga ingin mencadangkan kepada Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) yg mengawalselia Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Moneylenders Act) supaya melaksanakan langkah yang sama supaya syarikat-syarikat pemberi pinjam wang berlesen memberikan penangguhan selama 6 bulan bagi bayaran ansuran.

Ramai juga rakyat terutamanya peniaga-peniaga kecil yang tidak layak untuk mendapat pinjaman bank (kerana tiada gaji tetap, tiada slip gaji, tiada caruman kwsp) telah meminjam daripada syarikat-syarikat pemberi pinjam wang berlesen.

Oleh sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yg telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020, ramai yang hilang punca pendapatan, bukan sahaja utk membayar ansuran pinjaman, malah mereka struggle untuk membeli barangan keperluan isi rumah serta makanan harian.

Justeru, MERAK mencadangkan supaya langkah yang sama dilaksanakan oleh KPKT bagi memberi penangguhan selama 6 bulan kepada semua peminjam yg terkesan dgn krisis Covid-19 ini.

Ramai sedia maklum mengenai 'cara kutipan' oleh syarikat-syarikat pemberi pinjam wang berlesen ini yang berbeza dengan bank atau institusi kewangan.

Segala bentuk gangguan, ancaman tindakan mahkamah, harassment melalui panggilan telefon, ugutan atau apa jua cara kutipan yang menyebabkan rakyat bertambah stress hendaklah dihentikan serta-merta. Rakyat pada waktu ini lebih bimbang memikirkan untuk kecukupan makanan isi rumah.

Ini termasuklah syarikat-syarikat pemberi pinjaman sewa-beli kenderaan di bawah KPKT. Ancaman untuk 'tarik kereta' harus dihentikan dan penangguhan diberikan kepada yang layak termasuk syarikat-syarikat SME yg meminjam.

MERAK sentiasa prihatin kepada segenap lapisan rakyat. Untuk perhatian dan pertimbangan KPKT.

[Nota: Syarikat peminjam wang telah dijenamakan sebagai Kredit Komuniti di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 5 April 2019. Lesen Peminjam Wang mempunyai tamat tempoh sehingga 2 tahun. Jika syarikat tidak mahu ikut arahan kerajaan lesen boleh ditamatkan]

2 Comments