Shafie Apdal Warisan degil ‘tunjuk kuasa’, industri sawit bakal lingkup di Sabah!
23:04 Apr 07, 2020  |  By SabahKini2
Shafie Apdal Warisan degil ‘tunjuk kuasa’, industri sawit bakal lingkup di Sabah!

Kerajaan Pusat sudah membenarkan operasi sektor pertanian, perladangan dalam tempoh PKP tetapi Shafie dan Warisan degil mahu tunjuk kuasa. Industri Sawit Sabah bakal melingkup dan pekerja dibuang tetapi Shafie kekal dengan bongkaknya.

Sabah ialah negeri pengeluar sawit terbesar di Malaysia dan menyumbang 25 peratus daripada jumlah minyak sawit negara pada 2019. Kerajaan telah membenarkan operasi sektor pertanian.

Tapi apa Shafie Apdal dan Kerajaan Warisan buat? Mereka tak peduli semua itu. Yang dia mahu tunjuk kononnya dia berkuasa tapi kelihatan bodoh meranapkan industri.

1 April lalu Kerajaan negeri Sabah sekali lagi memutuskan melanjutkan penutupan operasi ladang sawit dan kilang kelapa sawit selaras lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sehingga 14 April ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan ketika itu berkata lanjutan penutupan itu membabitkan tiga daerah di Sabah, iaitu Tawau, Lahad Datu dan Kinabatangan.

“Kerajaan negeri memutuskan menutup operasi ladang sawit dan kilang kelapa sawit membabitkan Kalabakan, Semporna dan Kunak, bermula 1 April sehingga 14 April ini.

“Penutupan operasi ladang sawit ini adalah di bawah peruntukan Akta 342,” katanya.

Tuntutan MPOA dan MEOA

Sebenarnya sejak 17 Mac lalu ketika pelaksanaan PKP,  peserta utama sektor perladangan sawit di Malaysia menggesa kerajaan mengkaji Perintah Kawalan Pergerakan dengan membenarkan sektor itu beroperasi.

Datuk Nageeb Wahab

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), Datuk Nageeb Wahab, berkata sekiranya operasi perladangan terpaksa berhenti selama dua minggu, tandan buah segar akan rosak dan pengilang terpaksa memproses minyak kurang berkualiti apabila mereka kembali beroperasi.

“Walaupun dibenarkan untuk mengeksport, kita tidak akan mempunyai apa-apa untuk dieksport, kerana paras bekalan rendah.

“Ia akan mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk kembali normal selepas penutupan,” katanya.

MPOA menyuarakan kebimbangannya kepada kerajaan dan merayu untuk dibenarkan beroperasi, sambil menambah bahawa ladang sudah menjalankan amalan terbaik, menerusi jarak sosial, untuk membendung wabak itu.

Sekatan itu juga, katanya mengancam untuk menjejaskan kehidupan pekerja asing dan 650,000 pekebun kecil.

Tuntutan Sime Darby

Pada 1 April Sime Darby Plantation Bhd (SDP) menggesa supaya kerajaan Sabah menimbang semula keputusannya bagi menutup operasi minyak sawit di tiga daerah tambahan, sebagai sebahagian daripada penutupan enam daerah yang menyumbang 75 peratus pengeluaran minyak sawit mentah negeri itu.

SDP berkata, inisiatif pembendungan penyebaran COVID-19 sewajarnya diimbangi dengan pertimbangan untuk tidak menjejaskan industri itu, yang dianggap penting oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ini bertujuan untuk mengelakkan implikasi yang lebih menjejaskan, yang timbul daripada keputusan itu,” kata SDP.

SDP berharap kerajaan Sabah akan mengambil kira kebimbangan MPOA dan menimbang semula, sejajar dengan langkah MKN bagi membenarkan syarikat-syarikat minyak sawit meneruskan operasi dalam bentuk yang terhad, dengan pematuhan kepada syarat serta garis panduan operasi seperti yang dinyatakan oleh majlis itu.

Shafie sengaja tunjuk kuasa supaya Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) membuat rayuan

3 April lalu kementerian menghantar surat kedua kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, bagi memohon kelonggaran diberi kepada peladang dan pengilang sawit terus beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata surat rayuan mewakili sektor peladangan dan pengilangan yang beroperasi di negeri telah dihantar.

“Kita faham tujuan penutupan tetapi berdasarkan pengalaman kami di Semenanjung, tiada satu kes positif COVID-19 (dicatatkan sektor ini) sejak awal tempoh PKP kerana peladang dan pengilang mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ketat.

“Kita boleh beri keyakinan kepada kerajaan Sabah, sekiranya diberi kelonggaran untuk beroperasi, selain satu ladang yang terbabit dengan kes positif COVID-19 itu, kita beri jaminan tidak akan berlaku penyebaran wabak virus itu di kawasan mereka,” katanya

Kebenaran operasi bagi sektor Pertanian, perikanan

5 April lalu Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran sektor pertanian dan perikanan termasuk keseluruhan rantaian perniagaan seperti perkilangan, logistik serta pemasaran dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Langkah itu dibuat bagi memastikan rakyat yang bergantung kepada sektor berkenaan berupaya mendapat bekalan mencukupi.

 “Setiap aktiviti dan operasi berkaitan sektor pertanian dibenarkan, justeru ada yang tanya, boleh ke nak tanam padi, tabur benih padi, tangkap ikan oleh nelayan?

“Kita nak jelaskan, bukan sekadar pengeluaran sahaja, tetapi apa juga berkaitan pertanian dibenarkan, termasuk kenderaan pengangkutan pertanian yang tidak akan dikenakan sekatan,” katanya

Tekanan demi tekanan buat Kerajaan Warisan

Tidak cukup MPOA, MEOA, Persatuan Kilang Penapis Minyak Sawit Malaysia (PORAM) turut meminta kerajaan negeri Sabah membenarkan pemain industri dan rantaian bekalan untuk bekerja secara serentak sepanjang tempoh Pergerakan Kawalan Terhad (PKP).

Pengerusinya, Jamil Haron, berkata saranan itu bertujuan mengelakkan gangguan operasi untuk memanfaatkan pengguna dan ekonomi secara keseluruhan.

“Tanpa bekalan minyak sawit mentah yang berterusan, kilang penapis perlu menutup operasi dan menyebabkan kerugian pendapatan, pemberhentian kerja sementara dan pelbagai masalah lain, tidak termasuk pengurangan bekalan minyak masak di pasaran tempatan,” katanya satu dalam kenyataan.

Di samping itu, beliau berkata kilang minyak sawit terutamanya kilang kecil yang tidak mempunyai bantuan dari segi perladangan dan sokongan untuk menyokong perniagaan mereka ketika tempoh PKP, turut mengalami nasib yang sama.

Lebih buruk lagi kebanyakan kilang penapis telah menjual dan menandatangani kontrak dengan pembeli luar negara dan ia perlu dipatuhi.

Saranan Anifah Aman

Hari ini turut memberi tekanan kepada Shafie Apdal dan Kerajaan Warisan ialah Datuk Seri Anifah Aman bekas Menteri Luar yang juga pernah menjawat Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

[ARTIKEL BERKAITAN- Jangan sampai rakyat mati bukan sebab Covid-19 tetapi kerana kelaparan kata Anifah ]

 

Jangan sampai rakyat mati bukan sebab Covid-19 tetapi kerana kelaparan kata Anifah

Anifah menyeru kerajaan mempertimbangkan semula keputusan melanjutkan penutupan operasi kilang dan ladang kelapa sawit di negeri itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang jelas bercanggah dengan kerajaan Persekutuan yang membenarkan sektor perindustrian keperluan asas beroperasi ketika ini.

 “Kerajaan Sabah seharusnya mempertimbangkan semua aspek termasuklah ekonomi sebelum membuat sesuatu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan

Beliau berkata, sektor kelapa sawit merupakan salah satu sumber pendapatan kerajaan negeri itu sebanyak kira-kira RM1 bilion daripada pendapatan cukai negeri.

Dalam pada itu, Anifah berkata, masalah kewangan mahu pun kerjaya akan memberi kesan kepada emosi.

 “Ini boleh berlaku apabila rakyat kehilangan pekerjaan dan sumber rezeki apabila majikan tidak dapat membayar gaji disebabkan keadaan ekonomi kerana tidak dibenarkan beroperasi,” katanya.

 “Jangan sampai rakyat mati bukan sahaja disebabkan oleh Covid19 tetapi kerana kelaparan.

“Jangan nanti apabila sektor ini tidak lagi dapat menyumbang, kerajaan Sabah menggunakan alasan tiada duit bagi mengurangkan bantuan rakyat,” katanya

 

Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah

Dilaporkan hari ini Rabu Shafie Apdal dan Kerajaan Warisan akan memutuskan sama ada akur kepada kebenaran Kerajaan Persekutuan atau ‘ikut kepala sendiri’.

Dengan tekanan yang kuat daripada Kementerian, Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), Persatuan Pemilik Ladang Malaysia (MEOA) dan Persatuan Kilang Penapis Minyak Sawit Malaysia (PORAM)  sudah tentu Kerajaan Negeri tiada pilihan.

MPOA dan MEOA memaklumkan, penutupan yang berpanjangan merupakan kehilangan peluang sosial ekonomi, berikutan komoditi seperti minyak sawit adalah antara beberapa sektor yang dapat mengekalkan momentum ekonomi negeri.

Rakyat sedang menderita hilang pekerjaan kerana Covid-19, operasi sektor pertanian untuk rantaian makanan dibenarkan beroperasi, maka inilah peluang yang baik untuk Kerajaan bangkit dalam sektor pertanian dan ladang.

Semakin lama Shafie membuat keputusan semakin nazaklah kilang sawit dan rantaiannya. Makin ramailah membenci Shafie Apdal

 

 

19 Comments