Cuepacs merayu LPPSA 3 bulan, KSP MOF dapat jawatan Pengerusi TNB
23:04 Apr 12, 2020  |  By SabahKini2
Cuepacs merayu LPPSA 3 bulan, KSP MOF dapat jawatan Pengerusi TNB

CUEPACS kecewa dengan LPPSA namun terus merayu. KSP MOF yang tak mahu luluskan moratorium LPPSA tidak tergugat malah dilantik Pengerusi TNB!.

KUALA LUMPUR: Sekalipun Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) tidak mahu meluluskan penangguhan biarpun tiga bulan kepada penjawat kerajaan Presiden Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat terus membuat rayuan.

Tiada budi bicara atau secara pilihan bagi mereka yang memerlukan. Tidak tetap tidak! Itulah yang KSP MOF arahkan termasuk laporan kertas kabinet tidak menyokong penangguhan itu.

“CUEPACS mengambil maklum dan kecewa dengan kenyataan rasmi LPPSA bahawa tiada moratorium atau penangguhan terhadap pembayaran balik ansuran bulanan pembiayaan perumahan bagi sektor awam.

“Alasan kakitangan awam menerima gaji penuh dan pencen adalah tidak adil untuk LPPSA gunakan bagi menolak mentah-mentah permintaan penjawat awam untuk menangguhkan pembayaran pinjaman LPPSA.

“Walaupun semua penjawat awam menerima gaji dan pencen penuh ketika ini, situasi semasa yang melanda negara disebabkan penularan wabak Covid-19 mengganggu rutin kerja dan menjejaskan pendapatan isi rumah penjawat awam.

“Harus diingatkan sekali lagi bahawa tidak semua pasangan penjawat awam turut sama-sama bekerja di sektor kerajaan kerana ada yang menjadi suri rumah sepenuh masa, bekerja sendiri seperti penjaja kecil dan bekerja di sektor swasta yang turut terjejas pendapatan mereka,” kata  Adnan

Susulan reaksi LPPSA itu, Adnan berkata, golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) juga sangat terkesan kerana tidak semua pasangan mereka berkhidmat di sektor awam.

“Pasangan mereka jika pekerja swasta juga terjejas, termasuk mereka yang mempunyai pekerjaan kedua seperti berniaga dan lain-lain bagi memberi pendapatan tambahan isi rumah masing-masing.

“Hampir semua penjawat awam, terutama pekerja peringkat pelaksana mempunyai pendapatan boleh guna sekitar 20 peratus sekiranya ada pinjaman perumahan atau ditolak dengan pinjaman perumahan dan lain-lain,” katanya.

KSP MOF dilantik Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) 

Tapi apapun alasan tuntutan Cuepacs itu Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir KSP MOF itu tetap tidak tergugat.

Malah hari ini Tan Sri Ahmad Badri sebagai Pengerusi TNB berkuatkuasa 12 Mac 2020 menggantikan Tan Sri Leo Moggie yang menamatkan perkhidmatannya.

Menurut kenyataan TNB itu “Lembaga Pengarah dengan persetujuan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), pemegang saham khas TNB, sudah meluluskan perlantikan Ahmad Badri.

“Beliau akan memegang jawatan sebagai Pengerusi dan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif kumpulan untuk tempoh tiga tahun bermula 12 Mac 2020 hingga 11 Mac 2023,” katanya.

Kalau dah LPPSA tak layan rakyat jangan pula lepas jika TNB naik tarif pengerusi ni sokong pula atas alasan tarif terendah dan tidak dinaikkan beberapa tahun lalu.

Kepada Presiden Cuepacs sabarlah. Terus bekerja dan berbakti

 

10 Comments