SPRM nafi tahan Pegawai Menteri dan KKM
18:05 May 05, 2020  |  By SabahKini2
SPRM nafi tahan Pegawai Menteri dan KKM

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi memaklumkan berita berkenaan adalah palsu.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan satu mesej yang ditularkan hari ini, berhubung penahanan lima individu termasuk pegawai khas menteri.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi memaklumkan berita berkenaan adalah palsu.

“Berita penangkapan ini palsu, SPRM menafikannya,” katanya ringkas ketika diminta mengulas kesahihan satu mesej yang ditularkan menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.

Mesej tersebut menyebut tentang penahanan lima individu yang terdiri Pegawai Tugas-tugas khas (PTTK), Setiausaha Sulit Kanan pegawai kanan, SUB Perolehan, TSUB Perolehan dan seorang kontraktor ketua parti politik dikatakan berkaitan membantu siasatan ke atas pembelian khas sistem ujian dan peralatan perubatan bagi menentang Covid-19 yang bernilai sekitar RM30 juta.

Seorang pengguna facebook Teuku Shafiz Rullah Armada Bersatu Selayang giat menyebarkan fitnah menyebut nama-nama pegawai yang ditahan SPRM tetapi hakikatnya adalah palsu.


Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan membuat laporan polis terhadap fitnah itu.

Sebelum ini dilaporkan SPRM sedang menyiasat sebuah syarikat hartanah tetapi mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta.

Syarikat sama mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Portal Sabahkini2 sebelum ini mendedahkan Syarikat yang mendapat projek makmal ini dikaitkan dengan kartel DG Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah

[ARTIKEL BERKAITAN- Syarikat 'Dr A' Kartel 'DG' dan PTD perolehan KKM disiasat SPRM kes tender RM30 Juta! ]

 

 

 

 

1 Comment