[VIDEO] Syarikat mati! Pembantu Menteri 'balun' Shafie Apdal Ketua Menteri dan SKN
10:05 May 07, 2020  |  By SabahKini2
[VIDEO] Syarikat mati! Pembantu Menteri  'balun' Shafie Apdal Ketua Menteri dan SKN

Selepas tekanan dari pihak industri kini dilaporkan dua pembantu Menteri kepada Shafie Apdal mengecam Shafie Apdal dan kerajaan negeri. Dilaporkan Shafie kini U-turn laksana PKPB

Nampaknya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal berhadapan dengan tekanan daripada Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berhubung desakan ekonomi rakyat yang semakin teruk semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kenny Chua yang juga Naib Pengerusi PKR Sabah membidas tindakan Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal yang enggan membuka semula sektor ekonomi negeri sebagaimana yang disarankan kerajaan persekutuan apabila pelaksanaan PKP Bersyarat.

Meskipun memahami hasrat kerajaan negeri untuk mengelakkan peningkatan kes Covid-19, namun ujar Kenny ada beberapa perkara perlu diambil kira.

“Benar kita sedang menghadapi ancaman kesihatan. Begitu juga Covid-19 turut membawa ancaman sosial dan ekonomi dan kita perlu atasinya dengan saling menyokong, bukan sekadar melaksanakan perintah kawalan pergerakan semata-mata tanpa melihat keperluan setiap orang,” kata ADUN Inanam itu.

Sebelum ini Shafie menyatakan Sabah akan terus melaksanakan PKP sehingga tarikh asal 12 Mei depan tanpa menghiraukan kebenaran kerajaan pusat untuk membolehkan sektor ekonomi beroperasi seperti biasa.

Chua dalam pada itu menambah bahawa sektor pengangkutan negeri perlu digerakkan untuk memberi sokongan dalam tempoh sukar ini.

“Ini bertujuan rantaian bekalan ekonomi terus berjalan lancar supaya penghantaran barangan, makanan, produk pertanian dapat dilakukan.

“Jika ia tak dilakukan, rantaian bekalan akan terputus dan menggangu ekonomi negeri,” tegas Chua lagi.

Dalam pada itu Shafie yang mula U-Turn dalam reaksinya berkata beliau tidak menolak sepenuhnya perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) namun menyuarakan kebimbangannya jika ia dilakukan secara terburu-buru.

[ARTIKEL BERKAITAN- PKPB: Shafie Apdal mula U-turn, tiada halangan pergerakan antara daerah ]

Sementara itu turut tular ialah audio suara yang dikatakan milik Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Jimmy Wong DAP yang marah kepada Setiausaha Kerajan Negeri (SKN) dan Shafie yang menyebabkan ramai usahawan Cina di Sabah lingkup kerana enggan meneruskan operasi perniagaan PKPB yang bermula 4 Mei 2020.

Beliau menyatakan banyak Syarikat besar telah ‘mati’ selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, di antaranya ialah Teck Guan dan beberapa syarikat lain.

Rakaman audio tersebar meluas menunjukkan kerajaan Warisan Sabah sebenarnya sudah goyang dan ditentang sendiri oleh anggota pentadbirannya.

“Teck Guan Group tengah ‘mati’…hampir semua syarikat besar ‘mati’….mereka tiada duit, mereka tiada duit sebab perlu bayar semua gaji pekerja.

Pemimpin DAP itu juga mengkritik sikap pegawai kerajaan yang hanya asyik mesyuarat sehingga berjam-jam tetapi gagal menyelesaikan masalah rakyat.

“Kau lebih hebat daripada mereka? Kapten dalam industri? Kau adalah Ketua Menteri yang lebih hebat daripada Kapten dalam industri ini?

“Saya rasa kalau dalam perniagaan rakyat sentiasa betul. Kami adalah sebahagian dalam kerajaan dan negeri..kami adalah rakyat, rakyat selalu betul, tapi bukan kau (shafie). katanya

“kau selalu membuat kesilapan kepada mereka, itu masalahnya..”


Shafie Apdal U-Turn

Mempertahankan keegoannya untuk melaksana PKPB hari ini 7 Mei Shafie Apdal Ketua Menteri telah U-Turn melaksanakan PKPB. Ini termasuk operasi sektor pertanian, industrI makanan, perkilangan, pembuatan, operasi logistic (darat, jeti, Pelabuhan) dan perladangan.

Jika tidak beliau akan menerima tekanan lebih besar dari industri dan anggota kabinetnya.

 

 

 

1 Comment