Kerajaan PN beri Bantuan Khas Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam 20 Mei ini
19:05 May 08, 2020  |  By SabahKini2
Kerajaan PN beri Bantuan Khas Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam 20 Mei ini

Betapa prihatinnya Kerajaan kepada penjawat awam dan pesara. Ketika COVID-19 melanda penjawat awam turut mendapat manfaat besar. Kini walaupun hari raya tidak balik kampung, penjawat awam diberi Bonus raya! Terima kasih Muhyiddin

Nampaknya Penjawat Awam serta pesara kerajaan bakal mendapat laba lagi daripada kerajaan PN apabila menerima bayaran bantuan khas Aidilfitri tahun 2020 Mei ini.

Surat yang tular dalam aplikasi whatApps mendedahkan Menteri kewangan telah mencadangkan tarikh pembayaran bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara kerajaan pada 20 MEI 2020 dan telah dipersetujui Perdana Menteri.


Surat mempunyai kesilapan tarikh. Ia urusan dalaman



Penjawat Awam Gred 56 dan kebawah akan menerima RM 500 manakala bagi pesara pula menerima RM 250 dan ianya adalah sebagai penghargaan kepada jasa dan komitmen penjawat awam

Anggaran implikasi kewangan yang terlibat adalah sebanyak RM 918 Juta dan ia adalah berdasarkan jumlah kakitangan awam dan pesara kerajaan kini.

Tahun lalu kerajaan PH telah memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.4 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah, dan 800,000 pesara kerajaan pula menerima RM225.

Penjawat awam sebelum ini turut mendapat manfaat bantuan kewangan dalam Pakej Prihatin Rakyat menghadapi krisis COVID-19.

Bantuan Khas Aidilfitri pasti melegakan penjawat awam khususnya penjawat awam barisan hadapan memerangi COVID-19

 

 

40 Comments