PH ghairah undi tidak percaya di Dewan Rakyat tapi PN buat kerja tumbangkan PH di Kedah
11:05 May 10, 2020  |  By SabahKini2
PH ghairah undi tidak percaya di Dewan Rakyat tapi PN buat kerja tumbangkan PH di Kedah

Dijangka kerajaan PH Kedah akan bertukar kepada PN minggu depan

ALOR SETAR: Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, tiba di Kompleks PAS Kedah, jam 11 pagi tadi.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan; Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya; dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, dilihat memasuki bangunan berkenaan.

Difahamkan, mereka menghadiri pertemuan bagi membincangkan peralihan kuasa kerajaan negeri dan calon Menteri Besar baharu.

Disaat Pakatan Harapan sibuk mengganyang Dewan Rakyat untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, PN sedang melakukan kerja di Kedah.

Sementara itu Pas menyerahkan sepenuhnya kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah untuk membuat keputusan berhubung jawatan menteri besar di negeri itu, kata Naib Presiden parti itu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ahmad Samsuri menjelaskan sehingga kini Pas belum memuktamadkan sebarang nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu untuk mengisi jawatan Menteri Besar Kedah yang baharu.

Secara berseloroh beliau berkata rakyat di negeri Jelapang Padi masih mempunyai menteri besar dari gabungan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Hari ini pertemuan melibatkan ADUN-ADUN dari Pas dan UMNO di Kedah yang berbincang berbagai urusan, namun secara spesifiknya tidak boleh didedahkan.

"Mengenai calon menteri besar, kita serah kepada kebijaksanaan Tuanku Sultan Kedah untuk memutuskannya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takyuddin Hassan memaklumkan pertemuan di Kompleks Pas Kedah itu berlangsung selama 3 jam.

Namun beliau enggan mengulas secara terperinci pertemuan yang membincangkan mengenai Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

"(Pertemuan melibatkan) Wakil rakyat Pas dengan UMNO itu sahaja,17 orang . (Bincang) mengenai urusan Dewan (Undangan Negeri) .

"Keputusan siapa kena jadi MB kita serah kepada Sultan lah," katanya.

Pesuruhjaya Pas, Ahmad Yahaya ketika ditemui menjelaskan hasil yang positif diperoleh dari perbincangan yang diadakan hari ini membabitkan kesemua ADUN Pembangkang di negeri itu bersama kepimpinan parti masing-masing.

Kerajaan Kedah bertukar kepada PN dijangka minggu depan

10 Comments