Skandal 'Rundingan Terus' RM1.5B syarikat kroni Peter Anthony, SPRM perlu segera siasat, serbu
07:05 May 11, 2020  |  By SabahKini2
Skandal 'Rundingan Terus' RM1.5B syarikat kroni Peter Anthony,  SPRM perlu segera siasat, serbu

Setelah tertangguh kerana PKP sudah tiba masa SPRM bertindak menyiasat dan menyerbu JKR Sabah kerana skandal RM1.5b syarikat kroni Peter Anthony AK Kontraktor Sdn Bhd dan 3 lagi syarikat. Penama sama dalam skandal wang RISDA Michael P Ubu terlibat.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018, Siri 2, dikeluarkan April lalu membuktikan pengurusan penyelenggaraan jalan berturap di Sabah oleh konsesi atau kontraktor penyelenggaraan adalah kurang cekap dan tidak mencapai objektif penyelenggaraan jalan yang ditetapkan sepenuhnya.

Berdasarkan Road Condition Index pada 2018,55.3 peratus jalan berturap negeri berada di bawah skala 3 (sederhana) dan skala 4 (teruk) yang memerlukan penyelenggaraan berkala, manakala 4.5 peratus berada di bawah skala 5 (jalan tidak boleh disenggara) yang memerlukan kerja pembinaan semula.

Pengurusan penyelenggaraan jalan berturap Sabah adalah di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri. Kelemahan ini adalah jelas dari pemantauan JKR serta kelemahan konsesi yang dilantik. Lebih teruk peruntukan penyelenggaraan tidak diberi secukupnya sedangkan penyelenggaraan dan pembaikan mempunyai kos yang tinggi.

Akhirnya dua konsesi yang dilantik iaitu Globinaco Sdn. Bhd (611943-X) dan WKW Eramaju Sdn. Bhd 1000264-A gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.

Alasan inilah yang digunakan oleh Datuk Peter Anthony dan Pengarah JKR Sabah bagi menyingkirkan mana-mana syarikat konsesi di JKR dan melantik syarikat kroni baharu untuk tempoh 15 tahun. 

Sama ada SPRM mahu menyiasat syarikat konsesi yang gagal terpulang tetapi yang pasti JKR Sabah juga wajar disiasat berdasarkan laporan Ketua Audit Negara itu.


Pendedahan kes rasuah Peter Anthony dan JKR RM1.5 bilion

Memandangkan SPRM begitu cepat masuk ketika kes Kementerian Kesihatan maka mengapa tidak SPRM ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyerbu pejabat JKR atau Datuk Peter Anthony Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah. SPRM perlu berani dan jangan 'double standard'. Sebelum ini alasan PKP tetapi tidak lagi sudah semakin terbuka.

Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender

14 Februari 2020 Sabahkini2 skandal rasuah Datuk Peter Anthony dan Pengarah JKR Sabah Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil bernilai lebih RM1.5 bilion diberikan kepada 5 syarikat tanpa tender. 

LIMA siri pendedahan Sabahkini2 skandal projek JKR RM1.5 bilion menunjukkan 5 syarikat dilantik secara lantikan terus. Bagaimanapun 4 syarikat kroni itu lebih kontroversi kerana mendapat projek bernilai RM325 juta sehingga RM500 juta. 4 siri itu ialah;

  1. 14 Februari: Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender

  2. 19 Februari: Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak

  3. 22 Februari: Kantoi 'LOA' AK Kontraktor, AK Setiabina RM725 juta terdedah, Pengarah JKR Ugut Pegawai?

  4. 4 Mac: Skandal JKR RM1.5B: Peter Anthony beri projek syarikat kroni, mana SPRM?

  5. 24 Mac: Sarawak beri RM1.15B bantu Covid-19, Sabah 'senyap-senyap' tukar projek Rundingan Terus RM1.5B kepada Tender Terhad 'pau' Kontraktor!

     

Lebih mengejutkan syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd  yang dilantik oleh Datuk Peter Anthony dengan kontrak RM325 juta penamanya ialah Safineh bin Doto yang dikaitkan dengan kes pencurian wang RISDA RM 15.5 juta berhubung pembelian tanah ladang Tongod RM155 juta melibatkan Shafie Apdal, Datuk Peter Anthony dan juga peguamnya yang hilang Michael P Ubu. Peter direman SPRM dan Michael P Ubu hilang diburu SPRM. Sabahkini2 pernah mendedahkan  “The Money Trail” wang RM 15.5 juta itu yang telah disalur kepada Firma Guaman Michael Ubu dari RISDA bermula tahun 2014.  Kes itu sepatutnya didakwa sebelum PRU14 namun tertangguh.

Penyaluran dana itu menggunakan Syarikat Budiman Juta Sdn Bhd milik Peter Anthony atas nama pekerjanya Safineh bin Doto  didaftar di PEJABAT GUAMAN FIRMA MICHAEL UBU & CO.


Kes Michael P Ubu ini sepatutnya telah didakwa lama. Bagaimanapun selepas Shafie dan Peter menjadi Kerajaan di Sabah
kes ini seolah-olah ditutup


BUKTI  LOA terbaru




Syarikat pemilik kroni AK Kontraktor Sdn BHd Safineh Doto.

 

Datuk Seri Azam Baki KP SPRM mana Pengarah SPRM Negeri Sabah S Karunanithy? 

Sejak S.Karunanithy Pengarah SPRM Sabah ni gaya beliau sudah seperti termakan dengan 'gula-gula' Ketua Menteri Sabah. Jika SPRM Sabah tidak boleh bertindak maka pasukan daripada Putrajaya perlu dihantar ke Sabah segera.

Kisah penyelewengan bantuan RM 100 COVID-19 sehingga sekarang sunyi sepi. Mana dah TASK FORCE SPRM?


Takutnya  Shafie Apdal- Tukar status projek kepada Tender Terhad

Menurut sumber pegawai JKR Sabah projek rundingan terus RM1.5b kepada 5 syarikat itu kini telah ditukar kepada Projek Tender Terhad (Syarikat terpilih) bagi menutup jejak AK Kontraktor dan kroni Datuk Peter Anthony.  Shafie Apdal Ketua Menteri selaku menteri kewangan mengarahkan projek diubah bagi mengelakkan bencana kepada Warisan dan Kementerian. 

Semua projek ini akhirnya ditukar kepada Tender Terhad kepada 10 syarikat terpilih. Seperti semua maklum kepakaran Shafie Apdal sejak Menteri KKLW ialah Tender Terhad. Tender Terhad adalah ‘projek wayang’ kerana 10 syarikat yang dipanggil setiap projek diketuai oleh satu syarikat yang mengawal semua kontraktor.

Jika AK Kontraktor Sdn Bhd sebelum ini mendapat kontrak Penyelenggaraan Jalanraya-Jalanraya Majlis-Majlis Perbandaran dan Daerah di Kawasan Timur Sabah maka 9 syarikat lagi dipanggil menyertai tender itu namun akhirnya akan diberi juga kepada AK Kontraktor Sdn Bhd atau syarikat proksinya.

Semua lesen syarikat akan disewa serta diberi ‘token’ kepada pemiliknya. Dokumen tender akan diisi mengikut cara yang ditentukan oleh pemilik projek dan pegawai teknikal di JKR akan menolong mendapat tender itu. Penilaian tender akhirnya akan memilih syarikat yang telah ditentukan oleh Menteri JKR.

Berbalik kepada isu pokok, mengapa projek ini tidak dibuat secara tender terbuka selepas kantoi? Mengapa memilih tender terhad? Alasannya mahu mempercepatkan memilih kontraktor ditengah krisis COVID-19. Atas alasan darurat ia boleh dilakukan seberapa segera. 

Maka tiada siapa yang perasan projek RM1.5Bilion ini disusun semula. Tiada siapa yang ambil tahu. Diam-diam selesai nanti 4 kroni Datuk Peter Anthony dan Shafie Apdal itu akhirnya dilantik semula secara sah melalui tender terhad. Komisen projek kekal di tangan Peter Anthony dan Shafie Apdal.

Jadi SPRM bila nak masuk? Kita menyeru SPRM segara bertindak. Jika KKM mereka masuk boleh pasti Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah juga boleh. Rakyat memerhati pimpinan KP SPRM yang baru.

8 Comments