Wang RM250,000: Syed Saddiq beri keterangan palsu kepada SPRM?
02:05 May 13, 2020  |  By SabahKini2
Wang RM250,000: Syed Saddiq beri keterangan palsu kepada SPRM?

Sejak wang RM250 ribu hilang Syed Saddiq sudah memutar belitkan keterangan. Sekejab tak tahu jumlah hilang, sekejab kurang RM250 ribu, sekejab wang milik kedua orang tuanya dan kini katanya gajinya banyak. Putar belit sungguh!

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan dibuat terhadap Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Kertas siasatan dibuka susulan kejadian kehilangan wang lebih RM200,000 dari kediaman milik bekas Menteri Belia dan Sukan itu di Petaling Jaya, 29 Mac lalu.

Syed Saddiq sebelum ini ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dipanggil bersama dengan kedua ibu bapanya untuk dirakam keterangan berhubung kejadian itu.

Melalui laporan portal tempatan SPRM mengarahkan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengisytiharkan hartanya sebagai sebahagian siasatan ke atas wang tunai kira-kira RM250,000 yang hilang di rumahnya.

Sumber berkata, arahan itu dibuat ketika agensi anti-rasuah itu menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM berkaitan rasuah.

[ARTIKEL BERKAITAN- RM250,000 Hilang: SPRM panggil Syed Saddiq Seksyen 17(a) terima rasuah ]


Syed Saddiq menipu?

Syed Saddiq pada 30 Mac 2020 melaporkan wang RM250,000 bukan milik PPBM dan jumlah anggaran sebenar masih belum dapat disahkan. Beliau sendiri menulisnya dalam twitter dan ditularkan.

Bagaimanapun ia bercanggah dengan isi laporan polis yang tular iaitu “Pada 28 Mac 2020 jam lebih kurang 1900HRS dapati wang tunai yang disimpan dalam peti besi telah dicuri/hilang/berkurangan anggaran wang tunai yang hilang berjumlah RM250,000”

Pada 31 Mac 2020 Syed Saddiq menggunakan alasan baru wang anggaran berjumlah RM250,000 yang hilang merupakan duit peribadi beliau, ayah dan ibunya.

Jelas Syed Saddiq, daripada jumlah tersebut RM90 ribu adalah milik beliau, RM50 ribu milik ibunya dan RM70 ribu lagi milik ayah beliau. Jumlah RM210,000.00

Percanggahan

Kerana percanggahan dan putar belit Syed Saddiq itu diharapkan SPRM bukan hanya menyiasat menggunakan Seksyen 17(a) yang berkaitan penerimaan suapan tetapi juga Seksyen 49 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan hasil daripada Aktiviti Haram 2001 bagi memeriksa harta Syed Saddiq, ‘money trail’ akaun ibu dan bapanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam mengesahkan siasatan kes itu namun tidak mengulas lanjut.

SPRM sudah tidak boleh menggunakan alasan PKP lagi memandangkan sekarang sudah dalam PKP Bersyarat. Jika SPRM boleh menyerbu Kementerian Kesihatan mengapa pula tak boleh kepada individu dan kementerian lain. 

Putar belit baru Syed Saddiq

Syed Saddiq dalam twitternya membuat ciapan reaksi balas terhadap siasatan kes rasuahnya ‘Saya makan duit rasuah? Baca sendiri & tolong RT’.

Jika sebelum ini beliau berkata itu wang sendiri, ibu dan bapanya kini beliau cuba menyenaraikan segala kelebihannya ketika menjadi Menteri termasuk gaji RM55,000 sebulan, elaun pinggan mangkuk RM42,000, percutian RM70,000, pindah rumah RM10,000 dan pampasan diberhentikan sebagai Menteri RM150,000.

Untuk rekod Akta 237, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 menyebut mengenai hak-hak dan keistimewaan anggota pentadbiran kerajaan ( kabinet) mengenai gaji, elaun keraian, kenderaan rasmi, pinjaman perumahan dan kenderaan, pengawai keselamatan, pelantikan pegawai, bayaran bil rumah dan pejabat parlimen, bercuti dalam dan luar negara, tuntutan perjalanan harian, AP Kenderaan, baju rasmi majlis, telefon bimbit dan pelbagai lagi.

Tidak pernah ada  elaun pinggan mangkuk RM42 ribu itu yang Syed Saddiq maksudkan itu. Jika bercuti dalam dan luar negara walaupun kos sehingga RM150 ribu (Kos London) namun semua tuntutan seperti tiket, penginapan dan lain-lain berasaskan resit serta kelulusannya juga memakan masa termasuk pampasan penamatan Menteri.

Selepas digugurkan kabinet penghujung februari lalu dan terbentuknya kabinet PN pada Mac segala tuntutan kewangan yang Syed Saddiq maksudkan tak mungkin dapat dalam tempoh sebulan sehingga hilangnya wang RM250 ribu Syed Saddiq 28 Mac lalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya sudah menyelesaikan siasatan Syed Saddiq ini setakat mana percanggahan kenyataannya sama ada yang direkodkan atau apa yang beliau dedahkan di laman sosial atau media

Malah dalam kes Datuk Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Keadilan pada tahun 2017 dituduh di Mahkamah Sesyen kerana memberi dokumen dan keterangan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

[ARTIKEL BERKAITAN- Syed Saddiq lapor polis, wang dalam peti besi terkurang RM250,000, nafi wang dicuri milik PPBM ]

 

16 Comments