Ahli Majlis DAP 'tukang lapor', Timbalan Datuk Bandar ugut Jakel roboh khemah!
23:05 May 13, 2020  |  By SabahKini2
 Ahli Majlis DAP 'tukang lapor', Timbalan Datuk Bandar ugut Jakel roboh khemah!

Majlis Bandaraya Shah Alam sepatutnya datang pada hari Khamis tetapi mereka terburu-buru ambil tindakan robohkan terus khemah. Timbalan Datuk Bandar pula mengugut Jakel 'Kalau tak robohkan siap'.

Siang tadi, Majlis Bandaraya Shah Alam menerusi arahan Dato Bandar yang pro DAP telah mengarahkan perobohan khemah Jakel tanpa perikemanusiaan. Sudahlah khemah Jakel diroboh, Jakel dituduh pula dengan tuduhan palsu mencuri elektrik.

Majlis Bandaraya Shah Alam sepatutnya datang pada hari Khamis tetapi mereka terburu-buru ambil tindakan robohkan terus khemah. Untuk pengetahuan semua tanah tersebut adalah milik Jakel.



Dah macam negara komunis pula tindakan MBSA ni

Orang lain sewakan di atas tanah milik Jakel itu. Belum sempat penyewa hendak mengangkat barang mereka (MBSA) sudah datang untuk robohkan. Apa salahnya tunggu seperti tarikh yang dijanjikan?

Lagi satu MBSA dalam facebooknya terang-terang buat tuduhan fitnah bila tulis ayat begini “Dalam operasi itu juga, MBSA telah mendapati struktur elekrik dibina tidak mengikut spesifikasi dan boleh mengundang bahaya”. Apa yang ditulis oleh MBSA ini tidak benar dan fitnah sama sekali.

Jakel punyai substation elektrik sendiri. Tiada unsur illegal tapping. Mengapa MBSA buat tuduhan melulu sebegitu? Sebab Jakel ini peniaga bumiputera dan orang Melayu?

Kenapa hanya ganggu Jakel di Seksyen 7 Shah Alam sahaja? Kenapa Datuk Bandar dan Timbalan Datuk Bandar tidak kacau pusat snooker di seksyen 15 Dataran automobil Shah Alam. Di situ ada ramai pendatang asing, entah-entah ada permit atau tidak operasi mereka di situ.

Kenapa Datuk Bandar Datuk Haris Kasim dan Timbalannya Mohd Rashidi Ruslan takut ganggu pusat snooker ini? Sumber-sumber berkata ahli lantikan politik DAP yang masih ada dalam MBSA menjadi 'kaki report'. Siapa tidak kenal dengan seorang ahli majlis MBSA lantikan politik dari parti DAP, Yugarajah Palanisamy yang pernah melanggar PKP main badminton di Dewan MBSA Majlis Perwakilan Penduduk Zon 9, Seksyen 25 Shah Alam bersama 3 rakannya. 

Yugarajah Palanisamy Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang langgar PKP itu dikenakan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret baru-baru ini. Tapi Yugarajah masih kekal sebagai ahli majlis mewakili DAP. Mb Selangor tak mungkin berani membuang DAP.


Tengoklah kabel Yugarajah Palanisamy Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam. 

Jakel di Shah Alam sudah bertahun lamanya bantu ekonomi orang Melayu di sana. Beribu orang Melayu dapat kerja dan nikmat dengan Jakel, kenapa Datuk Bandar dan Timbalan yang pro DAP ini hendak aniaya Jakel?

1 Comment