Muhammad Sanusi angkat sumpah MB Kedah Ahad
01:05 May 17, 2020  |  By SabahKini2
Muhammad Sanusi angkat sumpah MB Kedah Ahad

Akhirnya Mukhriz yang sangat yakin Kedah tidak berubah kini gugur jua. Jadi MB kerana bapa, bapa tiada kuasa kuasa MB pun hilang. Itulah politik

ALOR SETAR: Kemelut politik Negeri Jelapang Padi dijangka selesai pada Ahad (esok). Menerusi surat yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Neger, Majlis Pelantikan Menteri Besar Kedah yang baharu akan diadakan di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah di Wisma Darul Aman pada jam 2 petang esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Noor akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah-14 selepas Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

Sesi raptai angkat sumpah Menteri Besar Kedah

Selepas selesai majlis angkat sumpah, akan menyusul pula proses angkat sumpah ADUN yang telah dipilih sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco).

Lima ADUN Pas dijangka dilantik sebagai Exco, tiga pula akan dilantik dari Bersatu, satu dari UMNO manakala satu lagi dari ADUN Bebas.

Komposisi DUN Kedah yang terbaharu menyaksikan Pas kekal dengan 15 kerusi, manakala PKR (lima), Amanah (empat), Bersatu-PN (empat), Bersatu-PH (dua) dan DAP sebanyak dua kerusi.

Comment