Sidang Parlimen sampah, tidak berguna hanya dengar titah Agong kata bekas Menteri PH
03:05 May 19, 2020  |  By SabahKini2
Sidang Parlimen sampah, tidak berguna hanya dengar titah Agong kata bekas Menteri PH

Bekas Menteri PH Dr. Xavier Jayakumar nampaknya sangat marah sehingga melabel persidangan parlimen sebagai sampah tidak berguna yang hanya mendengar titah Yang Dipertuan Agong. Kelihatannya beliau memperlekeh Agong

Bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli  yang juga Ahli parlimen PKR Kuala Langat, Dato’ Dr. Xavier Jayakumar menyifatkan sidang parlimen hari ini sebagai sampah dan tidak berguna.

Katanya ahli-ahli parlimen cuma berada sejam sahaja di dewan rakyat untuk mendengar titah Yang Dipertuan Agong atas alasan Covid-19.

“Kami adalah suara untuk semak dan imbang kerajaan. Tetapi kerajaan ini hari ini, parlimen hari ini adalah sampah, sidang parlimen ini adalah tidak berguna. Kita hanya akan berada di sana untuk satu jam cuma untuk dengar titah Yang Di Pertuan dan kemudian kami diarahkan untuk pulang kerumah. Semua ini kerana dalih Covid-19. ” . Katanya

Marah benar Dato’ Dr. Xavier Jayakumar apabila sesi parlimen kali ini tiada sesi perbahasan sehingga terlupa kata-katanya itu mempertikai dan memperlekeh Agong yang merasmikan sesi parlimen kali ini. 

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam ucapannya menjelaskan apa yang berlaku dalam krisis politik pada Februari lepas apabila secara tiba-tiba bekas Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatannya secara tiba-tiba pada 24 Februari 2020 yang lalu.

Baginda bertitah bahawa baginda telah berkenaan menerima menghadap Dr Mahathir pada pukul 5 petang hari yang sama untuk meminta beliau tidak meletakkan jawatan tapi Dr Mahathir tetap dengan keputusannya.

“Oleh yang demikian, beta bertanggungjawab untuk melantik seorang Perdana Menteri yang baharu seperti mana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 43 memberi kuasa budi-bicara kepada beta untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat beta mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan rakyat,” menurut titah baginda.

“Lantaran itu, setelah melalui semua proses tersebut, dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, beta telah mendapati yang amat berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Haji Yassin telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat dan dengan demikian selayaknya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8,” menurut baginda.

Sultan Abdullah dalam ucapannya memberi peringatan tegas kepada ahli politik kerana yakin rakyat akan terus erat, bersatu padu dan bersepakat jika tidak disogok dengan api permusuhan dan perpecahan.

Beliau bimbang mengenai polarisasi kaum yang masih wujud ketika ini dan mahu sebarang bentuk provokasi, serta fahaman dan nilai yang bertentangan dengan norma, adat, dan undang-undang dibendung “sebelum ia merebak dan menjadi barah”.

“Biarlah perpaduan dan keharmonian bermula di dewan yang mulia ini”, kata Sultan Abdullah kepada ahli Parlimen.

“Beta ingin menasihatkan supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang cukup sukar akibat pandemik Covid-19 ini,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Undi tidak percaya PH lebur, Lebih 114 orang MP PN sokong Muhyiddin PM ]

Menjadi persoalan mengapa pemimpin PH marah dengan PN kerana punca kehancuran PH ialah peletakkan jawatam Tun Dr Mahathir akibat perebutan kuasa mereka sebagaimana didedahkan dalam audio mesyuarat pada 21 Februari 2020 yang mendesak Tun Dr Mahathir meletak jawatan.

 

3 Comments