Terbukti! Setiausaha Politik Khalid Broker skandal 'DO' DBKL ditahan tipu dan 'pau' syarikat
06:05 May 21, 2020  |  By SabahKini2
Terbukti! Setiausaha Politik Khalid Broker skandal 'DO' DBKL  ditahan tipu dan 'pau' syarikat

Macam-macam kes bekas Setiausaha Politik Menteri PH. Konon ada pihak jual namalah wal hal merekalah yang menjadi broker dan 'deal'. Selepas ditangkap sejumlah wang diberi alasan wang sumbangan wal hal wang 'pau' syarikat..

"Kalau tiada angin bertiup takkan pokok bergoyang". Sebenarnya Setiausaha Politik bekas Menteri menjadi ‘broker’ projek dalam kementerian bukanlah sesuatu yang baru.

Kisah-kisah Setiausaha Politik Menteri PH ‘kantoi’ selama 22 bulan berkuasa sudah berlaku sebelum ini. Tiada yang menghairankan jika Setiausaha Politik berada di puncak kuasa disebelahnya Menteri maka ‘deal' projek tertentu boleh saja berlaku.

3 Setiausaha Politik bekas Menteri PAN yang panas

15 Ogos 2018 pasti rakyat Malaysia mengingati kes SPRM menyiasat Setiausaha Politik Menteri Pertahanan Mohd Azhar bin Che Mat Dali susulan laporan sesama ahli Pakatan Harapan yang mendedahkan bahawa Setiausaha politik yang muflis itu menerima sejumlah wang RM800 ribu untuk membayar hutang muflisnya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Setiausaha Politik Mat Sabu disiasat SPRM terima RM800k dari 12 kontraktor ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Azhar Setiausaha Politik Menteri mengaku terima wang RM800 ribu dari kontraktor ]

Azhar Setiausaha Politik Menteri mengaku terima wang RM800 ribu dari kontraktor

 Bermula 30 Mei 2018 berlumba-lumba para kontraktor menyelesaikan hutang SUPOL supaya
layak dilantik sebagai Setiausaha Politik

Kes Setiausaha Politik Mat Sabu ini kekal misteri hingga sekarang.

Setiausaha Politik dan jam mewah

1 April 2019 Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ahmad Sabki bin Yusof ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penerimaan jam tangan mewah Omega bernilai kira-kira RM28,000.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM tahan Ahmad Sabki Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerana Omega RM28 ribu, Setiausaha Politik Salahuddin Ayub direman 4 hari ]

Kerana Omega RM28 ribu, Setiausaha Politik Salahuddin Ayub direman 4 hari

Pemberian jam itu dipercayai sebagai dorongan daripada sebuah syarikat untuk membolehkan projek di bawah kementerian berkenaan dapat dibangunkan.

Kes itu juga menjadi misteri apabila Ahmad Sabki Yusof dibebaskan sehari lebih awal dari tahanan reman 4 hari. Pastinya ada sesuatu yang pelik.

[ARTIKEL BERKAITAN- Setiausaha politik Salahuddin terima jam Omega RM28 ribu dibebas awal ]

Setiausaha Politik Menteri Pendidikan dan Vellfire

Sekitar 28 September 2019 kecoh pula Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan, Mahmood Kassim menerima kereta Toyota Vellfire dari kontraktor seperti yang didakwa dalam laman sosial.

Bagaimanapun Setiausaha Politik itu menafi dan melaporkannya kepada polis. Kisah setiausaha politik Menteri pendidikan sentiasa panas kerana setiausaha sebelum itu yang terlibat dengan projek tender KPM letak jawatan selepas kantoi siasatan SPRM.

[ARTIKEL BERKAITAN- Setiausaha Politik Menteri Pendidikan lapor polis nafi terima kereta mewah]

 Setiausaha Politik Menteri Pendidikan lapor polis nafi terima kereta mewah


SUPOL Khalid Samad Hj Azli Yusof jadi ‘Broker Development Order’

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan berita bekas Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan Hj Azli Yusof telah ditahan polis atas dakwaan rasuah dan penipuan.

Khalid Samad   dalam twitternya turut mengesahkan bekas setiausaha politiknya ditahan polis susulan aduan sebuah syarikat arkitek berhubung dakwaan menipu dan rasuah.

 

Katanya, syarikat itu diberikan kebenaran merancang (DO) palsu oleh seorang “broker” yang menerima bayaran selepas menjaja nama Setiausaha Politiknya atas nama “Haji Azli”. 

“Saya ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Komersil IPD Brickfield kerana saya dikaitkan oleh broker dengan sebuah aduan oleh arkitek yang memohon bantuan broker untuk mendapatkan kelulusan sebuah projek pembangunan di KL,” kata Azli.

“Broker mendakwa bahawa saya terlibat memberikan dokumen tersebut. Saya telah menafikan dakwaan itu kerana saya sangat memahami bahawa DO hanya boleh dikeluarkan oleh Pihak DBKL terus kepada pihak arkitek atau konsultan.

“Tidak pernah DO rasmi diberikan kepada mana-mana pegawai menteri untuk diserahkan kepada pihak pemohon,” kata Azli

Persoalannya benarkah menjual nama? Bukankah biasa pejabat Menteri yang menolong DO pemaju, DO dihantar kepada pegawai Menteri bagi tujuan 'pau'syarikat? Tanyalah geng pemaju DBKL mereka dah biasa..

DO sindiket popular di DBKL

Penafian Khalid Samad dan Hj Azli mengenai penipuan DO membuktikan sindiket menguntungkan ini terdedah. Sebelum ini terdapat banyak dakwaan bagi DO tertentu permohonan lesen perniagaan Kelab malam, restoran, hotel dan projek tertentu diuruskan oleh pegawai DBKL dengan bayaran lumayan. Malah ada kes tertentu seperti tanah milik DBKL diberi DO kepada syarikat tertentu untuk membangunkan tanah walaupun bukan milik syarikat. 

Kebenaran Merancang (DO) adalah sangat penting sebelum memulakan projek di kawasan DBKL atau mendapat permit lesen perniagaan. Semakin besar projek semakin mahal bayarannya. Pengurusannya adalah dari fail dimasukkan dalam senarai agenda Mesyuarat Kebenaran Merancang (OSC DBKL) hinggalah kawtim kelulusan agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat. Arkitek-artikek rapat DBKL juga akan membantu DO ini agar mudah diluluskan. 

Jadi apa nak hairan jika Hj Azli Setiausaha Politik Khalid Samad terlibat?

Tiada kerja yang percuma! Ketika Azli ditangkap sejumlah wang juga dirampas. Penipuannya pun mencecah RM 1 juta. Bukan sedikit!. Namun Azli cuba menghalalkannya sebagai wang sumbangan rakyat. Bagaimanapun polis tidak mendedahkan jumlah wang yang dirampas. Tidak mungkin wang yang dirampas itu akan dikembalikan. Jika Azli gagal menjelaskan wang yang diperolehinya sudah tentu beliau akan berhadapan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613). SPRM juga tentunya sangat berminat dengan kes ini.


Dah kantoi cakap duit rakyat wal hal duit pau dari syarikat

Pelantikan Hj Azli yang juga SUPOL Menteri sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL pastinya bersebab. Selain jawatan Setiausaha Politik yang mempunyai kuasa mempengaruhi kementerian namun jawatan Ahli Lembaga Penasihat DBKL pasti mengukuhkan lagi campur tangan projek di DBKL.

Dari Datuk Bandar hingga Ahli Lembaga semua Pro PH.

Sudah tentu projek untuk meluluskan ‘Kebenaran Merancang’ DO lebih banyak dan lumayan!.

Oleh itu sama ada Hj Azli Yusof atau ‘broker’ mereka dua kepala sama-sama sebagai ‘broker’ yang sering membantu antara satu sama lain. Hj Azli mempengaruhi proses kelulusan Kebenaran Merancang manakala ‘broker’ adalah penghubung mana-mana syarikat yang perlukan khidmat mendapat kelulusan Kebenaran Merancang.

Cuma kali ini Haji Azli kantoi! Sama ada dokumen DO itu palsu ataupun memang DBKL tidak meluluskannya. Maklumlah Kerajaan PH dah bertukar kepada PN.

Geng Broker bersama Khalid Samad. Khalid kata tak kenal tapi SUPOL sangat rapat

 

Netizen berharap kes Setiausaha Politik ini cepat didakwa di mahkamah. Kerjasama Polis dan SPRM perlu untuk membongkar skandal DO yang berleluasa di DBKL. Bukan rahsia Khalid Samad dan Setiausaha Politiknya adalah 'Broker' termasuk isu penjualan tanah Kampung Baru.

Pegawai Kementerian Wilayah sepatutnya telah dedahkan 'DO' mana yang tipu itu biar rakyat tahu dan menilai..

 

3 Comments