Adun tidak hadir bersama Tangau, tanda kejatuhan Warisan
16:05 May 21, 2020  |  By SabahKini2
Adun tidak hadir bersama Tangau, tanda kejatuhan Warisan

Bagaimanapun sidang media yang dihadiri 19 orang adun itu menjadi bahan troll netizen.

KOTA KINABALU: Gara-gara bimbang tumbangnya kerajaan Warisan Sabah Datuk Madius Tangau dan beberapa adun Sabah mengadakan sidang media 15 Mei lalu menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal

[ARTIKEL BERKAITAN - PH Kedah tumbang, Kerajaan Warisan UPKO PH Sabah bergoyang takut hilang kuasa! ]

PH Kedah tumbang, Kerajaan Warisan UPKO PH Sabah bergoyang takut hilang kuasa!

Bagaimanapun sidang media yang dihadiri 19 orang adun itu menjadi bahan troll netizen.

Ketidakhadiran lebih 20 Adun Sabah dalam majlis menyatakan sokongan kepada Shafie Apdal merupakan isyarat bahawa kedudukan pemimpin Warisan itu bergoyang.

Ketua Pemuda Umno Sabah Abdul Aziz Julkarnain berkata, perkembangan itu juga adalah isyarat tentang apakah yang bakal berlaku di negeri itu yang kekal dikuasai oleh Warisan pimpinan Shafie dan sekutunya Pakatan Harapan (PH) sewaktu gabungan itu kehilangan kuasa di Putrajaya pada Februari.

“Hanya 19 daripada 43 Adun Sabah yang bersekutu dengan Warisan hadir. Adun lain mungkin tidak berpuas hati dengan ketua menteri,” Kata Aziz

Desas-desus kerajaan Warisan Sabah akan tumbang dalam tempoh terdekat begitu kuat sekali.

Aziz berkata, rasa tidak puas itu juga jelas kelihatan dalam kalangan 19 Adun penyokong kerajaan yang tidak diberikan jawatan menteri atau jawatan lain.

Beliau berkata, terdapat beberapa Adun, terutama daripada Warisan dan Upko, yang bercadang untuk berpaling arah dan bersekutu dengan parti pembangkang negeri kerana percaya kerajaan negeri tidak seharusnya menentang kerajaan persekutuan.

Gabungan kerajaan Warisan-Upko-PH mempunyai 48 Adun, termasuk 5 yang dilantik.

Blok pembangkang, iaitu PPBM, PBS dan Umno memerlukan 18 Adun tambahan berpihak kepadanya bagi menumbangkan blok kerajaan di Sabah.

Rasa takut dan goyang begitu kuat sehingga terpaksa mengadakan sidang media bagi memberi keyakinan kepada orang ramai mengenai kekukuhan kerajaan walaupun berlakunya pertukaran kuasa di Putrajaya.

Rasa tidak puas hati rakyat Sabah semakin menebal membenci kerajaan Warisan ini. Banyak isu seperti projek Lebuhraya Pan Borneo yang lewat, sentimen “Sempornisasi” sektor awam negeri, cubaan memberi dokumen PSS kepada PATI dan pelbagai janji tidak ditepati.

Aziz berkata, kekalahan Warisan dalam pilihan raya kecil (PRK) Kimanis adalah manifestasi kegagalan kerajaan.

Komen-komen netizen juga mempertikai bantuan Covid-19 yang tidak sampai kepada rakyat sehingga kini selain ketirisan bantuan.

Sejak Mac lalu satu perjumpaan khas tertutup 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan 14 Ahli Parlimen dari Warisan, UPKO, PH bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan pemberian hadiah RM1 juta bagi mengelakkan adun Warisan, PH, UPKO melompat parti.

[ARTIKEL BERKAITAN- RM 1juta habuan Adun Sabah sokong Shafie Apdal kekal Kerajaan Warisan? ]

RM 1juta habuan Adun Sabah sokong Shafie Apdal kekal Kerajaan Warisan?

12 Mei 2018 Warisan melalui kerajaan pusat merampas Kerajaan BN secara pintu belakang menggunakan kuasa TYT apabila beberapa adun BN melompat parti kerana mendapat habuan atau diugut dengan kes SPRM dan LHDN.

Kali ini sudah tentu berbeza selepas Kerajaan PH tumbang dan digantikan dengan kerajaan Perikatan Nasional. 

5 Comments