Skandal Projek Bekalan Air Semporna: SPRM Perlu Siasat KSU KPLB sekongkol beri kroni Shafie!
13:05 May 22, 2020  |  By SabahKini2
Skandal Projek Bekalan Air Semporna: SPRM Perlu Siasat KSU KPLB sekongkol beri kroni Shafie!

RM142.7 juta! Selepas tender dibatal beberapa kali di zaman PH dan sepatutnya ditangguh oleh KPLB tetapi tetapi KSU KPLB meluluskan LOA kepada syarikat kroni Shafie Apdal dengan harga paling mahal berbanding syarikat lain. SPRM wajar siasat!

Siapa tidak kenal Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dato' Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus KSU lantikan Kerajaan PH yang arrogant dan diktator.

Bekas Menteri KPLB YB Datuk Seri Rina Harun pun beliau ‘sampahkan’ dan kini beliau berhadapan Menteri KPLB baharu Datuk Dr Latif Ahmad. Dato’ Ahmad Jailani terkenal sebagai KSU yang suka bertindak sendiri dan membelakangkan Menterinya. 

 Kalau boleh semua orang kena tunduk dan cium tangan

Sebagaimana beliau membelakangkan Rina Harun begitulah beliau membelakangkan Datuk Dr Latif dalam segala hal. Semua projek kementerian adalah bawah kartel Dato’ Ahmad Jailani. Ketika Peralihan kuasa PH kepada PN tiada Menteri, beliaulah paling berkuasa di KPLB. Diktatornya sangat menonjol. Pegawai yang pro BN dipindah atau dibekukan.

Bagaimanapun Dato’ Ahmad Jailani mungkin bertemu buku dengan ruas dengan Menteri KPLB Datuk Dr Latif Ahmad yang sejak awal bertindak merubah dan menstruktur semula KPLB serta agensi dibawahnya mengggunakan kuasa penuh Akta Fungsi Menteri 1969 dan Akta Kontrak 1949. 

KSU KPLB bersekongkol kroni projek  Shafie Apdal RM 156 juta!

Sebelum kerajaan PH tumbang Dato’ Ahmad Jailani  bersekongkol dengan Datuk Izhar Idrus Pegawai Khas Datuk Seri Shafie Apdal bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar Semporna bernilai RM156 juta (anggaran ketika itu). Siapa tak kenal Datuk Izhar Idrus bekas SUSK orang kepercayaan Shafie Apdal yang direman SPRM kerana kes penyelewengan KKLW RM1.5bilion bersama dengan beberapa pegawai KKLW yang kini masih terus misteri. Kes ini boleh dibaca dalam artikel berikut;

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie Apdal dedah syarikat projek KKLW yang 'adiknya' terima rasuah projek ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Isteri Ketua Menteri, Bekas Setiausaha Shafie, Amarjit yang pernah direman SPRM diberi ‘Datuk’ ]

[ARTIKEL BERKAITAN- PTD Gred 54 miliki akaun RM29 juta tidak didakwa demi selamatkan Shafie Apdal? ]

 

Kekal misteri. PTD yang miliki RM29 juta tidak didakwa..

Sekalipun pada asalnya KSU dan Shafie Apdal masing-masing mempunyai kontraktor tersendiri yang disenarai pendekkan namun mereka bersatu selepas Projek BALB Kawasan Semporna Sabah Secara Tender KPLB.T.17/2019 (Retender)  ini perlu diperakukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bawah Lim Guan Eng kerana tender kerja melebihi RM100 juta.

Datuk Shafie Apdal dimaklumkan telah ‘kawtim’ Lim Guan Eng agar kelulusan projek ini diberi kepada syarikat kroni pilihannya seperti Juta Hajat Sdn Bhd dan Exodaya Sdn Bhd.

‘Game’ KSU dalam Jawatankuasa Teknikal dan LPA KPLB

Dato' Dr. Ahmad Jailani dilaporkan mengarahkan jawatankuasa teknikal dan LPA KPLB untuk memilih syarikat PRINSIP HASIL SDN BHD dengan markah tertinggi. Lebih 90 syarikat dinilai 8 disenarai pendek.

Petender Kod 46/95 Syarikat Juta Hajat Sdn Bhd harga RM139.4 juta dan Kod 37/95 Syarikat Exodaya Sdn Bhd RM 142.7 juta disokong Datuk Seri Shafie Apdal manakala KSU KPLB menyokong Prinsip Hasil Sdn Bhd (Syarikat sedia ada melaksana projek loji air di Semporna).

 

Di Syor Prinsip Hasil Sdn Bhd, yang dipilih Exodaya Sdn Bhd

Sekalipun Penilaian LPA KPLB memilih  Prinsip Hasil Sdn Bhd tetapi didalam mesyuarat Jawatan kuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada bulan Februari lalu yang dipengerusikan Lim Guan Eng dan disusun Tony Pua memilih syarikat harga paling tinggi Exodaya Sdn Bhd dengan harga RM 142.7 juta. Ini bermakna Bahagian Perolehan MOF atas arahan Lim Guan Eng mengubah keputusan Lembaga Perolehan A KPLB.

Agaknya berapakah komisen Lim Guan Eng , Tony Pua, Shafie Apdal, Datuk Izhar dan KSU KPLB? 

Selepas Kerajaan PH tumbang surat kelulusan perakuan MOF kepada KPLB tidak dapat dikeluarkan kerana ketiadaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Maka LOA Projek ini di KPLB juga tidak dapat dikeluarkan kepada syarikat Exodaya Sdn Bhd ini. Lebih melambatkan lagi apabila berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa yang menyebabkan Surat Setuju Terima terus tertangguh. 

Wang sudah ditabur awal oleh syarikat namun LOA belum diterima lagi. Sudah tentu ini menggusarkan syarikat dan pelobi projek seperti Datuk Izhar Idrus. KSU KPLB pula mengambil keuntungan besar apabila akhirnya kawalan LOA masih dalam perintahnya. 

Ketiadaan Menteri KPLB tentu lebih menyukarkan kerana surat penurunan kuasa menandatangani kontrak kepada pegawai KPLB tidak dapat dilakukan apatah lagi nilai projek mencecah ratusan juta. Cara terbaik ialah Dato’ Ahmad Jailani  KSU KPLB memperakui keputusan MOF untuk mengeluarkan LOA kepada syarikat paling tinggi harga Exodaya Sdn Bhd. 

Memandangkan Lim Guan Eng bukan lagi Menteri Kewangan dan tiada lagi kos perlu dibayar kepada mereka maka Datuk Izhar berunding dengan KSU KPLB mempermudahkan projek ini agar LOA segera dikeluarkan. 

Siapa yang kenyang? tentulah Shafie Apdal, Dato’ Ahmad Jailani KSU KPLB, Izhar Idrus dan beberapa bekas pegawai teknikal KPLB yang menyertai pasukan Izhar. 

Oleh itu Dato’ Ahmad Jailani  KSU KPLB mengeluarkan MEMO kepada  YB Menteri KPLB 'Menandatangani Surat Setuju Terima  dan Dokumen Kontrak Pelantikan  Kontraktor Bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kawasan Semporna Sabah (Tender Semula), Syarikat Exodaya Sdn Bhd RM142,785,100.00 dengan hanya dua pilihan. Iaitu Menteri Tandatangan SST (LOA) atau arahkan KSU KPLB Dato' Ahmad Jailani yang menandatanganinya. OPTION Ketiga yang biasa dalam MEMO KSU Kepada Menteri "TIDAK BERSETUJU" telah dipadamkan.


KSU minta Menteri buat dua pilihan. Menteri Sign LOA atau arahkan dia KSU Sign LOA. Tiada pilihan TIDAK BERSETUJU. 
KSU tidak mahu projek ini dinilai semula atau tender dibatal lagi..


Cuba lihat MEMO KSU KKLW kepada Menteri Shafie Apdal dahulu.. pilihan kedua pun arah TKSU  'Sign' serta
ada pilihan ketiga iaitu TIDAK SETUJU

Luar biasa Dato’ Ahmad Jailani KSU KPLB buat MEMO kepada Menteri minta Menteri arahkan KSU (dirinya sendiri) 'Sign LOA' kroni Exodaya Sdn Bhd itu!. Selesai satu game yang panjang projek ratusan juta itu. 

Menteri baharu KPLB pula tiada pilihan kerana itu sebahagian prosedur kerajaan menyegerakan projek kerajaan dan menerima perakuan KSU KPLB itu atas nasihat KSU. Sepatutnya KSU menasihati menteri membatal atau menangguhkan semula projek ini agar penilaian perlu dibuat semula mengapa memilih nilai projek lebih tinggi RM142.7 juta. KSU dapat habuan maka tandatangan sahajalah. 

Maka ulasan Pegawai KPLB dalam tender 'Mengelakkan siasatan daripada pihak SPRM susulan kontroversi hasil penilaian tender ini" hanyalah ulasan sampah. Cuba beri jawapan bagaimana syarikat lebih tinggi RM2 juta boleh diberi tender ini?

SPRM mahu masuk tak? Jika projek DBKL tender RM1 juta SPRM masuk siasat apakah tender RM142 juta SPRM tak akan siasat?

Paling penting sudah tiba masa Menteri KPLB menukar KSU KPLB baharu yang boleh memberi kerjasama kepada Menteri. 

SK2

 

6 Comments