NGO, DAP bela PATI dikecam: Tangkap PATI langkah tepat elak Covid-19 menular
06:05 May 25, 2020  |  By SabahKini2
NGO, DAP bela PATI dikecam: Tangkap PATI langkah tepat elak Covid-19 menular

Netizen kata persetan dengan NGO demi rakyat Malaysia. Penahanan PATI membuktikan mereka antara pencetus wabak itu akan menular jika tidak disekat, buktinya saringan Covid-19 di tiga depot tahanan imigresen disahkan kes Covid-19.

Penangkapan warga asing ususnya Pendatang Asing Tanpa Izin semasa pandemik Covid-19 secara besar-besaran adalah langkah yang tepat sebelum penularannya berlaku di luar atau kawasan awam.

Pelaksanaan  Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor Mansion, Kuala Lumpur kawasan majoriti warga asing misalnya lebih 140 kes penghujung April lalu. Begitu juga PKPD Selayang Baru dan Gombak.

PATI tidak peduli dengan undang-undang. Jika mereka dijangkiti Covid-19 pun mereka tidak mungkin secara sukarela melapor diri kepada hospital atau klinik kesihatan memandangkan mereka takut ditangkap oleh pihak berkuasa.

Jalan terbaik dengan keselamatan orang awam ialah menangkap mereka. Oleh itu amaran berulang kali oleh kumpulan hak asasi manusia mengenai serbuan dan penahanan warga asing tanpa dokumen memberi seribu kemusykilan mengenai niat mereka.

Penahanan PATI membuktikan mereka antara pencetus wabak itu akan menular jika tidak disekat, buktinya saringan Covid-19 di tiga depot tahanan imigresen disahkan kes Covid-19.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Noor Hisham Abdullah hari ini mengumumkan satu lagi kluster jangkitan baru di Depot Tahanan Imigresen Sepang. Ia sehari selepas KKM memaklumkan kluster baru di Depoh Tahanan Imigresen Semenyih dan Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil.

"Enam kes disahkan di kluster baru di Depot Tahanan Imigresen Sepang," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Noor Hisham turut mengumumkan penemuan kluster baru di pusat tahanan imigresen di Semenyih dengan 21 kes.

Hari ini, beliau mengumumkan 27 lagi kes baru di Depot Tahanan Imigresen Semenyih.

Sehingga kini Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil merekodkan 60 kes Covid-19.

Semalam (24 Mei) mencatatkan 60 kes baru Covid-19 dengan 44 melibatkan warga asing.

Sama ada PATI ini di dalam depot atau di kawasan penempatan jangkitan pasti berlaku. Oleh itu tangkapan kerajaan adalah tepat.

Netizen dalam komen-komen Kumpulan hak asasi manusia yang mempertahankan PATI telah mengecam NGO itu supaya jangan campur urusan kerajaan. Penahahan di kem bukan punca kerana PATI memang membawa penyakit itu dari luar sehinggalah tertangkapnya mereka.

Sebelum ini NGO Tenaganita, Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Concerned Lawyers for Justice dan Eliminating Death and Abuse in Custody Together (Edict), Amnesty International dan pemimpin DAP begitu kuat mempertahankan PATI malah memohon kerajaan memberikan pengampunan kepada PATI.

Netizen mengecam keras cadangan NGO itu yang boleh memudaratkan rakyat Malaysia.

Jika tiada Perintah Pergerakan Kawalan Diperketatkan (PKPD) kesannya tentu lebih buruk kerana pemeriksaan kesihatan bagi Covid-19 tidak dapat dilakukan.

Putrajaya juga menegaskan kerajaan perlu menegakkan kedaulatan undang-undang dan tidak boleh membiarkan warga asing memasuki negara ini secara haram ketika tempoh PKP dilonggarkan.

Kementerian Kesihatan juga telah membuat saringan kepada semua tahanan untuk Covid-19 sebelum menempatkan mereka di pusat tahanan dan hasilnya memang PATI dijangkiti Covid-19.

 

 

4 Comments